Memaparkan catatan dengan label skema. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label skema. Papar semua catatan

Selasa, 20 Julai 2010

HARI MALANG

Share
Selamat malam semua.........


Aku rasa hari ni adalah hari yang paling teruk dalam hidup aku,bermacam masalah yang datang menimpa tanpa diduga,mujur aku boleh menangkis satu demi satu..........


Dalam hati kata sabau jelah,kalau diikutkan rasa macam nak terjun bangunan je tapi alhamdulillah aku masih waras dan punya akal yang boleh diharap........


Setiap kali masalah datang,aku akan tetapkan 'kalau aku susah,ada lagi yang lebih susah dari aku' so aku tak lah rasa cam down sangat kan.....

Seperti kalau aku rasa nak marah sangat,cara aku kontrol marah adalah dengan tarik dan lepaskan nafas secara mendalam walaupon risikonya boleh mengakibatkan nyawa hidupan2 disekeliling terancam....

 Nak buat cam mana,dah nama kehidupan kan,walaupon sekolah pondok aku tak habis graduate,ni kira aku sambung terus ke degree kehidupan realiti lah,kesilapan menjadi guru disiplin aku....

Harap2 hari esok adalah permulaan hari yang baik untuk aku........


notakaki:apsal skema je penulisan aku ni,ah lantak arr janji orang ada yang nak baca......:)

Khamis, 4 Mac 2010

GEDIK BETOL AYAT...HEHEHE

Share
Hai,selamat malam semua...:)

Malam ni aku tak tahu nak post apa sebab kepala aku memang pening sampai nak pikir apa-apa pun tak boleh tapi log-in fb serta blogger.com ingat pula...hehehe

Jadinya aku cuba buat entry dalam bahasa baku bukan apa cuma nak tengok menjengkelkan ke tidak post aku kali ni...hehehe

Aku baru layan blog melz tentang seorang mat saleh ni yang layan blog dia guna google translate so kesimpulannya kalau kita guna ayat pasar mungkin pembaca dari luar susah untuk menerima ayat canggih ini kan....hehehe

Tapi sehingga perenggan keempat ini aku terasa sungguh letih kerana penulisan skema ini memang kurang mesra untuk aku jadinya aku rasa penulisan jenis ini tidak akan bertahan didalam blog aku so untuk para pembaca aku yang kurang faham I'M SORRY ya...:)

notakaki:aku menaip ayat skema ini menggunakan kaki bukan tangan ya....hehehe