Memaparkan catatan dengan label cuti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cuti. Papar semua catatan

Jumaat, 2 Julai 2010

NAK CERITA SIKIT

Share
Assalamualaikum semua...:)

Dah lama tak post entry,bukan apa badan semacam tak sihat sejak kebelakangan ni dan ada perniagaan yang perlu aku handle.Tak boleh lah nak harapkan orang lain karang lain pulak jadinya susah aku...ehehe

Tapi facebook dan twitter aku kenalah bukak sebab nanti susah pulak fanz2 aku nak berinteraksi dan bertanya kabar kat blogger kesayangan dorang ni(ayat mintak penyepak ni so sila sepak sekarang)...ahahaha

Masuk bulan ni dah hampir 6 bulan aku berblogging walaupon secara tidak konsisten,kalau orang lain lah yang berblogging aku rasa memang dah jadi top dah tapi aku masih lagi cam biasa2 je,tunggu aku komen kat blog dorang baru dorang nak datang menceroboh blog aku ni kan?takpe,aku tak kisah(padahal aku pon buat perkara yang sama jugak).....cisss

Aku berblogging pon sesaje je,korang tengoklah blog aku ni,simple pimple je kan?takde shoutmix,takde feedtrack,takde lagu2 bagai lebih2 lagi lagu2 yang kiut2 sebab aku tak kiut tapi aku hensem.....ehehehe

Janji aku boleh luahkan dan kongsikan segala yang aku tau dekat korang,yang sudi baca dan komen blog aku  yang tak seberapa kalau nak dibandingkan dengan blog beutifulnara tu,aku ucapkan terima kasih bebanyak ye..:)

Tanpa korang tak berubah lah nombor kiraan kat widget counter aku tu.ahahaha dan bila aku check akaun nuff,aku terkejut sebab tak pernah lagi aku buat duit sebanyak ini dekat internet,lebih2 lagi kalau pasal klik2 ni sebab aku pernah masuk dan tak pernah dapat kompul lebih dari 10 ringgit,kalau sekali klik dapat seposen bila nak kaya dowh.....ahaha


Sekarang ni pon aku tengah selsema,dia datang masa hari selasa hari tu,datang baik2 je pedih2 sikit kat tekak pastu semakin teruk sampai pitching aku lari masa nak panggil awek yang tak ambil baki duit,hilang kemachoan yang aku control dengan susah payahnya..

Dan hari ni aku dicutikan sebab masalah nilah,dari pagi asyik bersin je kerja aku,takut nanti makanan yang tawar semua jadi masin tak ke naya pelanggan kan?...ejehehe

Oklah,tu je yang aku nak cerita,badan still lemah2 lagi tapi sebab sakit bukannya sebab semalam malam jumaat tau....ehehehe


notakaki:aku sangat2 cintakan dia tapi layakkah cintaku untuk dia yang bagi aku sangat2 istimewa....