Ahad, 27 Mac 2011

RASA-RASA DIA INGAT TAK DEKAT AKU?

Share
Assalamualaikum...:)

Tadi terbaca satu tweet yang tulis satu ayat yang berbunyi begini 'Bila masa sesuai untuk anda bagitahu perasaan anda pada sidia?Bila masih tiada lelaki lain yang buat begitu'. Dia tulis BI so aku  rasa macam tu kot terjemahannya,yela aku bukan pandai sangat BI nih.hehehe

Dan aku rasa memang betol pon apa yang dia tulis,yela kalau aku tak cakap sekarang dan tetiba ada lelaki lain yang cakap pastu dia tersangkut dengan lelaki tu tak ke melepas aku.Tapi takkan dia boleh camtu je kan nak tersangkut dengan orang lain,lain la aku yang hari2 dok ngayat dia.kikikiki

Tapi kan bila time2 camni tetiba aku boleh teringat dekat awek yg pernah aku suka2 declare awek aku tanpa dia tahu tapi bila dia dah tahu dia cakap ok je.Yela kalau sesiapa yang dah tahu pasal awek tu sebab aku ada pernah cerita dekat twitter yang aku dengan awek tu berpisah pasal dia pindah dekat tempat lain.Masa tu aku muda lagi tapi kami kawan baik,adik lelaki dia pon teruja je nak kawan dengan aku masa tu...hehehe

Orang kata gaduh tanda sayang,kata2 tu memang boleh dibawa pakai sebab permulaan perkenalan kami gaduh2 tahu.Tetiba lepas tu kami boleh berkawan pastu rapat pastu ehem..... kalau masa tu dah besar maybe aku dah ajak dia kahwin,pastu jaga anak kami sama2,pastu tengok anak membesar sama2,dah ada sulung mesti ada angah pastu ateh pastu de pastu usu,wahh banyak jugak anak ye,pastu tengok dorang pulak kahwin pastu dapat cucu sama2 jaga cucu siap berebut lagi kejap aku nak gendong kejap dia nak gendong sebab aku taknak buat susu biar dia je yang buat.heheheeheh

Tapi masih tiada jodoh lagi kot aku nak jumpa dia,dah puas aku cuba cari dalam twitter atau facebook,atau maybe dia pakai nama lain kot macam nama hanis zalikha,comel je hanis zalikha tukar nama.german kemain...hahahaha

Tapi biarlah,aku masih muda lagi,buat apa nak bercintan2 nih,nak jaga diri sendiri pon tak terjaga *pandang perut*.Tapi apa2 pon lagu ni ada sedikit kaitan dengan kisah aku dan awek silam aku nih cuma ending dia je belom sama.Apa2 pon lagu ni memang sangat buat aku tersentuh,alunan suara dina sangat merdu tahu dengan si zizan ni pulak dok meRAP kacak je tengok...hahaha


Best kan lagu ni?kan dah terbuatkan aku tetiba teringat dekat dia.good job....hahahaha



notakaki:kaki aku sakit balik.adoiyai..

notakakilagi:rasa2nya dia ingat tak dekat aku?hurmmmm

Isnin, 14 Mac 2011

SEMBELIT VS CIRIT BIRIT.

Share
Assalamualaikum semua....:)

Fuhh lamanya tak menulis dalam blog ni,kalau dulu sehari sekali nak publish entry konon2 nak lawan cik epal yang amat rajin menulis tu.Kamon la dia hebat dan saya ni sapa lah dimata blogger kan,tak semenggah pon kan?huhuhu

Ok abaikan,sekarang nak cerita tentang betapa malangnya nasib aku *eh tadi saya now aku pulak*,sape tak malang bila 2 penyakit yang kau paling benci seumur hidup kau tetiba datang buat hal,siap bertukar giliran lagi.wadehell tahu.grrrrr

First week atau week first,tetiba je aku dapat sembelit,kau tahu lah betapa seksanya bila dapat sembelit ni,nak teran tu fuhh kalah orang mengandung kembar 14 tahu.Tu pon kalau ada yang pernah mengandung 14 kembar.Memang bila dapat signal nak ke tandas tu tahu2 lah yang aku kena stanby nak berperang,ye kau ingat best ke dapat sembelit ni,sakit tahu....-_-"

Aku agak dalam hampir 2 minggu jugak la aku dapat penyakit tu,fuhhh meleleh air mata bila nak melalui saat2 berdepan dengan beliau,boleh bawak maut tahu.Dan bila dah baik dah penyakit bertuah tu,tetiba datang pulak............


Penyakit cirit birit,ohyeahh suka kau ea,gila tak suka tahu.Yang penyakit ni pulak tak kena tempat kalau nak keluar,kalau asyik tengah berdating dengan awek pastu selamber je dia datang macam mana,kalau sekali tu takpelah ni asyik nak refill je,sampai awek pon bengang pastu sesaja je mintak talak.padan muka kau *nasib baik aku takde awek*.kikiki


Betul la aku mana ada awek lagi,tau la muka aku agak market tapi kalau takde jodoh nak buat camner kan.Berbalik pada cerita tadi,si cirit ni pulak aku agak dah 2 minggu dia dok bersarang dalam six pack aku nih,degil habakhang,dah bermacam obat aku telan.pil chiketiaun,obat sembelit,obat cirit,minyak gamat,obat batuk,coca cola dan berbagai2 lagi tapi kemain tak mau hilang.Dan yang paling tak best nya bila nak kentut tu dah takde nikmat,silap kentut sikit habis la basah seluar.mencik tahu tak...grrrr


Tapi tu semua hanya lah penyakit yang tak seberapa yang aku dapat kalau nak diikutkan dengan manusia yang dekat luar tu,dan penyakit itu jugak adalah penghapus dosa2 kecil bak kata orang.Ok lah tu,sekurang2 nya kurang lah sikit dosa aku ni dan pahala pulak semakin bertambah sebab aku redha dan sabar je dengan penyakit yang aku dapat ni.cewahh dah macam ustaz kan?kan?fuhhhhh

Thats all for tonite.kang cerita lebih2 nanti korang #muntahijau pulak kan.


notakaki:jangan lupa basuh kaki sebelom tidor ye anak2...:)


Sabtu, 5 Mac 2011

KADANG-KADANG LAGU PON BOLEH KEMBALIKAN KENANGAN

Share
Assalamualaikum semua.:)

Baru habis berjalan2 dekat blog kawan2.Kepada yang kenal aku pastu try track aku masuk atau  tak dekat bolg korang,aku rasa tak kot sebab kawan2 blog yang aku maksud kan itu aku pon tak kenal lagi,pesen pakai terjah je pastu komen macam aku ni dah kenal beliau lama dah.hahahhaa


Disaat aku menulis warkah ini,twitter aku sedang jem,yela kalau tak memang takde masa la aku nak menongak dekat blog ni.hahaha kejam kan?tak?ok abaikan.Twitter ni aku rasa saja2 je buat2 jem,yela mengada nak bermanja dengan aku lettew,takpe2 aku tak heran pon,aku bukan macam patam yg suka tacing2 bila twitter ada problem,lagi2 bila menipu limit,lagi dasyat.haihhhh

Ni nak cerita pasal masa aku tengah jalan2 dekat blog kawan2,tetiba termasuk dekat 1 blog ni yang lagu dia mendayu2 je,korang mesti eksited tak nak tahu lagu sapa?tapi ni bukan artis dalam negara,ni artis seberang.Ok2 jap ea aku tunjuk dekat korang gambar dia,sila jangan teruja ok....

Dan artis itu adalah.....*sila sekerol pliss*
*
*
*
*
*
*
**
*
*
*
*
*
*
*
 *
*sekerol lagi,jangan mengalah*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*dan lagi,saya tahu anda seorang yang bersemangat,terus kan sekerol*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*ok2,udok2 le tu,teman pon naik pening nengok nye*
*
*
*
Tadaaaaaaaa....


*apsal pulak aku pon macam tak kenal dia ni?*


Blog tu main lagu ku bahagia tau dan lagu tu masa dulu menjadi feberet aku dengan ehems ni.kikiki Tapi tu semua cerita lama dan bila aku dengar balik lagu ni,aku boleh merasa yang pelbagai kenangan dan peristiwa sedih dan bahagia jelas terpampang dekat dalam kepala aku ni.Sambil tersenyum aku sedih dan marah serta gembira lalu tertidor.


Jangan kata aku tak rindu,memang rindu gilalah,aku pernah cerita dekat twitter pasal ehems ni,pasal macam mana kami terpisah.Sebenarnya kami takde la declare2 bagai lagi cuma aku dan dia rasa kami ni memang ada jodoh.gila kalau lah peristiwa tu berlaku sekarang mahu aku ajak dia kahwin.Yela bila dah kahwin so takde sesapa yang akan pisah kan kami selain dari Allah sendiri kan?hurmmm


Dan sekarang aku masih cuba cari dia dalam twitter juga facebook waima tagged sekalipon.Dah 3 sosial web tu je yang aku ada.Tapi sampai sekarang tak jumpa2 lagi nama dia.Nak jumpa macam mana,nama yang ditaip sepatah je tapi yang keluar beratus nama,kematu tahu mata ni nak mencari.hehehe

Tapi kan aku ada juga berfikir kalau lah aku jumpa dia,adakah dia masih lagi ingat aku?atau dia dah ada yang lain?atau dia mungkin kenal aku tapi dia dah tak sudi nak bermesra macam dahulu kala?atau dia dah berperangai sombong pastu bila aku ingatkan balik dekat dia pasal siapa aku suatu masa dulu dia terus remove aku balik?ohh sakit tahu kepala ni nak berpikir,alangkah bagusnya kalau aku takde kepala,tak perlu susah2 nak pikir2 nih kan.hurmmm

Oklah,setakat tu je lah aku nak membebel,letih tahu nak menaip dalam kelajuan 350km/j ni.Sebelom aku mengundurkan diri *pesen buang tebiat ke nak undur2 diri ni,tak terlanggar ke dengan orang belakang tu?* nah aku perdengarkan lagu untuk korang.kikikiki



notakaki:boleh pulak aku tertinggal tajuk,tu baru letak tu.hahahhaa