Memaparkan catatan dengan label BLOG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BLOG. Papar semua catatan

Selasa, 4 Januari 2011

KITA SAHABAT SELAMANYA

Share
Assalamualaikum semua...:)


Ehem,sebenarnya dah lama aku nak share dengan korang video lagu Sahabat Selamanya nih tapi asyik lupa plak.Lagu ni adalah tema untuk cerita Upin dan Ipin yang dah malatop kat malaysia dan untuk mendekat kan lagi pasaran Upin dan Ipin ni di indonesia so dorang buatlah satu lagu yang dinyanyikan oleh sebuah kumpulan band indonesia.Video ni dinyanyikan oleh kumpulan popular Padi dan diselit sikit upin,ipin dan penduduk kampung ape tah.hehheehe


Dan kalau korang nak tahu,dulu tauke las kopak yang menerbitkan upin dan ipin ni pernah tawarkan dekat ahmad dhani si kepala Dewa 19 tu  untuk buat satu lagu tapi dorang terpaksa rejek sebab si dhani ni taknak masukkan tema upin dan ipin dalam lagu tuh.Apekejadah kalau kita datang jauh2 nak makan bakso dorang nak bagi nasi lemak pulak*korang paham tak maksud aku?tak paham sudah*.


Ok dah lah membebel,korang layan lah ni ea.:)



So malaysia atau indonesia sila ambil perhatian,kita ni serumpun,doksah le nak bergaduh2 tak pasal2.Ko ingat aku tak makan bakso?huhh


Notakaki:kes blogger bergaduh semakin menjadi2,dengar dan ikutlah seperti yang dikata kan oleh blogger SP,kita bloger2 ni dah macam adik beradik tau.biaselah gaduh2 aku paham sebab aku ada 13 beradik tapi jangan la sampai parah hokey?....teheeeee

Isnin, 3 Januari 2011

PERSEKOLAHAN BERMULA DAN SESUATU YANG ANEH BERLAKU

Share
Assalamualaikum semua....:)

Arini dalam sekalian harinya maka bermula lah dan startnya sesi persekolahan untuk pelajar sekolah rendah mahupon menengah bagi hari pertama*1 point yang panjang?huh.* untuk tahun 2011.Dan kalau dulu pagi2 bila dalam kereta biasanya penumpang cuma ada 2 tapi tahun ni adik yang bongsu pon sama2 join sebab dia pon dah start bersekolah waktu pagi.Cukuplah 3 beradik kepochi,kot?hehehe


Dan dalam perjalanan ke kedai lepas saja hantar dorang kesekolah,satu keanehan telah berlaku.Agak arr tak aneh kalau biasa nyah hari isnin jalan raya penuh je dengan kereta yang bermacam jenis tapi hari ni aku tengok traffic dah macam hari ahad.Senyap sunyi je,ni kalau buat jenayah di jalan raya memang takde sapa yang nampak ni*gelak jahat*.erk?takmo2 nanti kena tangkap.hehehe

Hari ni regular dan yang tak regular customer yang biasanyah datang ke kedai pon tak seperti biasa ramai*ramai?huh.*.Yang aku nampak semua jenis bujang2 je macam aku,kompom lah yang dah berlaki bini dapat cuti hari ni kan.Yelah bila aku tanya dorang cakap yang bercuti tu bukan betol pon pergi hantar anak dorang kesekolah,saja nak mintak cuti awal tahun lettew.Amboi bang,nada dengki sangat jelas terpancar disitu...hahaha

Oklah,orang kata memang tak comel ah kalau orang laki ni membebel panjang2 kan,yang pasti sila berhati2 dijalan raya even jalan tu korang yang punya sebab masa tengah drive tadi aku sempat mamai sampai hampir2 nak langgar dibaider tau*comel tak aku sebut camtu?*.teheee


notakaki:kaki gatal kena gigit nyamuk.










Ahad, 2 Januari 2011

MALAYSIA BOLEH DAN PERMULAAN TAHUN BARU

Share
Assalamualaikum semua.:)

Esok dah start kerja,sekejap je  rasa cuti nya kan.Maksud aku cuti 2 hari ni la.Ingat aku pelajar ke nak cuti sampai berbulan nih.Owh rindu zaman jadi pelajar dulu,lebih2 lagi masa asyik kena buli yela aku nih pelajar nerd biasa adat donia lah tu.hurmmm

Ok,sekali lagi tahniah dekat malaysia sebab dapat menjuarai piala suzuki tu yek.Aku yang jarang layan bola pon jadi seksited dok mengadap depan tb sambil sebok tweet pasal final aritu.Pastu masa tengok match tu siap kantoi geng garu dada pi suluh laser kat pemain kita tak silap.Nak kata aku sorang rabun tak jugak sebab ramai je yang tweet yang dorang pon nampak kes laser tu.Memang loser lah indon nih..ishhhhh



Pastu boleh pulak dorang pi hack laman web FAM,siap tulis indonesia main secara adil,tak guna laser pastu gatai pulak tangan pi edit pic abam king rajagopal teruk2 kan,mujur pemain yang lain aku tak nampak kena edit2 ngan dorang gk.Agak kurang hajar disitu.grrrr

ishhhhhhhhh

Dorang yang loser kata kita pulak.cehhhhhhhhhh
But still Malaysia Boleh kan....:")

pialasuzukiaff2010 Malaysia Juara Piala Suzuki AFF 2010
hoyeahhhh.....:")

Ok ape2 pon selamat berjuang untuk semua frenz2 blogger untuk tahun 2011 dan hari yang mendatang,semoga korang sentiasa sukses selalu doakan lah yek semua sama kita.teheeee

Pasni pejam celik pejam celik mesti tak perasan tetiba nak sambut tahun baru untuk 2012 pulak,percayalah...hahahaha


notakaki:harapan tahun baru nih aku nak menjadikan hidup aku sebaik-baik manusia.korang pon berdoa gk lah yek.teheee byeee korunkkk.hahaha


Ahad, 26 Disember 2010

ANNOYING ANON?

Share
Assalamualaikum semua.:)

Ok hari ni nak bercerita tentang anonymous atau lebih dikenali sebagai anon.Even aku tak pernah dapat komen blog dari anon tapi tetiba terbit rasa nak menulis pasal mereka selepas melihat beberapa entry yang bercerita tentang betapa annoyingnya si anon ni...ehehehee

Dah nama anon so kenalah kabur skit pic nanti kantoi....huahuhauha


Ok,bila sebut saja anon mesti ramai yang berfikir negatif tentang mereka.Yelah kalau seorang blogger tu cakap yang blog dorang dikomen anon maka kita anggap yang komen tu pastinya negatif tanpa kita selidik dahulu kan?kan?...ehehehhe

Ok aku bagi contoh,aku tengok blog yang paling kerap dikomen teruk oleh anon seperti blog eyriqazz.Ye dia memang blogger feymes tapi tak semestinya seorang blogger tu harus yang feymes baru dapat komen-komen dari anon ni kan?Blog Redmummy takde pon kena komen teruk dengan anon.Ok nak tau apa cerita pasal anon kat blog dia korang klik ni.


Biasanya blog yang dikomen teruk oleh anon seperti blog yang tajuknya agak keterlaluan atau blog yang kadang2 gedik*blog aku suka hatila aku nak tulis ape kan* atau blog yang  kekadang bercanggah dengan apa yang anon tu pikirkan dan ada juga anon ni yang saja2 je nak membahan seseorang blogger tu.Dia ingat guna anon orang tak boleh track dia ker?boleh tapi hehehe

Tapi tak semstinya bila sebut saja anon so terpikir komen2 yang negatif sebab ada juga komen yang mereka bagi positif cuma mereka tiada akaun blog atau malas nak log in so mereka gunakan anon sebagai perantara.

Last but not least,kalau nak memberi komen tak kira sama ada ingin memuji atau mengutuk sila la jangan gunakan anon tapi kalau terpaksa sangat pon letak la nama kat bawah komen tu.Dan kalau berani selit la link2 yang membolehkan korang yang nak menyamar anon ni dapat ditrack,maksud aku macam link fb korang ke kan?ada bran?.hehehe



notakaki:harap2 ada lah anon barang seorang dua yang sudi mengomen kat blog aku nih.tengs...:")

Ahad, 12 Disember 2010

MIMPI TULIS WASIAT?

Share
Assalamualaikum semua.....:)

Owh semalam aku tido dapat mimpi la,tapi bukan mimpi seram ke ape,mimpi aku ni pelik sikit sebab aku bermimpikan aku sedang menulis wasiat.Yes wasiat dan yang peliknya usahkan ada bini atau anak,harta pon aku takda untuk diwariskan kepada waris2 aku.Huh tetiba bangun tadi rasa takut dowh.Kot2 la masa aku dah sampai tapi kalau betul la dah sampai aku cuma nak cakap aku nak mintak maaf kat sesapa yang pernah terasa atas segala apa yang aku buat ye.Ok sambung balik pasal wasiat tu,masa aku tulis wasiat tu aku tengok orang sekeliling aku macam senyum je,yela kalau pon suka jangan lah tunjukkan sangat perasaan tu nanti aku tak isi nama korang dalam list penerima wasiat aku ni baru tau*huh emo*.Tapi orang kata mimpi tu permainan tidor,kalau mimpi yang seram2 tu pulak permainan syaitan lakhnatullah.Berani syaitan tu nk kacau mimpi aku?meh aku lesing tanduk deme.grrrrr Tapi tula tak penah dowh dapat mimpi sebegini unik,ker nak dapat rezeki yela kalau diikutkan harta aku ni tak seberapa kalau nak buat wasiat bagai ni.Nak upah peguam pon tak cukup kena pinjam ah long dulu baru boleh upah wahahaha tapi adik2 jangan tiru aksi ni ok,tak molek pinjam dengan ah long nanti kena kurung dalam cage baru tau.Tapi yang pastu aku masih blurr apa maksud mimpi aku ni so sapa2 yang boleh terang kan aku terima dengan hati yang terbuka.timaceh....:)



notakaki:kalau mimpi kena patuk dengan burung belatuk apa pulak maksud dia?

Isnin, 29 November 2010

HARI MELALUT

Share
Assalamualaikum  semua.:)

Pagi hari ni boleh pulak tetiba saya tersakit perut.Memang lain macam sakitnya sebab selama ni tak pulak rasa sakit sampai macam tu.Rasa panas dan membuak-buak perut seperti ada anak kat dalam tu tapi yang pasti memang takda pon anak dalam tu sebab saya belom kawin lagi tau(??)......hehehe

Ni mesti stress memikirkan pasal kehidupan ni.Yelah semakin dewasa so semakin banyaklah pengalaman dan masalah yang timbul.Aku ni memang selalu begitu,walau umur baru meningkat 20-an tapi otak dah macam 30-40 an je cara generatenya.Tapi yang peliknya apa kena mengena antara stress dengan sakit perut?kalau silap makan tu boleh la diterima tapi kalau stress pon boleh menyakitkan perut memang tak lama dah tu...huhu

Owh btw kaklong dah umumkan pemenang contest yg dia buat pada hari lahir beliau.Tahniah pada bro sebab terpilih sebagai pemenang dan abang jojo,cik farhana serta abang acap tepilih sebagai pemenang sampingan.Aku?hanya layang terputus tali je haha eh tetiba je kan.Aku mana layak sebab aku bukan pandai sangat pon buat entry yang malatop latop ni.Kalau korang nak baca entry aku yang tak malatop pasal contest kaklong tu sila klik sini yek........:)


Sejak 2 menjak ni aku suka sangat sebut dan memikirkan tentang kesunyian,menyendiri dan macam-macam lagilah,Orang kata dont judge a book  by its cover.Camtu lah pikiran aku,tak mudah pakai nilai je hanya dari melihat dari luaran dan aku harap orang lain pon buat yang sama seperti aku,kenal dahulu kemudian barulah nilai sebaik atau seburuk orang itu.Bak kata sebuah buku yang aku pernah baca katanya 'cuba memahami dulu kemudian cuba pula untuk difahami'.Ah aku bab-bab falsafah ni boleh peningkan kepala so kita berhenti disini yek......:)

Juga pening bila tengok tv mesti asyik bercerita tentang politik yang bercelaru di dalam negara ni.Sana sini sebok bergebang,malaysia ni kecil je so tolong lah takbir dengan sebaiknya.Yang pembangkang waima pihak kerajaan pon tolong behave dan stop making provokasi yang melalut.Tapi aku tahu bukan semua pihak pembangkang teruk dan bukan semua pihak kerajaan bagus.Pikir-pikirkan dan selamat beramal...:)

Last but not least,nak tido dulu,nanti semakin melalut karang ada yang dapat susah.


notakaki:bersedia untuk gelombang banjir.


Ahad, 21 November 2010

DEMAM LAGI.

Share
Assalamualaikum semua....:)

Demam,ya kalau dulu memang susah nak demam waima setahun sekali tapi sekarang setiap bulan haruslah demam,kalau boleh setiap minggu badan ni tak putus2 dikunjungi penyakit.adoiii

Nak buat camner,dah nasib badan lagipon memang zaman sekarang zaman penyakit,yang pelik2 plak tu.Yang unfamiliar dan tak tercapai deka akalmu*hah kan dah ternyanyi*.

Obat pon kekadang nama je obat tapi baik telan gula2 ade gak pekdahnye kan.Cam tak leh harap je obat sekarang,dah puas aku telan bermacam2 obat tapi  masuk hari yang ketiga still tak baik2 tapi alhamdulillah semakin pulih.

Harap lepas ni dema ke penyakit2 yang lain ke kalau nak datang kat badan aku ni harap korang datang setiap 2 atau 3 tahun sekali cam dulu yek,tak tahan den kena perabihkan duit sendiri buykan nya bos nak sponsor duit obat pon kan*boss kejam*.huhhh

Korang pon hati2 lah ye,penyakit tak main pilih2 orang,sapa yang tak pandai jada kesihatan diri cam aku ni memang selalulah diziarahi penyakit tau.


Last but not least*speaking dowh*,jagalah kesihatan diri ye,byeee..:))

notakaki:doakan aku cepat sembuh.thanks...:))

Jumaat, 12 November 2010

SELAMAT HARI JADI KAKLONG.^_^

Share
Assalamulaikum dan selamat hari jumaat semua...:)

Sapa suka hari jumaat?aku suka hari jumaat dan aku tau korang pon mesti suka hari jumaat kan tapi dikalangan kita semua ada sorang budak ni eh eh bukan budak tapi mak budak ni dia memang suka hari jumaat lebih-lebih lagi yang bertarikh 121110 walaupon pada setiap tarikh ini dia akan memasuki satu fasa pertukaran level dari seorang remaja kepada seorang makcik....hehehehe


Ok2 sekarang kita panggil dia makcik pulak ye.Hari tu dekat blog makcik ni dia ada anjurkan contest untuk para-para blogger bersempena dengan birthday dia 121110 dan kalau korang tak join lagi silalah join ye dan 11.59 malam 121110 adalah malam terakhir contest,lagipon susah kita nak jumpa orang yang bagi hadiah untuk hari jadi dia sendiri kan,makcik tu sorang je yang buat camtu....hehehehe



apsal gedik sangat nie?ish3

Biasa kalau borak-borak dan balas-balas tweet kat twitter aku suka panggil makcik ni kaklong so kita panggil dia ni kaklong pulak ye,mesti tetiba perasan muda kan kaklong?haha ok2 memula syarat pertama aku kenalah wish birthday untuk kaklong ni dengan cara aku sendiri......................ohh takde idea lah pulak nak wish dengan cara sendiri,aku bukan pandai sangat nak berayat-ayat  ni dan terpaksa lah buat wish dalam bentuk karangan formal surat-surat rasmi kerajaan..........hehehe


Ok,saya dengan perasaan yang rendah hati dan penuh sopan santun bak lelaki melayu terakhir ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada kaklong a.k.a cik lolly si muka bolat,yang pasti anda sudah pon berusia 23 tahun yang mana kalau dikampung kebiasaannya rumah anda takkan putus didatangi makcik-makcik yang mengambil peluang untuk masuk meminang untuk anak teruna mereka*masalahnya teruna lagi ker??*.....hehehehe


Dan semoga segala yang dipohon atau dihajati selama 23 tahun kamu hidop telah termakbul.Tapi kalau ada yang tak termakbul lagi tu bermakna kamu mintak yang bukan-bukan lah tu kan?kan?....hahaha


Oklah pasal hadiah pulak,aku dah tengok hampir semua entry-entry contest dan semuanya nak bagi hadiah yang hampir-hampir sama dengan yang lain.Kiranya kalau nak bagi yang istimewa tu memang tak lah kan lain lah kalau ada blekberi ker iphone ker tak pon rumah sebijik ker yang berharga RM100 so senang sikit nak pilih jadikan hadiah tapi agak-agak arr sampai rumah pon nak yang harga seratus.Rumah barbie pon lebih mahal tau*cam ada koleksi barbie je aku ni sampai tau harga.  -_-"


Setelah penat berpikir maka dapatlah satu idea apa jenis hadiah yang aku nak bagi dan hadiahnya adalah satu resit.Ye resit ni aku dapat setelah duit seratus tu aku dermakan pada badan-badan amal yang memerlukan dan resit tu aku pulangkan pada kaklong sebab yelah resit tu atas nama dia jadi kalau dia nak bayar cukai boleh lah dapat kurang kan sikit harga tu kan?kan?*ade kena mengena ker*....:)

Last but not least..........

Heppy birthday untuk....



Notakaki:tak join contest,just entry special je untuk kaklong....hehe

Notakakilagi:sekian terima kasih..:)




Selasa, 2 November 2010

DUNIA SEMAKIN BAHAYA | BERJAGA-JAGA SEMUA

Share
Selamat sejahtera semua...:)



Dunia sekarang semakin bahaya.Bahaya dengan penyakit yang semakin berleluasa.Penyakit yang dulunya cuma sejenis dua tapi sekarang dah macam ada francais pulak.Yang tak pernah dibayangkan dek mata akal kita suatu masa dulu tetiba je muncul....ishhh bahaya betol jah.



Kalau kita tengok pasal demam,dulu hanya ada demam biasa dan panas*macam kfc original or spicy *.Sekarang dah bermacam-macam jenis,bermacam-macam bentuk,bermacam-macam kaler.Ade demam kepialu lah,demam kura-kura lah,demam campak lah demam bola lah dan yang paling tak boleh belah demam AF pon ada?excited pon agak-agak arr derrr.......



Sekarang ni selsema@selesema@sesema pon ada berjenis-jenis gak.Dari H1N5 datang pulak H1N1 dan sekarang dengar kata virus terbaru yang dorang panggil NEW DELHI  FLU pon ada,iey ke idak ah itu kita tak tau.Apsal tak letak NEW YORK ke LONDON ke baru glamer sikit kan?kan?



Ape-ape pon berjaga lah diri kita dengan sebaiknya dalam menempuh hari-hari yang mendatang di dunia yang semakin lemah ini.Lagipon aku percaya ia bukan datang dengan sendirinya tapi kitalah penyebab semua kerosakan dan bencana ini berlaku.Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang iye tak?...:D




notakaki:demam saya dah kebah tapi badan still sakit lagi,doakan saya ye semua,love uollss feminat-feminat i tau...:))

Ahad, 31 Oktober 2010

PAGI YANG MABUK

Share
Yo wassup eberibodi.....:D

Hye, kabare semua,hari ni aku memang tak berapa sehat sangat.Bangun pagi tadi pun dah macam nak tido balik je.Yelah demam yang menggila menyerang tapi nasib baik semalam aku dah makan hapir semua jenis obat yang berada di malaysia ni so lega sikit badan...huhuhu

Nak dijadikan cerita demam aku ni bermula di suatu pagi sabtu yakni masa aku nak bangun subuh tu memang aku rasa pernafasan hidong aku memang tak berapa lancar.Pedih semacam je tapi aku gagahkan jugak kaki,badan dan hidong untuk bangun untuk ke tempat kerja,hoyeahh caiyok2.*tetiba*.....:D

Dan nak dijadikan cerita lagi pada pagi ahad tu sakit hidong aku semakin teruk.Dah bermacham-masham obat yang aku makan.Pagi obat batuk,tengah hari obat demam,petang obat sakit sendi-sendi,malam tongkat ali*hehehe* tapi masih tak baik-baik so aku tawakal jelah,kalau dah nak datang penyakit kita memang tak buleh elak kan...

Biasalah kalau dah sakit ni terma-terma seperti makan tak lena,minum tak kenyang,tido tak basah dah termaktub dalam hukum-hakam penyakit ni tapi yang aku pelik larat pulak aku nak beronline,korang pelik tak???

Dan nak dijadikan cerita,alhamdulillah pagi tadi walaupon masih ada saki-baki kesakitan yang tertinggal,aku gagahkan jua kaki untuk melangkah bangun dari syurga dunia yakni tilam vono aku tu untuk kerja olalalala,yelah dah matlamat nak kompol duit sendiri takmo mak bapak tolong bab2 duit nak kawin ni kan...hehehe

Yang pasti aku berterima kasiha pada sesiapa yang diluar sana yang sudi mendoakan kesihatan aku,terharu mak tau nyah...huhuhu


notakaki:kaki aku tak pandai tulis nota so camner tu?


Ahad, 17 Oktober 2010

ITU SAJA

Share
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua........:)

Dah lama saya tak menjenguk blog ini setelah hampir 2 bulan saya bertapa di Kampung Pinang Sebatang(kampung mawar a.k.a hanis hahaha) dan kat situ bukan sahaja line internet yang teruk waima line wifi pon susah nak cari.......haihhhh

Dan sekarang pon masih begitu,masih lagi sebok dengan kerja2 yang terpaksa dibuat sendiri kerna ketidakcukupan pekerja yang masing2 masih lagi beraya(kejadah nak beraya lama2 ni haihh bikin wa panas je ni yang malas nak bagi duit raya banyak2 ni) ok cukup berleter........

Kelab Blogger Tegar Malaya

Dan tak sangka saya dipilih menjadi salah sorang admin dalam salah satu halaman di facebook iaitu Kelab Blogger Tegar Malaya atau singkatannya KBTM,so sesiapa yang tak like tu silalah like kat sini KBTM ye,dan kata ketua admin korang boleh lah mempromo blog dan entry anda di page tu dengan sewenang-wenangnya tanpa ada sedikit waima sekelumit rasa bersalah so selamat menglike........ehehe

Dan lepas tak tau lagi bila ada masa nak update2 ni,rasanya ramadhan tahun depan baru boleh berehat sambil gemukkan perut kot(nampak sangat cam tak puasa  haha) tapi kesian pulak dekat reader2 yg tunggu kemunculan update aku kan?kan? ok takde..haihhhh

Oklah tu je yang aku taip buat masa ni,memang badan tak larat sangat nak tulis panjang lebar,idea pun takda lagi,kalau lah aku ada otak ligat nanti aku update lah apa yang patut....:)

Kalau ada rezeki dan panjang umur kita jumpa lagi yek...ok bye...:))


notakaki:nota lain ada tak?

notakakilagi:ni sejak bila main saya-saya ni?buang tebiat.

Khamis, 9 September 2010

NAK UCAP SIKIT BOLEH?

Share
Assalamualaikum semua.....:)

Dikesempatan ini saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan kepada semua kawan-kawan blogger,kawan-kawan di rangkaian laman sosial seperti Facebook dan Tagged,kawan-kawan YM,kawan-kawan yang bernombor dari MAXIS,CELCOM dan DIGI.Kawan-kawan tadika,sekolah rendah,sekolah menengah,kawan-kawan dari kampong,jiran tetangga,sedara-mara,cikgu yang pernah mengajar saya disekolah dulu sampai lah saya berjaya menjadi manusia tapi separuh jelah sebab tak habis sekolah   hahaha dan terutamanya kepada ex2 ehem saya,juga kepada sesiapa saja yang pernah datang dan mengenali diri ini,saya sekali lagi ingin mengambil kesempatan dihari baik bulan baik saya mengucapkan.........


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
 HARAP ANDA DAPAT MENYAMBUT
HARI LEBARAN DENGAN HAPPY-
HAPPY SELALU DISAMPING
KELUARGA TERSAYANG
PEACE NO WAR.

Ape-ape pon,kita dengar dulu lagu lama ni sebelom korang pangkah tanda x tu yek.......:)



notakaki:tak perasan dah tak layak nak minta duit raya dan harus tebalkan muka kalau nak duit raya,amacam,berani?.........ehehe

Selasa, 20 Julai 2010

HARI MALANG

Share
Selamat malam semua.........


Aku rasa hari ni adalah hari yang paling teruk dalam hidup aku,bermacam masalah yang datang menimpa tanpa diduga,mujur aku boleh menangkis satu demi satu..........


Dalam hati kata sabau jelah,kalau diikutkan rasa macam nak terjun bangunan je tapi alhamdulillah aku masih waras dan punya akal yang boleh diharap........


Setiap kali masalah datang,aku akan tetapkan 'kalau aku susah,ada lagi yang lebih susah dari aku' so aku tak lah rasa cam down sangat kan.....

Seperti kalau aku rasa nak marah sangat,cara aku kontrol marah adalah dengan tarik dan lepaskan nafas secara mendalam walaupon risikonya boleh mengakibatkan nyawa hidupan2 disekeliling terancam....

 Nak buat cam mana,dah nama kehidupan kan,walaupon sekolah pondok aku tak habis graduate,ni kira aku sambung terus ke degree kehidupan realiti lah,kesilapan menjadi guru disiplin aku....

Harap2 hari esok adalah permulaan hari yang baik untuk aku........


notakaki:apsal skema je penulisan aku ni,ah lantak arr janji orang ada yang nak baca......:)

Ahad, 18 Julai 2010

NI KISAH SERAM KE KELAKAR NI?

Share
Selamat malam semua........:)

Semalam adalah hari yang sangat mendebarkan....

Tengah aku syok2 beronline dimalam hari,tetiba je terdengar suara seperti seseorang sedang bersiul di belakang aku......

Disusuli pulak dengan bunyi seperti periuk belanga yang dilaga2.........

Aku yang sedap beronline ni terlompat dek kerana bunyi bising tu...............

Sampai masa tulis status dekat FB pon boleh tersyasyul...........

Ni dia bukti ayat yang aku syasyulkan sampai keadaan yang seram bertukar menjadi kelakar pulak.......ishhh

save image

Sampai hati dorang ketawakan aku........cisssssssssssss

Pastu ada lagi,dorang sambung gelak2 sakan dekat twitter pulak,dah habis gelak sakan sakai baru masing2 nak mintak maaf............cissssssssss


save image
Kak yonna mulakan dengan mood yang biasa2 jer..................


save image
Pastu mari pulak si budak yenadey ni start kutuk2.......cissssssssss


Dah dorang penat ketawakan aku,baru nak mintak maaf...........cisssssssssss


save image

Yang ni permohonan maaf dari kak yonna,ok diterima............cissssssssss



 save image
Yang ni pulak permohonan maaf dari yenadey

Lepas kutuk kaw2,baru nak mintak maaf,takpe i maafkan........cissssssssss

Ok,tutup cerita yeyiba tu,sambung balik cerita pasal bilik aku ni.............................


**********************************************************************************

Sebelom aku berpindah dekat sini,dekat rumah lama aku pon selalu jugak kena tapi tak lah teruk sangat.........

Dan adik aku ada cakap,belakang rumah aku ni keras sikit sebab setiap malam bila dia tengah jemur pakaian,dia selalu rasa ada sesuatu je seperti sedang memerhatikan dia............ishhhhhhhhh

Patutlah budak dekat belakang rumah aku ni menangis tak tentu hala je,ada sesuatu rupanya........ishhhhhhhhhhhh

Dan 2-3 hari ni dia datang kacau aku pulak,hari tu kena tindih tapi nasib baik aku boleh tahan..............

Ni dia datang kacau dengan memporak-porandakan belakang rumah aku............cisssssssssssss

Kenapa dia tak rasuk je aku ni,aku tau kenapa sebab aku ni kuat cuma tak boleh terkejut2 sikit jer...............eheheheheh

Ok,tu je cerita seram+kelakar yang aku nak share dekat korang.................:)


notakaki:amaran untuk si hantu,jangan pandang aku sebelah mata,ehh,kalau boleh jangan pandang terus sebab saya pon tak ada keinginan nak pandang awak..............XO

notakaki lagi:banyak pulak ayat CISSSSS aku malam ni.......cissssssssss