Memaparkan catatan dengan label cslm50. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cslm50. Papar semua catatan

Ahad, 9 Mei 2010

TELEFON BIMBIT DAN KISAH DISEBALIKNYA..............

Share
Assalamualaikum semua,tak jawab berdosa tau...hehehehe

Hari ni perasaan sedikit terkilan lah nyah(apsal tetiba panggil nyah ni?).Telepon kesayangan aku yang ke-6 dan terkini iaitu Iphone 3G punya skrin dah retak dan tak boleh dipakai lagi.Aku rasa macam ada benda pelik lah yang berlaku sebab setiap kali aku beli telefon yang baru mesti tak sampai 5bulan akan rosak,hilang atau aku rasa nak jual....hehehe

Oklah,aku nak tunjuk serba sedikit tentang telefon yang pernah aku pakai tapi tak lama....heheehe

Nokia 7610

Telefon yang pertama aku beli dengan duit aku sendiri,harga RM 450 second hand,masa tu memang excited gila pakai henfon ni,menunjuk sana sini tapi bila dah boring aku trade in dengan henfon baru.............hehehe


CSL M50

Yang ni henfon yang kedua yang berharga RM500 dan aku pakai lepas aku trade in dengan henfon nokia aku tu.Aku beli henfon ni pon bukan apa cuma dalam dia ada fungsi tv.Boleh lah kalau aku nak tengok tv cam tv besar kat rumah tu tapi lepas 4bulan aku jual dekat kawan aku sebab skrin dia rosak...........hehehe

Nokia N70

Ini henfon yang ketiga aku pakai,dibeli dari kawan yang sedang terdesak mau pakai duit dengan harganya RM250,mula2 pakai memang sedap tapi selepas tiga bulan tetiba rosak.Pergi jumpa doktor henfon dan dia kata microcip(bukan cip kentang)dalam henfon ni terbakar so kenalah beli yang baru tapi aku tolak murah dekat tauke tu sebab aku tak mampu nak beli cip tu yang berharga RM200.........

Nokia 3310

Selepas aku jual atau tolak murah henfon n70 aku dekat tauke tu,aku beli pulak Nokia 3310 ni dari kawan adik aku.Dia jual tak mahal cuma RM30 je.Masih dalam keadaan yang baik dan aku suka main game ular dalam henfon ni sampai ketagih tapi lepas 4bulan aku pakai henfon tu tetiba je hilang.Sampai sekarang aku tak tau dekat mana henfon tu...hehehe

Nokia 1208

Ini henfon aku yang kelima dan aku beli yang ori punya tau.Harganya RM 87 je sebab masa tu tempat yang aku pergi tu sedang buat promosi.Aku dah bertekad dalam diri taknak pakai henfon yang canggih2 so aku beli henfon ni.Yang seronoknya henfon ni ada lampu kat atas.Memang terang dan senang digunakan................hehehe

IPHONE 3G
Yang terakhir dan sekarang aku tengah pakai adalah henfon IPHONE ni.Memang dulu aku bertekad taknak beli henfon canggih2 ni tapi bila tengok berkenan la pulak so aku belilah sebijik tapi sekarang dah tak boleh pakai sebab skrin dia dah pecah.Nak touch2 macam dulu dah tak boleh so mungkin lepas aku dah baiki skrin dia aku ingat nak trade in dengan blackberry la pulak.Eh lupa nak letak harga,henfon ni aku beli dengan harga RM1200,murah kan sebab masa tu kawan aku beli borong so dapatlah aku dengan harga murah..............hehehe

notakaki:seminggu ni aku kembali menjadi orang zaman batu............hehehe