Khamis, 4 Ogos 2011

"PANAS"

Share
Assalamualaikum :)


'Panas...Panas...Panas' Tula ayat yg selalu aku sebut bila masuk minggu ni.Memang semenjak 2 menjak ni panas kemain.Entah la adakah ini satu dugaan di bulan mulia ini atau memang cuaca sekarang semakin melampau2 kepanasan,yela pemanasan global berlaku sana dan sini.Tak henti2 ye dop?



Berbalik pada topik kita tentang kepanasan ni,biasalah bila masuk bulan puasa,panas ni memang satu benda yg semoleknya mahu dielakkan.Ada yg nak hilangkan kepanasan dengan mandi setiap 5 minit.Amboi kemain buang tebiat setiap lima minit nak mandi.Agak2 dah berapa gelen dok telan tu.Patut la bila pegi bazar time lalu gerai jual air selamba badak je pandang,takde perasaan terliur langsung kan yela dah dekat rumah tadi dah pelahap sebaldi kan?



Masih aku ingat lagi masa tahun 2009,masa tu aku berniaga dekat bazar ramadhan.Berjiranlah dengan 1 family dia ni yg berniaga murtabak.Aku pon dengan family jugak tapi kami jual nasi kerabi.Alhamdulillah laku sampai ada yg merungut bila tak sempat beli.Sorry la dah nama bazar memang la jarang sangat tak habis.Kalau jual ais-pop pon comfirm2 akan habis.Dah rezeki tuhan bagi kan.




Ok2 berbalik kepada topik panas kita,masa aku tengah susun2 nasi tetiba selamba je aku ternampak pakcik yg tebar murtabak tu tunduk bawah meja lepas tu terus sedut air yg dia sangkut dekat bawah meja tu.Sambil buat muka terkejut aku tegur la dia tak baik la bulan puasa minum.Dia dengan selambanya jawab "Pakcik panas la adik".Hamboi dah ingat aku tak panas?Aku pon dok tepi kuali tu jugak.





So kesimpulannya kalau tak nak kena tegur kantoi minum air di bulan puasa.jangan la minum air depan orang yg berpuasa.eh?



Notakaki:selamat berpuasa :)