Assalamualaikum semua,selamat malam atau pagi............:0 <--- sedang mengatuk ni.
Takde kerja yang nak dibuat,takde status entry di FB yg perlu aku komen,takde kawan2 di ym yang masih terjaga,kalau ada pon seganlah nak ajak dorang berbual,aku taknak dicop suka mengacau hidup orang tapi kalau camtu buat apa aku add ym dorang kan?kan?....ishhhh
Kadang2 kelakar pulak bila pikirkan tentang orang2 yang selalu tanya aku kenapa letak gambar nasi lemak sebagai pic profile di blog dan dekat Facebook aku gi letak gambar shasimi sebagai pic profile cuma dekat twitter dengan formspring je aku letak pic sendiri,tu pon kabur2 je.....ahaha
Bukan apa,biasalah orang kurang kacak seperti aku ni mana mau tonjolkan wajah sendiri,tanyalah mereka2 yang senasib denganku,pasti dorang pon akan bagi jawapan yang sama,ni bukan tiru2 macam ujian dekat sekolah tu ea,ni realiti tau........ishhhh
Memang,akan ada yang cakap kecantikan itu subjektif tapi semua orang nak tengok yang cantik dan lawa je kan,aku tau sebab aku pon sama tapi aku layan je tak kira cantik atau tidak,ah tetiba rindukan kawanku sicapek,lama tak jumpa dia....hurmmm
Yang lebih mengharukan,bila aku revealkan diri aku,tetiba je layan tak layan,aku tau lah aku ni mulut je kasanova tapi muka boleh belah,ishhh sadis giler..........:(
Tapi betul,tak semua orang macam tu,ada yang layan aku seperti dia melayan kawan2 hensem dan cantiknya,buat aku berasa selesa bila berbual denganya,tu yang aku nampaklah tak tau plak dalam hati dia entah2 menyumpah2 aku kot?eh,tak baik menuduh sebarangan...............
Entah lah,aku pon tak tau nak cakap camner,siapa yang sudi nak kawan denganaku ,aku terima je asalkan jangan buat pasal sudah,aku ni hati memang lembut,selagi boleh tegur aku akan tegur tapi jika sudah melampaui batas2 kemanusiaan aku akan bertukar,tak kisah lah warna apa pon..............:)
Tu je untuk hari ini,lain kali aku cerita lagi masalah2 aku kat sini,banyak masalah sebenarnya,tentang kereta aku yang sering demand nak tukar macam2 bila tau aku ada duit sikit lah,tentang bilik aku yang asyik buat aku berbulu2 lah,tentang penyakit kentut berdarah aku ni yang masih kronik tapi doktor masih tak luluskan pembedahan sebab tak cukup gel,ah gila luchass....ok stop2.................
notakaki:korang ikhlas ke kawan dengan aku ni,sila mengaku sekarang,aku nak buat sesi pilih kasih ni.............