Salam semua.....:)
Sekarang ni aku sambil menulis sambil usha kat luar sebab tadi masa tengah beronline tiba2 datang kilat sampai seluruh rumah terpadam,nasib baik kom ok......
Semalam hari jadi aku yang ke 20-an so sesiapa yang tak wish lagi,korang berhutang dengan samseng kampung kebun tau....
Aku nak ucapkan terima kasih pada
cik fifi kerana menjadi yang pertama(walaupon dia ucap sehari sebelom) wish kat aku di FB,sangat2 terharu..sob...sob...sob...
Aku jugak nak ucapkan jutaan(walaupon tak sampai 20 orang pon wish) terima kasih pada yang sudi wish kat aku di FB jugak.Korang memang terbaik sebab ingat akan hari jadi aku(walaupon ada reminder kat tepi tu)........hahahah
Selama 20 tahun kehidupan aku,inilah kai pertama aku dapat wish yang sangat banyak,rasa terharu berbau sedih dan gembira serta malu juga marah tapi sayang mahupon suka waima cinta mahupon segan tapi suka......
Aku tak diajar nak sambut2 hari jadi ni dalam keluarga sejak dari dulu lagi.Yelah,kami bukannya orang senang nak sambut2 ni,kalau nak sambut hari jadi pon cuma sambut hari jadi adik alisa si bongsu kesayangan aku dan mak je...
inilah dua wajah kesayangan hamba......hehehe
Kami adik beradik tak rasa apa2 pon sebab kami dari dulu dah diajar erti susah,tapi ada jugak sesetengah adik beradik aku tersesat.......hahaha
Disini aku nak ucapkan terima kasih pada mereka yang aku sangat sayang...:)
1)mak sebab selama ni tak jemu bekerja untuk mencari sesuap nasik untuk anak dia yang kiut ni.....hehe
2)abah sebab tak jemu2 maki hamun sampailah masuk telinga kiri tapi tak keluar2 kat telinga kanan..alhamdulillah...
3)arwah nenek sebab sanggup berkorban menjaga aku masa duduk dengan dia walaupon hanya 3tahun,arwah memang seorang yang sangat penyayang,rindu betol aku dekat arwah...:(
4)maksu sebab dialah orang pertama yang ajar aku menjadi suri rumah sepenuh masa lepas balik sekolah,ajar cam ditaktor pulak tu,kami adik beradik masa tu takut giler ngan maksu...hehehe
5)mak andak sebab masa sebelom dia kawin dulu,dialah yang uruskan segala makan pakai aku tapi dia tak garang macam maksu tau.......hehe
6)pakcik li dan makcik dah sebab bila mereka datang ke kampung aku mesti suka,aku tengok mereka ni macam aku tengok mak pak aku pulak...hehehe
7)pada cikgu sekolah yang selama ini sibuk merotan aku sebab malas nak buat kerja sekolah(ish,malunyeerr) dan sentiasa mengajar aku sampai aku boleh sebut huruf R dengan baik...hehehe
8)pada adik beradik walaupon korang tak penah nak wish kat aku dan bila masa hari jadi mak korang tak tinggal pon aku kek walaupon sedikit..........
9)pada semua kawan2 nyata yang dah hampir 4 tahun aku tak jumpa....
10)juga pada kawan2 alam maya(bukan adamaya tu,ish teringat mia si comel)tak sangak aku boleh dapat kawan yang ramai dalam maya ni,seronok tau....
11)pada semua blogger terutama sekali pada yang sudi membantu aku walaupon aku bertanya hal2 yang kecil je(padahal korang mesti menyampah kan?kan?).........haha
12)pada sorang awek ni,bagi aku dia blogger terkenal gak tapi aku suka lah kat dia cuma malu nak berterus terang,takut dia takut,tapi dia sporting la,nak berborak ngan dia pon ok je,seronok bila dia wish kat aku tadi dalam FB,walaupon just wish biasa2 je tapi bagi aku sangat bahagia tau........hehehe
13)pada sesiapa yang mengenali diri ini,yang tak kenal aku dan yang aku tak kenali tapi tetap wish kat orang yangbernama epul,aku sebagai wakil orang yang bernama epul ucapkan terima kasih...:)
Oklah,tu sahaja yang aku boleh ingat,so sesiapa yang tak rasa dia ada diatas aku mintak sorry bebanyak ok,tak perasan........hehehe
notakaki:masih menunggu dia online,kemana dia menghilang,berdating ker?oh tidak...hehehe