Isnin, 31 Mei 2010

HADIAH DARI 2 ORANG WANITA JELITA.......

Share
Selamat malam semua..:)

Dah 3 hari aku tak berblogging,memang biasalah orang yang kerjanya asyik pegang barang2 dapur ni mana ada masa sangat nak berblogging,balik rumah penat je memanjang kan......

Dalam seminggu ni aku dapat 2 award dari 2 orang wanita yang dari pandangan mata aku sangat cantik.Dan itu yang membuatkan aku bersemangat nak memenuhi permintaan mereka walaupon award tu  diberikan hampir seminggu yang lalu......

Award yang pertama dari seorang blogger kiut yang bernama puput(puji tak habis2).Terima kasih lah puput sebab sudi bagi award ni kat aku walaupon blog aku ni macam ntah apa2 je kan?kan?kan?

ha,ni dia award tu,I LOVE U TOO also lah puput...hehehe

Dan sekarang aku nak bagi award ni dekat  blogger2 yang aku kenal dan sangat kool...heheh

Blogger2 nya adalah kak asha,kak cdot,eyka,bujang susah,asfar,sendra,kak tash,miss lolly,ynaa dan banyak lagi tapi aku dah tak larat nak letak banyak2.Korang yang bernama diatas kalau sudi sila lah ambil nya...terima kasih......

Kiranya yang diatas ni aku selalu bacalah tapi biasa jadi silent reader je sebab tak sempat nak drop komen,tapi apa2 pon blog korang memang best tau,tau tak?.....hehehe

Ok,award yang kedua diberi oleh seorang blogger yang sangat friendly dan duduk kat satu negeri dengan aku iaitu kak asha.Aku baru bagi award diatas kat dia sebab aku memang suka ke blog dia,so korang pon silalah ke blog dia ye.........

Ok,award yang dia bagi ni disertakan dengan tag yang sangat panjang so aku kenalah buat but apa2 pon bebanyak terima kasih kak....hehehe

ini dia award tu,besar kan.hehehe
                                                                               
Ok,kita mulakan..hehe

Write 5 interesting facts about the person who gave u this award..........

1)seorang yang sangat peramah dan baik hati serta tak sombong(nak puji apa lagi)..hehehe

2)rasanya mula2 kenal masa aku masuk komen blog beliau,lepas tu kami saling kunjung-mengunjung...hehehe

3)suka baca penulisan beliau yang berfaedah walaupon ada yang kurang faedahnya jugak(gurau2 je kak).hehehe

4)tak boleh lawan beliau update sehari rasanya lebih dari sekali update,sampai nak baca pon terkejar2........heheh

5)tinggal di negeri yang sama dengan aku,pantai timur........:)

Jot down 10 interesting facts about youself and you hobbies.


1)tak suka lepak dan join abang aku borak2 kosong sebab group dorang sangat boring.......hahah

2)suka membebel pada orang yang suka buat kerja tak betul.......haihhh

3)tak suka memasak walaupon kerja sebagai tukang masak sambilan......hehe

4)amat menyukai bundle.........

5)setiap kali makan nasi hanya sesenduk tapi lauknya sekampung boleh makan........hehehe

6)sangat risau jika wang didompet hanya tinggal seratus dua sebab pernah ada kes terlanggar kereta dan tak cukup duit nak bayar*pengalaman*........hahaha

7)suka beli baju pakai buang*cam pampers la pulak*..........hehe

8)sangat kedekut walaupon untuk diri sendiri tapi kalau bab2 makan sangat pemurah*untuk diri sendiri ye*.........hahaha

9)walaupon tak tahu pasal komputer even asasnya tapi boleh juga buat blog,bangga tak?...........hehe

10)suka berkawan dan kalau boleh jangan ada yang terasa hati bila aku mula bersuara,kalau ada sangat2 mintak maaf ye..........:)

Kenapa perkataan 'suka' sangat banyak??

ok,sekarang aku perlu tag seramai 10 orang untuk award ini,banyak tu sepuluh orang so aku rasa nak bagi seorang jelah,boleh tak,tak boleh,oklah 10 pon 10 lah.?........:)

Pick you 10 most deserving receipients and describe them...


sorilah kak asha,saya tak tau lah nak describe apa,nanti silap marah pulak dorang ni........hehehe

cik puput
pak parit
nice gay frodo
maichaa
cdot the dot
cikhelena
shafiq si tangan berapi
kak tash
gadis senyum sikit

Dan yang last sekali,dia mungkin akan jadi awek aku,tu pon kalau dia terima.......hahahak
bakal awek aku.......


notakaki:sangat letih bila buat 2 award sekali gus tapi terharu bila ada yang sudi bagi award ni........hehehe






                        

Selasa, 25 Mei 2010

SIFAT MALAS YANG PERLU DIBENDUNG.....

Share

Assalamualaikum dan selamat pagi Rabu kepada semua...:")


Wah,pejam celik pejam celik balik dah sampai hari rabu.Padahal aku masih rasa baru hari isnin sebab syok tengok cerita fearless .Terbayang2 kat mata ni(amboi,sampai camtu sekali)........


Aku tengok masih ada lagi yang seperti bermalas-malasan.Korang jangan camtu,kalau hari isnin boleh lah sebab masih lagi terasa cuti hari ahad kan tapi kalau dah sampai hari rabu pon masih nak bermalas-malasan alamatnya tak berasaplah dapur tu cik kiah hoi..........

amboi,seronok bersantai,tak kerja ke ker?........

Tulah,tidak dapat dinafikan setiap orang mempunyai sifat kemalasan kan.Tapi kita mesti pandai kontrol sifat tu kalau tidak kita takkan mungkin berjaya hanya dengan goyang kaki je kan.......

Tak ingin menipu,aku jugak ada sifat malas.Tapi aku hanya malas setiap hari ahad je.Dan kemalasan aku lebih cenderung seperti malas mak kebandar merewang,malas nak berkaraoke dengan abang2 ku,malas nak tengok wayang,malas nak beli belah takut nanti tak belah2,terbelah poket........


Semua tu hanya contoh dan bagi aku manusia pon mesti ada sifat malas tapi jangan biarkan malas itu menguasai korang semua kelak merana diri(iklan tak berbayar)..........


Ok,itu saja pesanan ikhlas dan sedikit ringkas dari aku,korang ingat senang2 ke aku nak buat motivasi pagi2 ni sambil curi masa lari dari tempat kerja sekejap,berisiko you know........


notakaki:anda rasa malas anda ditahap mana,bicangkan..............


Isnin, 24 Mei 2010

PUJIAN YANG MEMUDARATKAN....

Share
Selamat pagi semua....:")




Setahu aku,setiap orang mesti bangga bila terima pujian kan?
Lebih-lebih lagi kalau pujian tu merujuk pada diri sendiri kan?
Macam aku,setiap kali terima pujian automatik kembang kejap.......
Tapi,kalau sampai mengganggu pekerjaan sendiri pon tak elok jugak kan?
Semalam,ada sorang pelanggan ni puji masakan aku...:")
Aku punyalah bangga sampai sambil2 masak asyik tersenyum je.:")
Beliau puji depan aweks2 pulak tu...:")
Tapi tulah,bila dah dapat pujian yang tak seberapa tu mulalah nak melayang......
Last2 ada comtumer pulangkan balik makanan yang aku masak tu,katanya masin sangat..........
Mungkin aku over reacted sampai tak tengok sukatan masakan aku,ha kan dah malu balik.......

MMMoral of the story,jangan terpedaya dengan kata2 manis mereka???

muka riak gila lepas kena puji........


notakaki:korang nampak ke apa yang aku tulis kat atas tu?.......hehehehe

BERGURAU PON BOLEH SALAH FAHAM

Share
Assalamualaikum semua reader......:")


Nak tegur sikit.....

Kalau nak bergurau tu biarlah kena pada tempatnya.......

Jangan pakai masuk je,ko ingat semua orang punya sistem otak yang sama ker?

Tengok dulu cara manusia tu bergurau,dan balaslah dengan gurauan yang sepatutnya....

Janganlah bila beliau gurau gaya A ko pergi balas gaya D pulak.....

Kan dah lain macam kawan tu pikir......

Kalau kawan yang sama jenis gila2 takpelah....

Ni kawan yang jenis cepat tacing,cepat salah paham.....

Kan dah kes naya tu.....

Kadang2 kita tak patut hakimi seseorang tu dengan pandangan yang pertama......

Kena kenal dengan lebih mendalam dulu......

Maybe beliau simpan apa yang korang kata dalam hati......

Kalau tetiba kawan tu senyap je,jangan masih nak teruskan perbualan yang bodoh tu.........

Mungkin beliau tak selesa dengan gaya percakapan kita yang kekadang over reacted.......

Oklah tu saja yang aku nak cakap....

Sesapa yang tak paham sila2lah buat paham ye.........

Tapi jika ada yang terasa aku mintak maaf,tak sengaja la.............

Sekian........

alololo,comelnye kucing ni....:")


notakaki:ingatkan nak buat entry ringkas je tapi rasanya panjang jugak lah.....:")



Ahad, 23 Mei 2010

SEKAWAN MONYET YANG TAK SEDAR DIRI

Share
Assalamualaikm semua....:)

Wah2,dah hampir pukul 1 baru nak mengupdate entry yang baru ni.Tadi dah update pasal line internet yang semakin hari semakin menggila lembab cam kura2(ha,kan dah terkutuk kura2 tak bersalah tu)....ish3


Setiap petang ahad aku macam biasalah dengan family datang kegerai untuk selia apa yang patut.Yelah hari ahad kan cuti so datang lah nak mengemas ke menyapu ke membasuh ke melempang ke(maksud aku lempang nyamuk kat pipi tu).....hehehe


Sampai je kami kat gerai,semua terkejut separuh mati(alhamdulilah masa tu masih hidup lagi)bila tengok keadaan gerai yang tersangat-sangatlah bersepah2.Plastik berterabur,meja tungang-langgang,cermin pecah terburai,kerusi terpelangtingtangtung.Abah(comel panggil abah...wekk)aku saspek ni mesti kerja si monkey the stupid monyet...........grrrr


Yelah,selama ni semua yang berlaku semua salah sekawan atau segerombolan atau sekangkang monyet tu.Masa tengah berniaga pon haiwan tak tahu malu tu(sebab dorang tak pakai pakaian) berani masuk kegerai nak mencuri barang berharga untuk dimakan......ish3


Memang patut aku salahkan mereka sebab mereka bukan seperti haiwan2 yang lain.Spesis mereka iaitu Orang Utan memiliki DNA 98% menyamai mausia so mereka pon mesti ada IQ yang sama.Takkan  mereka tak pikir yang aku ni nak berniaga cari makan tapi mereka masih buat kacau kat situ.........ish3


Nak kata aku tak bayar wang perlindungan memang patut pon aku tak bayar sebab mereka bukan boleh buat ape pon ngan duit tu.Aku sekadar bagi roti canai kuah dhal serta nasi lemak daun pisang sebagai wang perlindungan,masih nak demand lagi mintak air milk shake tak pon kopi jantan,ish patutlah....hehehehe


Dorang ni bagi aku memang tak kenang budi,aku rasa hampir 7 keturunan aku jaga dorang tapi masih lagi nak buat kacau dekat gerai sekangkang kera aku(pakai kera pulak).Dan kerana kejadian itu,kami sekeluarga telah berbincang dan bersetuju untuk menyerang mereka kembali dengan lastik buatan tangan ni........hahaha


So esok kami akan declare war pada mereka.Apa nak jadi pon jadilah.Berpantang maut sebelom ajal.Takkan melayu hilang didunia.Kajang pak malau kajang berlipazzzzzzzzz............

kalau korang nak tau inilah ketua monyet tu,siap pakai alarm je kot2 kena darah tinggi....hahahah


notakaki:cerita diatas tu saja2 je,kitaorang memang dah biasa kena attack ngan gengmonyet ni tapi still nak bagi dorang makan,yelah mungkin kita tak nampak kot2 sebenarnya dorang lah yang jaga temapt kita kan.......:")




MASALAH CAPAIAN INTERNET YANG MASIH TERUK DIMALAYSIA

Share
Selamat sejahtera semua kawan2 blogger atau pon yang bukan blogger......:)

Macam biasa,alasan aku tak berupdate sampai berhari ialah sibuk memanjang je.Yelah,orang bekerjaya macam aku ni bukan ada masa pon nak berupdate seperti selalu.Nak berblogwalking pon tak kesempatan,dengan line internet di malaysia ni semakin tenat........

Bercerita tentang line internet ni...................


Macam tak berbaloi je aku langgan 2 line internet sebulan,aku kena bayar streamyx sebulan RM80.00 dan P1 Wimax sebulan RM50.00.Jumlah keseluruhan RM130.00 yang perlu aku bayar tapi bila nak pakai line macam hampeh.Bila aku pakai line streamyx,masa aku tengah download video kat laman youtube tetiba tersekat dan kalu line putus(line streamyx kerap kali terputus dengan sendirinya) kena download balik..........


Pakai P1 pulak ok je cuma korang kena gerakkan badan sikit cari line,kekadang certain2 place je yang boleh kita dapatkan signal tapi kekadang bikin gua panas je,pehal setiap kali line putus asyik kena bangun dan gerak ke hulu kehilir bawak kotak hitam tu sebab nak cari line punya pasal......haihhhh

Bila tengok iklan masing2 cam taknak kalah.Yang ni kutuk yang ni dan yang ni kutuk yang ni,masing2 berebut nak buat iklan yang terbaik dan dapat menandingi pesaing masing2 tapi line internet cam haramm je...ish3

Dulu alkisahnya aku ada langgan dan pakai celcom broadband.Selama aku pakai celcom tak pernah line dia nak terputus2 dengan sendirinya cuma kelajuan nya sedikit lambat.Biasalah,tahap kelajuan yang aku langgan pon cuma 384kbp je tapi boleh tahan lah sebab kurang sangat bagi problem kat aku........

Dan bila streamyx buat promosi dan ada juga nasihat kawan2 yang kata streamyx ni bagus(aku tak salahkan korang) aku terus matikan line celcom dan regiter ke streamyx.Dalam masa 2 bulan kebelakangan ni pulak line TM sangat teruk,dah tanya kawan2 dan mereka pon alami nasib yang sama.......

Dan P1 Wimax pon camtu jugak,aku beli sebab promosinya yang sangat2 murah dan promoter tu kata  pencawangnya ada di bagunan sekita kawasan aku.Sama juga macam streamyx,bila mula2 pakai memang sangat memuaskan.Tapi lama2 line dia sama je dengan streamyx,semakin teruk.......

Entahlah,bukan aku saja tapi ramai kawan2 pon mengalami nasib yang sama.Mungkin sekarang '1Malaysia' kot ada problem yang sama macam aku.Aku harap kerajaan tolong selesaikan masalah ni dengan secepat yang mungkin.Dulu kata sekurang2nya setiap isi rumah perlu ada sebiji komputer untuk pembelajaran tapi kalau line asyik teruk camni alamatnya setiap kali nak beronline kena turun ke Singapura atau Thailand la ye.......hehehehe

Ok2,cukuplah setakat ni,bosan tengok kat bawah ni asyik ralat2 je,silap2 habis je menulis bila nak terbitkan terus line terpotong balik so masa tengoh ok ni kena cepat2 tapi apa yang perlu je(masalahnya ayat ni perlu ker?).......hehehehe

notakaki:kalau line masih dalam keadaan yang sama,aku rasa nak pindah ke kawasan rukun tetangga di Republik Of Congo lah pulak.......hehehehe

Selasa, 18 Mei 2010

INI KAMERA BIKIN AKU GILA

Share
Selamat malam semua....:)

Malam tadi aku dan pemandu a.k.a salah seorang abang aku pergi ke sebuah gedung beli-bedah kat bandar kuantan.Dengar kata masa baca kat flyer tertulis promosi kamera digital.Aku dari sebulan lepas dah memang tengah gila dengan kamera ni.Kalau tak dapat DSLR tu yang cabuk pon jadilah asalkan tangan yang tengah gatal ni dapat snap gambar..tak gitu.....hehehe

kalaulah aku dapat pakai,memang naiklah saham.....hahahak

Disebabkan henpon mewah aku Iphone 3G(riak sungguh)dah rosak so aku dah tak boleh nak snap2 gambar diri sendiri yang agak kacak dan sopan ini.Aku tak tau lagi bila aku ada masa nak pergi hantar baiki telefon tu,badan ni bukannya rajin sangat bab2 nak memperabihkan duit ni......hehehe

Semalam kakak aku baru beli henfon yang baru tapi tak payah lah aku tunjuk kat sini takut nanti korang kata aku berlagak lah pulak kan.Dia trade in henfon tu ngan E63,katanya E63 tu dah old skool.Ceh,berlagak tunjuk kat aku,mentang2lah henfon aku dah rosak,takpa nanti aku beli blackberry baru dia tau...........hahahaha

Ok,berbalik pada cerita kamera itu tadi,petang tadi masa aku baca dalam flyer iklan memang taknak kalah,memang terbaek dari pasar malam bak kata melz.Gambar belah depan berkilat,tempat flash bersinar2 bak Retro At Sinar(lari tajuk).Power dia 10 megapixcel dan harga pon boleh lah tahan......

Tapi bila aku fikir2kan balik,takkan kamera yang merujuk pada gambar tu tadi harga dia sebegini murah.Yelah,gambar macam harga RM1000 lebih tapi harga sangat2lah membahayakan yakni murah giler der.Sebab tu aku excited atau gumbira bila dapat tau kamera yang aku idamkan selama ni sudah akan mampu aku miliki.....hehehehe

So dengan perasaan yang berbaur gumbira,hati yang senang,pakaian yang kemas,kasut yang baru dipolish,ketiak yang dah dicolek dengan doedorant dan rambut sikat belah tepi aku melangkah keluar dari rumah dengan seribu sebelas harapan supaya kamera tu jatuh ketangan aku hari jugak.......hoyeahhh

Dan pabila sampai,aku bertanya dekat jurujual tu tentang promosi jualan kamera tu dan bila dia tunjuk kamera tu aku rasa nak tempeleng diri sendiri,jurujual dan sapa yang buat flyer ni.Apa yang aku boleh cakap tentang kamera tu seperti berikut:
1:)jauh panggang dari api.....
2:)indah khabar dari rupa........
3:)sudah gaharu cendana pula sudah garu berkurap pula(eh?)......hehehe

Kat sini aku ada sediakan sedikit gambar kamera pada zaman2 dahulu kala so enjoy it ok....:)

amacam,cantik tak kamera tu?siap ada mangkuk untuk isi sup lagi.....hehehe

yang ni macam kepala lori pon ada daa.....hehehe

yang ni kepala lori warna kelabu....hehehee

yang ni aku rasa standart sikit la......hehehe

ni bukan kamera,ni meriam peluru berpandu ni......hehehe

mickey mouse versi old skool...hehehe

Oklah,tu je yang aku nak tunjuk kat korang tapi hati ini masih lagi terasa cuak dan bengang tahap rasa nak nyanyi lagu bengang akim af7 tu.Tapi nak buat camner kan,dah tak dak rezeki dan mungkin yang ni tak sempat,yang lagi baik dan hebat akan datang untuk aku,sapa tau tu semua kuasa tuhan kan...insyaallah......amin...........:)


Isnin, 17 Mei 2010

SELAMAT HARI GURU DAN HIDUP YANG PENUH DENGAN TANGGUNGJAWAB.........

Share
Selamat malam my gengblogger...:)


Sebelom tu aku nak ucapkan SELAMAT HARI GURU untuk semua guru2 di Malaysia dan di dunia.Jasa anda memang tak dapat kami balas walaupon sudah diberi hadiah hari guru pada kamu.......hehehehe


Hai geng,dah hampir 4 hari aku tak mengupdate apa2 dari blog kusam ini.Masuk blog je sebab nak check komen2 yang dihantar dari pembaca2 yang tak jemu datang walaupon blogku ini senyap sunyi je...hehehe


Nak ucapkan terima kasih terutamanya pada cik eyka dan juga aus kerana aku tengok komen korang berdua asyik ada je walaupon aku tak berupdating,dan aku rasa yang lain tu pon ada jugak cuma aku kurang perasan kot....hehehe


Kepada cik eyka,segan lah awak panggil saya chef,nanti ada pulak orang mintak resepi bagai.Dan yang paling menakutkan nanti kak ina kl ajak bertanding memasak melalui skype lak nanti.....hahahah*gurau2 je kak ina ye*


Pada aus,kau memang nak aku kerja kuat kan,ko pergi komen dekat entry aku yang dah bertahun2 aku tak tengok,sampai aku tercari2 sebab nak tau apalah yang ko kutuk aku tu.....hehehe


Dan juga terima kasih pada kak tash sebab sudi dengar luahan hati simamat poyo ni(aku masih kurang mengerti apa maksud poyo ni) walaupon hanya sedikit kata2 semangat tapi itu sudah memadai.Kalau mintak nasihat banyak2 karang dia mintak bayaran pulak mati aku nak cekau duit kat mana pulak......hahahak

**********************************************************************************

Aku ada sedikit masalah sebenarnya sampai tak sempat nak update blog hingga 4 hari aku tinggalkan blog ni.Cuma datang sekali sekala tengok kot2 ada orang datang mengkomen boleh lah aku balas mana yang patut kan.......hehehe


Biasalah,orang berniaga mesti ada je yang tak kena so kena lah aku hadapi dengan tabah,nak cari duit camni lah caranya.Tulah, orang suruh sekolah dia nyorok dalam semak kan dah kena kerja masa muda2 tapi nak buat cam nama dah nasib aku terima ajelah.......hehehe

Walaupon aku dikira masih muda lagi tapi tanggung jawab yang parent serahkan kat aku memang macam seorang abang yang sulung dalam adik beradik.Walaupon duduk dengan keluarga sendiri tapi segala macam bil dirumah aku dimestikan bayar ....adoiiii


Dan segala tanggungjawab dikedai pun begitu jugak,aku yang mesti selesaikan walaupon bukan semua tapi setiap tanggungjawab yang diberikan boleh buat aku sakit kepala wooo.Sebab tu aku cam tak senang duduk je 3-4 hari ni.Masalah yang datang menimpa aku rasa macam tak dapat ditepis dengan begitu mudah........


Tapi setiap kali itulah aku sentiasa bersedia dan bersabar untuk mengharungi segala cabaran yang ada.Dan kekadang terasa bangga pula apabila setiap kali mak dan kawan2 nya berborak mesti mak akan tunjukkan aku dan bagitau kawan2nya yang aku sajalah yang boleh dia harapkan*kembang seketika*...hehehehe


Kadang2 aku macam jeles pulak bila tengok budak2 sekarang seronok je bermain2,meronda2 naik motor dan bersukaria cam takda problem je,tak macam aku ni bangun subuh malam baru balik.Tapi setidak-tidaknya aku rasa bersyukur sebab aku diberi kesempatan untuk belajar bersusah payah,kalau asyik nak senang je alamatnya lupa diri lah nanti kan.....:)


At last,just want to say that ingatlah,walaupon kita rasa hidup kita ni susah tapi sebenarnya masih ada lagi orang yang lebih susah dari kita tau........:)

apa2 pon,senyum2 selalu ye kawan2.....:)


notakaki:kaki aku kembali sakit,oh damn jangan samapi kena penyakit kencing manis sudah nanti tak ada kaki lah aku.......huhuhuh

Isnin, 10 Mei 2010

HARI-HARI SEORANG BLOGGER.............

Share
Hai geng.Eh,menjawab dan ini bermakna aku ada geng lah ni............hehehe






Hari ni aku tidak pasti kenapa dengan kepala yang besar diatas ni.Kebiasaannya aku boleh mengingati setiap minuman yang pelanggan tetap yang datang minum tapi hari ni semua perlu ditanya semula...............:(




Sedikit terasa hati dengan majikan,tapi pabila mulut digerakkan,dia faham aku tengah berasa hati.Suka jadi pekerja yang disayangi.........:)


Masih lagi berada di alam kuno kerana tidak punya masa lagi untuk menghantar henfon cabukku yang masih rosak kerana terhentak dan skrinnya pecah teruk.Mungkin caj untuk membaiki lebih dari RM150 kalau mengikut pengalaman sebelum ini.............:(




Melilau dialam maya sebentar tadi dan menyinggah di beberapa blog yang baru tapi setiap gaya penulisan seperti sudah bertahun menulis.Juga ada blogger senior(elok dipanggil senior dari otai) yang aku singgah tadi mempunyai perancangan untuk mengembangkan lagi blognya tanpa melupakan follower2 yang sudah beribu itu.Baguslah begitu,sharing is caring..........:)


Sehari suntuk aku memakai baju yang bukan dari saiz aku,terseksa kerana aku bukanlah sesuai untuk menyarungkan sehelai baju yang mempunyai saiz S,M atau L.Ya,XL saiz yang sebenar-benarnya aku boleh pakai
 tapi selalu tiada stok atau harganya boleh tanggung aku breakfast 7hari 7malam..........:(




Sedang asyik memandu keretaku si kancil fairlady,tiba-tiba keretaku terhenti ditepi jalan.Bila dicheck rupanya minyak ditangki sudah kehabisan.Ini semua harus abang aku yang harus dipersalahkan.Sudah disuruh baiki meter tu tapi tak juga dibaiki sampai aku tak perasan minyak tu masih ada lagi atau tidak..........ish3


Perkara yang biasa berlaku dalam kehidupan seharian aku....
Walaupon aku sentiasa sibuk dengan tugas2 dan tanggungjawab yang diberikan.............
Tapi alhamdulillah aku masih lagi boleh berblogging.......
Selama aku berblogging,banyak faedah2 dan manfaat yang aku dapat...............
Dulu aku masih lagi naif tentang blog ni........
Dan sekarang aku masih lagi naif tapi terima kasih kepada kawan2 blogger yang sudi membantu aku..................

senyum-senyum selalu........:)


notakaki:kalau ada lagi maksud selain perkataan penat,memang akan aku luahkan penat yang terasa di badan ini,nasib baik tangan masih mempunyai nyawa.............:)




Ahad, 9 Mei 2010

TELEFON BIMBIT DAN KISAH DISEBALIKNYA..............

Share
Assalamualaikum semua,tak jawab berdosa tau...hehehehe

Hari ni perasaan sedikit terkilan lah nyah(apsal tetiba panggil nyah ni?).Telepon kesayangan aku yang ke-6 dan terkini iaitu Iphone 3G punya skrin dah retak dan tak boleh dipakai lagi.Aku rasa macam ada benda pelik lah yang berlaku sebab setiap kali aku beli telefon yang baru mesti tak sampai 5bulan akan rosak,hilang atau aku rasa nak jual....hehehe

Oklah,aku nak tunjuk serba sedikit tentang telefon yang pernah aku pakai tapi tak lama....heheehe

Nokia 7610

Telefon yang pertama aku beli dengan duit aku sendiri,harga RM 450 second hand,masa tu memang excited gila pakai henfon ni,menunjuk sana sini tapi bila dah boring aku trade in dengan henfon baru.............hehehe


CSL M50

Yang ni henfon yang kedua yang berharga RM500 dan aku pakai lepas aku trade in dengan henfon nokia aku tu.Aku beli henfon ni pon bukan apa cuma dalam dia ada fungsi tv.Boleh lah kalau aku nak tengok tv cam tv besar kat rumah tu tapi lepas 4bulan aku jual dekat kawan aku sebab skrin dia rosak...........hehehe

Nokia N70

Ini henfon yang ketiga aku pakai,dibeli dari kawan yang sedang terdesak mau pakai duit dengan harganya RM250,mula2 pakai memang sedap tapi selepas tiga bulan tetiba rosak.Pergi jumpa doktor henfon dan dia kata microcip(bukan cip kentang)dalam henfon ni terbakar so kenalah beli yang baru tapi aku tolak murah dekat tauke tu sebab aku tak mampu nak beli cip tu yang berharga RM200.........

Nokia 3310

Selepas aku jual atau tolak murah henfon n70 aku dekat tauke tu,aku beli pulak Nokia 3310 ni dari kawan adik aku.Dia jual tak mahal cuma RM30 je.Masih dalam keadaan yang baik dan aku suka main game ular dalam henfon ni sampai ketagih tapi lepas 4bulan aku pakai henfon tu tetiba je hilang.Sampai sekarang aku tak tau dekat mana henfon tu...hehehe

Nokia 1208

Ini henfon aku yang kelima dan aku beli yang ori punya tau.Harganya RM 87 je sebab masa tu tempat yang aku pergi tu sedang buat promosi.Aku dah bertekad dalam diri taknak pakai henfon yang canggih2 so aku beli henfon ni.Yang seronoknya henfon ni ada lampu kat atas.Memang terang dan senang digunakan................hehehe

IPHONE 3G
Yang terakhir dan sekarang aku tengah pakai adalah henfon IPHONE ni.Memang dulu aku bertekad taknak beli henfon canggih2 ni tapi bila tengok berkenan la pulak so aku belilah sebijik tapi sekarang dah tak boleh pakai sebab skrin dia dah pecah.Nak touch2 macam dulu dah tak boleh so mungkin lepas aku dah baiki skrin dia aku ingat nak trade in dengan blackberry la pulak.Eh lupa nak letak harga,henfon ni aku beli dengan harga RM1200,murah kan sebab masa tu kawan aku beli borong so dapatlah aku dengan harga murah..............hehehe

notakaki:seminggu ni aku kembali menjadi orang zaman batu............hehehe

Sabtu, 8 Mei 2010

SEBESAR-BESAR PENGORBANAN ADALAH PENGORBANAN SEORANG IBU.......

Share
Selamat malam semua...................:)

Aku nak ucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua para ibu yang selama ini banyak memberi jasa dan pengorbanan kepada anak dan suami mereka.Dan tidak lupa juga kepada ibuku yang amat aku sayangi dengan segala kudratku Puan SABARIAH BINTI IBRAHIM............:)

Meh nak tunjuk sikit gambar tuan empunya nama...heheheh
gambar ni mak tengah mencari bakal menantu....hehehe

yang ni tengah mengira bajet kawin anak.........hehehe


si budak kecil ni suka sangat interframe la...ish3

Itulah mak aku,umur muda lagi tapi raut wajah seperti sudah bercucu 5 padahal anak seorang pon tak kawin lagi.Emak dari dulu memang sangat kuat bekerja walaupon tengah sakit atau demam dia tetap juga mahu bekerja.Nak menyara anak2 katanya ......hehehe

Bagi aku,jasa mak memang takkan terbalas walau dibayar segunung emas sekalipon(cam ayat puisi jer).Dia sanggup berkorban apa saja demi kehidupan anak2 dia.Sanggup turun bekerja sesudah subuh padahal orang lain masih nyenyak berdengkur dan baru balik kerumah pabila orang lain sedang enak dibuai mimpi.Itu mak aku....................:)

Aku ingat lagi satu kejadian dimana abang aku irwan ditahan polis kerana disabitkan dengan kes pecah kedai .Masa tu kami memerlukan RM1000 untuk mengikat jamin irwan tapi kami sekeluarga memang tidak mampu mengumpul wang sebanyak itu.Mak dengan tidak berputus asa menebalkan muka kesana-kemari meminjam diut untuk menjamin abangku.Tapi alhamdulillah irwan dilepaskan kerana ada sedikit salah faham mengenai maklumat yang polis terima....selamat......

Apa2 pon,jasa seorang ibu memang terlau hebat.Sekadar melahirkan kita kedunia ini saja sudah cukup menunjukkan yang seorang ibu sanggup bertarung dengan maut untuk melahirkan kita kedunia kan......:)

Sekali lagi ingin aku ucapkan Selamat Hari Ibu pada semua ibu2 di dunia ini,jasa anda takkan terbalas oleh kami walaupon kami membalasnya dengan segunung emas permata hijrah(eh?).Dan aku doakan semoga semua ibu2 didunia ini sentiasa sihat dan tenang dalam menjalani kehidupan mereka bersama dengan orang2 yang mereka sayangi dan meyayangi mereka...amin.....:)


notakaki:hadiah terbaek untuk si ibu hanyalah curahan kembali kasih sayang seorang anak yang dibesarkannya.............:)






Khamis, 6 Mei 2010

KESEDARANKU....

Share
Hai semua pelayar internet,pelayar internet?boleh la kot...hehehe



Di hari jumaat yang mulia ini aku cuma nak cakap yang:

Selalu aku mengeluh......
Selalu aku mendalih.......
Selalu aku merungut.......
Selalu aku mengeji.........
Selalu aku memaki.........
Selalu aku mengutuk.......
Selalu aku membenci......
Selalu aku menyampah....



Tapi aku tak perasan yang sesuatu  yang aku tak suka itulah yang selama ini buat menghidupkan aku,mengajar aku,membimbing aku,menjaga aku dan membuatkan aku sedar yang manusia takkan lari dari melakukan kesilapan kerana dari kesilapan itulah kita akan belajar untuk memajukan diri sendiri....:)



senyum-senyum selalu...:)




notakaki:Yang buruk datang dari kita dan yang baik datang dari Allah s.w.t...amin....:)



MALAM JUMAAT DATANG LAGI...EPISOD KE 2

Share
Salam semua pembaca tak kira anda sedang membaca surat khabar,buku atau pon anda seorang pembaca berita(macamlah pembaca  berita nak baca blog aku ni)....heheehe

Hari khamis malam jumaat kembali lagi so bila sebut je pasal malam jumaat ni pasti ada yang tersenyum.Ya,ini bukan lagi zaman dahulukala yang mana bila tiba malam jumaat semua anak2 kecil seperti aku dulu akan menjadi takut...hehehehe
Malam Jumaat
malam jumaat....psst...psst....(memang tak boleh blah)...hehehehehe


Tapi hari ni bukan nak bercerita pasal malam jumaat sebab aku bukan ada pengalaman mengalami malam jumaat yakni yang seram atau tak.....heheheh

Cuma nak bercerita tentang aku yang sudah pandai menggunakan Twitter.Ape gelak2,suka sangat lah tu.Mentang2 aku baru pandai guna korang gelakkan aku ea.Bukan nak tolong ajarkan pon...cisssss

Dua hari aku dapat cuti ni so aku gunakan masa yang sebaik-baiknya untuk mempelajari dan mendalami ilmu2 twitter ni so sekarang aku dah hampir 80% mahir tau.Patutkah aku rasa bangga?tak sebab kalau aku lulus baca al-quran tu ok gak kan nak bangga2 ni...hehehe

Tapi bila ada yang membalas dalam twitter tu memang terasa heppy gak kan lebih2 lagi si feymes2 yang aku follow tu...hehehe

Tapi kekadang rasa boring gak main twitter ni,tak macam facebook boleh komen dan terima komen serta-merta...hehehe

Juga perlu tunggu orang mengfollow kita supaya setiap apa yang nak kita sampaikan ada juga yang membacanya...hehehe

Tak macam facebook,aplikasi yang bermacam2 ,kalau kita add orang terus masing2 boleh share perkara tentang masing2 dan banyak lagi tapi aku kekadang hairan kenapa ada orang kata twitter ni lagi best dari facebook?mungkin orang tu kurang pandai menggunakan facebook lebih dari twitter kot...hehehehe

Apa2 pon ,gunalah laman sosial ini dengan baik.Jangan gunakan untuk memburukkan sesetengah orang seperti yang aku tengok dalam facebook.Ada aja kumpulan2 yang meburukkan nama orang lain muncul dalam facebook tu,tak baik tu ok...:)

sekian...:)


notakaki:alhamdulillah,kaki semakin baik dan nasib baik ianya bukan diabetes yang aku sangkakan...:)

Selasa, 4 Mei 2010

RAHSIA LEMBU INI TERBONGKAR....

Share
Salam readers...ececehhhhh...

Hari ni aku nak menyiapkan satu lagi tag yang aku dapat dari seorang gengblogger yang baru aku kenali......hehehe


Ucapan terima kasih yang tak berbelah bagi(ambik ko ucapan)kepada PUPUT kerana sudi memberi wasiat saka lembu hitam yang kiut ni.Ni lembu jantan ke betina(harap2 betina).....hehehe

SYARAT-SYARAT PENERIMAAN SAKA:
1:)Thank and link the person who gave you the cow....
Terima kasih PUPUT kerana sudi menghulurkan wasiat ini kepada saya.....hehehe

2:)Bagi balik saka ini kepada 7blogger yang paling aktif:
Pada korang yang aku tag disini,ada masa buat ye...:)

3:)Bagi tau kat diaorang yang diaorang dapat wasiat dari orang kaya KG SEPENING LALAT....
Kepada penerima wasiat lembu hitam ni,ini adalah wasiat dari orang kaya KG SEPENING LALAT(OKSPL)sdn.bhd

4:)Cerita 3 perkara yang anda selalu buat sambil tengok tv:
makan
minum
duduk

5:)Bagitau 3 makanan pelik yang anda pernah makan:
mee goreng lipas
nasi goreng tebuan
lizard brownies

6:)Cuba bagitau berapa orang dah kawan awak di FACEBOOK:
198

7:)Feveret soalan ni...camner korang berjumpa spouse korang or pakwe or makwe......
tak pernah jumpa la.......hehehe

Dengan ini berakhirl sudah upacara penerimaan dan penurunan saka Lembu Hitam....
aku..aku..aku..
@@@@@@
@@@@
@@
@

kena layan blog orang lain pulak

ok,dah siap pon tag dari seorang member baru dari dunia blog,jenuh jugak aku nak habiskan saka2 ni...hehehe

notakaki:maka bertambahlah tag yang aku dapat dari blogger bernama PUPUT kepada 2 tag(alahai sikitnyerr)...hehehehe


Isnin, 3 Mei 2010

BUKAN SUSAH NAK SUSAH DAN BUKAN SENANG NAK SENANG

Share
Salam semua(sambil buat gaya salam ngan angin)..hehehe

Hari ni rasa hari yang teruk betul lah.Kaki yang hampir seminggu sakit semakin sakit.Batuk yang hampir 3minggu datang tak pergi2.Selesema atau selsema atau sesame tak baik2 lagi.Nak buat kerja hari ni memang tak ada mood dan terasa nak ambil cuti tapi bila difikirkan balik kat rumah tu banyak anak2 yang perlu ditanggung terus tak jadi cuti...:(

Anak2 yang dimasudkan adalah seperti Sewa Rumah,Bil Air,Bil Api,Bil Streamyx,Bil P1 Wimax dan sebagainya.Umur aku baru 20-an tapi menanggung hutang macam dah berumah tangga.Kalau tangga batu tu takpe lah sebab kukuh sikit tapi aku ni diibarat macam tangga kayu,dah lah kayu reput pulak tu...hehehe


Tapi bila difikirkan tentang masalah aku ni,apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan orang yang lebih teruk kesusahan dia.Kadang2 kalau aku pergi bandar dan masa naik jejantas tu mesti jumpa dengan makcik dan pakcik tengah main alat muzik yang aku tak tau apa nama alat muzik tu....hehehe

Bila tengok diaorang cari duit dengan cara sebegitu susah sekali,aku mula terfikir.Apakah aku selama ni memang bodoh kerana  selalu merungut ketika sedang hadapi halangan yang sebegitu kecil padahal mereka2 diluar sana lagi teruk kesusahan yang dugaan yang Allah bagi.Aku ni dah dikira bertuah dapat tinggal didalam rumah yang selesa dan makan pakai yang mencukupi....:)

Adatlah manusia,tak pernah cukup dengan apa yang diaorang ada.Kalau boleh seluruh dunia ni diaorang nak genggam kan.Tak berfikir ada yang lagi susah dari kita....ish3

notakaki:bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah,renung-renungkan...:)

Ahad, 2 Mei 2010

AKU ADE BLOG,KAMU?

Share
Hai gengblogger sekalian,yang takdak blog tu perasan jelah yang korang tu ada blog ok...:)

Hari tu ada sorang mamat a.k.a kawan aku yang duduk kat johor bahru tu pernah tanya,ko ni ada blog best sangat ker?ermm,ermm,ermm,best gak,kenapa?ko nak buat ker?ker?ker?...hehehe



Selalu orang tanya,aku jawab best,boleh dapat ramai kawan,boleh dapat duit,boleh dapat ilmu yang kita tak dapat jumpa dalam surat khabar,boleh jumpa blogger2 yang cun2 dan lawa2(perempuan sahaja ok) dan sebagainya....hehehe

Bila dengar je boleh buat duit terus beliau kata beliau nak buat satu.Hoi,ko ingat nak buat blog sama macam nak buat anak ke?eh,buat anak pulak,buat anak susah gak tapi buang anak senang kan?kan?...ish3

Bila dah kata susah pepandai jer nak suruh aku ajar,kalau nak suruh aku ajar cara2 nak masak bubur lambuk ker aku pandai lah.Buat blog?memang memerlukan kesabaran dan otak yang genius apatah lagi kalau nak buat Dot Com sendiri.Alamatnya kena upah orang la cam ni...hehehe

Aku dulu pon ada gak kengkawan yang ada blogger sebelom aku buat blog ni,dari dia lah aku kenal blog.Dia pernah kata,kalau ko nak buat blog ni tak payah lah beli buku2 yang cakap ko boleh buat blog just baca blog yang dah ada tu....hehehe

Memang banyak blog yang aku baca dan diaorang ada jugak selitkan tips2 dan cara2 nak buat blog yang bermutu dan disukai ramai tapi aku tak tau la aku punya blog ni bermutu ke tidak...heheheh

Blog yang pertama aku baca ialah blog hanis zalikha.Tu pon aku kenal masa tengah terbelek2 surat khabar kosmo tiba2 ternampak page tentang dia.Aku rasa aku dah hampir khatam blog dia kot....hehehe

Pastu,aku terjumpa pulak blog melromeo(romeo lah sangat).Brader ni memang peramah dan tak lokek dengan ilmu tau.Memang apa2 bantuan aku selalu mintak tolong dengan dia.Kadang2 dia ada gak mintak bayaran kat aku(tu fakta tipu)...hehehe

Sebenarnya ada banyak lagi tapi aku tak larat nak bagi tau semua der.Selain dari tips2 nak buat blog,ada jugak tips2 tentang masakan,penulisan blog dan sebagainya so sesiapa yang baca blog aku ni tapi tak ada blog lagi ikutlah cara2 yang aku cadangkan ni......heheeh

Nak kata aku bagi tips,entahlah ni tips ker apa sebab aku bukan pandai sangat bagi tips tapi kalau korang nak tips2 tentang cara2 penulisan korang masuk je dalam blog bean moreno.Blog dia memang banyak dengan tips2 yang membina cara penulisan dalam blog kita tau....hehehe

Oklah,tu sahaja dari aku dan aku harap semoga korang enjoy baca blog aku ni ok.....(-__-)...hehehehe


notakaki:kepala aku sakit giler tapi nasib baik aku tulis pakai tangan...hehehehe