Selasa, 22 Jun 2010

PENGARUH SESEBUAH LAGU

Share
Selamat petang semua......:)

Korang senang tak terpengaruh?haha mesti ada yang tak nak mengaku kan.Biasalah sebagai manusia ni kita memang senang dipengaruhi oleh sesuatu di sekeliling kita kan.........

Sebagai contoh yang paling dekat adalah lagu.Kekadang kita akan rasa sesuatu bila mendengar lagu2 yang berkumandang di radio.Itu bermaksud lagu itu berjaya mempengaruhi kita dari pelbagai segi sama ada negatif atau positif................

Lagu2 yang boleh membuakkan semangat  di dalam diri pon biasanya terhasil dari pengalaman penulis liriknya.Tetapi ada juga pencipta lagu yang hanya mencipta mengikut sesuka hati tapi lagu itu boleh membuatkan pendengar menghayati dengan begitu dalam sekali...............


Sedar atau tidak,sesetengah lagu yang dihasilkan hanya boleh bertahan selama beberapa bulan sebelom auranya akan hilang dengan sendirinya.Tapi ada juga lagu yang boleh bertahan sehingga bertahun2 dan masih menjadi pilihan pendengar..........


Ada juga lagu2 yang memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian.Lagu2 yang disukai atau menjadi pengalaman romantik buat pasangan2 yang mana bila sesuatu majlis atau sambutan hari jadi mereka lagu itu akan dipasangkan untuk mengingati kembali saat2 indah .................

Oklah,tu aja kajian2 yang aku sempat buat sambil tangan sebelah lagi ni sibuk menggoreng2......hahhaha



notakaki:anda suka lagu apa ye?.......:)

Sabtu, 19 Jun 2010

UCAPAN UNTUK ULTRAMEN KESAYANGAN KU

Share
Hye,selamat malam semua...........:)

Entry kali ini aku karangkan khas untuk abah tersayang tapi mak pun ada terselit jugak sikit karang tak pasal2 merajuk pulak orang tua tu.Sepu nak ucapkan selamat hari bapa untuk abah.Walaupon orang kata jasa seorang mak lebih besar dari seorang bapa tapi bagi sepu jasa kamu berdua sama erti dan nilainya.........:)


Terus terang sepu nak cakap yang sepu banyak buat dosa ngan abah,ngan mak pon sama.Sepu selalu memarah tak tentu pasal,tak boleh tengok silap sikit,tak boleh mak ngan abah tegur sikit,tak boleh mak dan abah puji adik2 yang lain sikit terus terkeluar rasa iri di hati ni..........:(


Tapi sepu jadi camtu sebab dari kecil sepu dan berkepit ngan mak dan abah 24jam.Kita pergi berniaga bersama2,datang subuh2 gelap sama2,balik time orang dah nak maghrib sama2 sampai berebut bilik air.Abah selalunya akan ketuk pintu bilik air tu kalau sepu atau adik2 yang lain guna time nak masuk maghrib sambil membebel tahap telinga boleh cair..........hehehe

Sepu pernah tertengking abah masa pepagi buta pasal abah marah2 sesuatu yang bukan sepu yang buat.Pastu tengok abah monyok je terus mengalir air mata ni,sumpah masa tu sepu tak pikir apa2,sepu mintak maaf sangat2 sebab buat abah terasa tapi nasib baik sepu tau cara nak pujuk abah,biasalah anak abah kan...............hehehehe


Dulu masa sepu kata kat abah yang sepu nak berhenti sekolah dan abah marah2 sampai sepu lari dari rumah,ingatkan abah dah tak cari tapi rupanga abah datang gak jauh2 semata nak cari sepu,mak pulak sampai nak demam tunggu sepu balik,sumpah masa tu sepu rasa sangat berdosa kat mak dan abah,ingatkan kamu berdua dah tak sayang sepu sebab masa tu sepu sangat naif dan bodoh............


Dari dulu sampai sekarang mak dan abah tak henti2 bekerja untuk menyara kami adik beradik,sepatutnya sepu yang dah dewasa dan boleh cari duit sendiri ni yang kena jaga mak dan abah tapi sepu mintak maaf banyak2 sebab sepu tak mampu lagi,insyaallah tak lama lagi sepu akan jaga kamu berdua seperti mana kamu menjaga sepu siang dan malam...........

Dan yang terakhir sepu nak ucapkan selamat hari abah untuk abah yang paling sepu sayang walaupon hari2 rutin abah asyik maki2 sepu je,takpa,makilah lagi sebab bukan senang nak cari orang yang boleh maki2 macam abah ni..............hehehehe

Walau macam nama sekali pon,abah tetap ultramen di hati sepu......:)


notakaki:selamat hari bapa kepada semua bapa dan arwah bapa yang selama ini sanggup berkorban untuk anak2 mereka.:)


notakaki:gambar tak dapat disiarkan tanpa kebenaran pemilik gambar,harap maklum.........:)

Jumaat, 18 Jun 2010

CERITA DI PAGI HARI.............

Share
Selamat malam semua......:)

Semenjak dua mejak tiga menjak ni aku dapat satu perangai yang pelik lah.Aku tak tau kenapa boleh jadi camtu.Maybe hormon aku sekarang kurang stabil kot pasal tu aku asyik ada masalah je............hehe

Perangai yang aku maksudkan kat sini adalah aku sekarang hanya boleh tido selepas pukul 2 pagi.Tak kiralah pukul 2.01 pagi dan keatas baru aku akan terasa nak menguap...........

Dan semenjak dua menjak tiga menjak ni jugak aku asyik terlepas je,tak taulah apa yang aku makan tapi pelepasan gas aku sangat produktif la.Mungkin cara masakan aku sekarang ni lebih kepada penggunaan halia sebagai bahan tumisan yang utama so disitulah punca segala yang misteri selama ni(apa aku merepek ni)..........hehehe

Sekarang nie aku akan tersibuk sikit(eh,takda yang tanya pon) menguruskan kedai yang aku sewa untuk perniagaan waktu malam.Ni bukan kes tamak ke apa dan korang jangan ingat aku berniaga ni untung sangat cam restoran2 tu yang korang selalu masuk dengan senyuman dan keluar dengan marahan...........heheh


Aku dengan abangku sesaja je bercadang nak buka kedai untuk berniaga malam dan tak sangka plak dapat tawaran dari tuan kedai serta diskaun 70^%\.Dah rezeki jangan ditolak ye tak?lagipon aku memang nak bercadang nak kumpul untuk kesenangan aku kelak............:)

Pagi nanti pon akan sebuk jugak sebab ada orang buat tempahan untuk pertandingan futsalll.Nasib baik boss kata orang lain ang masak sebab bukan aku yang masah..................hahaahahha

Ok,tu je entry tak da dalam buku sejarah tahun 3 aku ye dan aku harap korang terhibur(a.k.a kutuk kaw2)............heheehhe



notakaki:nak tidor tapi nyamuk dan kipas yang rosak buat aku bad mood,bukan datang bulan ye.......:)

Rabu, 16 Jun 2010

UNTUK PEMBULI-PEMBULI TEGAR

Share
Salam readerz....cewahhh

Korang pernah tak dibuli?pernah membuli?pernah dibuli pastu rasa ingin membuli pulak?pernah membuli pastu dibuli pembuli yang korang buli dulu?pernah tengok filem buli?tak?bukan orang malaysia ni kan?apsal banyak tanya ni?......zzzzzzzzzz

Aku pon pernah dibuli masa zaman2 sekolah menengah dulu.Kalu korang nak tau(kalau nak tau lah)aku pernah ponteng sekolah selama hampir 2 bulan gara2 diugut oleh seorang senior a.k.a pembuli tak berlesen ni.Ni bukan alasan aku tak mau ke sekolah tapi masa tu aku takut la.............

Bila dah kantoi,abah bawak aku gi jumpa pengetua pastu suruh cerita hal yang sebenarnya.Cikgu dah tanya sapa yang ugut aku tapi aku takut nak bagitau kot2 nanti jadi kes yang lebih besar yakni si pembuli tak berlesen tu bawak geng2 dia pulak belasah aku tak ke naya............

Ha,tu je kisah buli yang aku boleh ceritakan,sebenarnya banyak lagi tapi takkan nak bagitau semua kot,malu lah aku............hehe

Sebenarnya bukan dekat dalam sekolah je ada pembuli,dekat luar pon ada jugak pembulinya.Pembuli jalan raya ada,pembuli dekat mall2 pon ada,pembuli dekat tempat parking pon ada.Bak kata orang(aku tak kata) kat mana2 dorang mesti ada punya so berhati2 lah kita ye........:)

Last word,kepada pembuli tu aku cuma nak tanya apa yang korang dapat bila korang dah puas membuli,pernah tengok cerita Buli Balik tak arahan afdlin syauki(aku memang fail kalau eja name dia).Korang nak ke jadi macam hans isac tu,didendam sampai besar so kalau tak nak jadi camtu silalah berhenti jadi pembuli,banyakkan berkawan sebab mengikut kajian pembuli ni biasanya kurang kasih sayang so berkawanlah dan korang akan dapat kasih sayang dari kawan2 korang tau(ambik ko last word)........hahaha..



notakaki:aku bukan pembuli tegar(pulak dah).........hehehe

Isnin, 14 Jun 2010

LUAHAN RASA HATI

Share
Selamat pagi semua........:)

Korang tak tidor lagi ker,aku pon sama.Masih menunggu rasa mengantuk datang menjengah menyapa mata yang masih tak tau untuk terlelap.........

Tapi rasa bosan aku hilang bila dia datang menemani aku sambil kami berborak2 mesra.Aku tak tau hati ini merasa bagaimana,punca kesakitan akan hilang bila dia ada.................

Hahahaha,dah berjanji takkan post pasal dia tapi aku tetap melanggar janji itu,yelah siapa saja sanggup berbuat apa2 demi sebuah cinta walaupon itu hanya cinta sebelah mata..............

Hati masih berangan tatkala akal mengatakan cukup,ini satu yang hebat,bukan senang untuk ditepis,mungkin pengakhirnya bahagia atau duka,semua kerja tuhan..............

Tulah,bila tak lagi merasa cinta diejek sekeliling orang,bila dah ketemu senyap terpaku,melayan perasaan yang entah bila akan berakhir,tapi berharap berakhir dengan gembira...........

Memang tak sanggup bertemu duka,hati ini sudah cukup kenal semuanya,walau hidop hanya baru 20 tahun tapi pengalamanku mungkin seperti lautan luas,mungkin...........

Menatap cermin,merendahkan diri yang asyik berfikir akulah yang terbaik,pecahkan batu dihati,biar sentiasa air mengalir untuk bisa melembutkan hati yang mungkin sudah keras..........

Berbicara sendirian,apa mungkin aku bisa dapatkan dirinya,sudah ramai yang menasihati supaya berterus terang,aku bukan tak berterus terang cuma setiap kali aku berbicara dengan dia aku sentiasa tunjukkan klu2 yang bisa membuatkan dia perasan akan tentang itu..............

Ok,coretan tadi buatkan aku mengatuk,terima kasih buat dia yang sudi menemaniku selama ini..........:)


notakaki:sentiasa berfikiran positif..........:)

KATEGORI GELAK YANG AKU PERNAH DENGAR

Share
Selamat malam semua.........:)


Pernah ketawa?pernah dengar orang ketawa?pernah ketawa dengan orang lain?pernah diketawakan orang?pernah mengetawakan orang(betul ke eja tu),pernah ketawa dan diketawa pastu tertawa sendirian bila diketawa dan mengetawakan orang?blurrr?????


Pernah dengar ketawa yang pelik2 tak?mungkin kalau di alam realiti kurang kot tapi kalau aku dialam maya memang banyak dan tu semua hanya ketawa rekaan sahaja untuk menceriakan ruang sembang mereka........:)


Ok,tiga jenis ketawa ni aku dapat dari blogger yang sangat feymes,sorang tu feymes sebab ketinggiannya,sorang tu feymes sebab asyik buat entry yang kontroversi melampau je tapi ramai yang still follow dia,bagus mamat ni(mamat?) dan sorang lagi feymes dengan segmen tazkirah jumaat dan entry ringan-ringan....................hehehehe


Ok,kita mulakan dengan yang pertama:



1)Miahahaha:diasaskan oleh seorang blogger jantan yang sangat tinggi dan amat hebat bab coding serta ilmu internet yang tinggi cam badan dia gak....miahahaha


2)gyahahaha:diasaskan oleh seorang blogger yang masih misteri tentang jantinanya sehingga menjadi perbualan dan topik hangat diserata alam maya ini.Dengar cerita dulu gelak ini dikaitkan dengan kematian seorang bidan kampung yang difitnah oleh penduduk kampung sehingga mati dan datang untuk menuntut dendam sambil menakutkan penduduk dengan gelakannya(maybe name bidan ni dulu gayah kot?)....gyahahahah


3)hahakhahak:diasaskan oleh seorang blogger yang sangat peramah dan suka bergelak gelik.Dengar cerita dulu blogger ni banyak kahak so bila ketawa gelakkannya akan berbunyi seperti kahak barangkali dan selepas itu dia menggunakan cara bergelak seperti ini sebagai tagline blognya(dengar cerita sekarang dia sudah pulih dari penyakit kahaknya dan menukar status gelaknya dari hahahak kepada kah!!kah!!kah!! (uih,tak setia langsung)........hahahak


Selain dari tu ada juga bermacam2 lagi gelak yang sentiasa diguna-pakai oleh rakyat 1malaysia ni(motif?) seperti...........

1)hahahaha:gelak yang mendapat rating yang paling tinggi.........

2)hehehehe:gelak yang kedua tertinggi,aku biase pakai gelak camni,nampak sopan sikit..........hehehehe

3)ngeh ngeh ngeh:gelak paling harem,dikategorikan sebagai gelak syaitan yang direjam(dengar tu,direjam tau...........:)

4)hihihi:disebabkan bersangkut paut dengan struktur keyboard yang agak kurang selesa bila nak tekan huruf hihi ini,maka ia jarang2 digunakan oleh semua peringkat makhluk.........:)

5)hohohoho:gelak ni bila datang nya hari krismas,hari bila budak2 kecil semua akan kontrol buat perangai baik je...........hehehe

Dan selain gelak2 diatas,aku jugak ada mereka beberapa jenis gelak yang aku rasa cam syial je,apa2 pon lets cekidaut.........


hahahanguk........

hahahachum.........

hahahaktui.......
buruk benaoe ketawanya,bersopanlah sikit.........ish3



Oklah,dah semakin mengarut aku ni cuma satu je yang aku nak pesan,kalau nak ketawa tu tengok pada keadaannya,jangan pakai redah je ketawa,buat orang tu tengah sedih tetiba je korang ketawa tak kes naya?.......sekian...........


notakaki:aku tak kisah aku ditertawakan sebab aku juga suka mengketawakan................hahahaha




Ahad, 13 Jun 2010

ENTRY LAST TENTANG DIA,MAYBE?

Share
Selamat malam semua.......:)

Kalau korang nak tau:
Dia sangat cantik...........
Dia sangat manis............
Dia sangat sempoi............
Dia sangat peramah..........
Dia sangat sporting.........
Dia sangat baik............
Dia sangat jujur.............

Dan dia jugak:
Dia sangat sayangkan haiwan dan keluarganya........
Dia sangat sayangkan kawan-kawannya.........
Dia sangat sayangkan blognya..........
Dia sangat pengikut2 di blognya..........
Dia sangat sayangkan kawan-kawan di FBnya...........
Dia sangat sayangkan semua orang yang dia kenal.........

Sebab tu dia disenangi oleh semua orang.Dan aku rasa dia juga punya kawan2 lelaki yang jauh lebih kacak,hensem,baik hati dari aku.Aku hanya berharap dia nampak perasaan aku pada dia walau hanya sekelumit saja.

Aku hanya berharap.Tu je sekarang yang aku tau,berharap dan berharap.Memang ramai yang minta aku luahkan perasaan pada dia tapi aku tak sedia,walaupon aku sedia maybe dia yang tak sedia........

Maybe bila aku luahkan kata2 dia akan berfikir yang lain tentang aku,maybe dia akan jauhkan diri dari aku,maybe dia akan kurang tegur aku seperti sekarang kami sangat mesra berkawan...:)

Oklah,cukuplah hanya setakat ni aku meluahkan rasa betapa aku sayangkan kamu,aku harap kamu boleh menerima diri ku yang hina ini............

Lagu khas untuk dia sicinta hati..............



notakaki:harap dia tak perasan sebab aku taknak dia anggap aku ambil kesempatan atas persahabatan kami berdua....

notakaki lagi:aku redha kalu pon dia tau dan dia cakap yang dia tak terima aku,aku redha...........

notakaki lagi dan lagi:ni last aku bercerita tentang dia,pasni aku nak tutup buku,maybe kami takde jodoh kot tapi padahal aku tak bersuara pon,biarlah demi menjaga persahabatan kami.......:)



CERITA TENTANG BOLA 2

Share
Hai geng.......:)

Aku sangat bosan..........
Bila tiba time malam asyik terdengar jeritan2 yang sangat annoying........
Kalau jeritan yang disulami oleh gelak2 manja dan bunyi2an yang mengasyikkan takpa lah jugak.........
Ni jeritan yang sangat bangang dan disusuli dengan melalak2 cam angjing.........
Best sangat ke setiap kali masuk ko nak jerit camtu...........
Aku bukannya anti sangat benda tu............
Cuma aku tak berapa selesa dengan jeritan korang yang boleh mengalahkan mega sound.........
Kekadang ada yang aku tengok cam buat2 je time menjerit.........
Saja2 nak buat kecoh sebab aku boleh perasan bila jerit tu korang jerit dengan penuh semangat atau tak.....
Korang tak malu ke dengan jiran2 sebelah menyebelah...........
Kalau jenis yang sama dengan korang takpa lah nak jerit2.........
Kena pulak dengan jenis yang ada anak kecil,tak ke naya tu..............
Kalau yang dok kedai tu pulak..........
Aku tau bila masuk je korang akan jerit kegembiraan............
Tapi agak2 lah sampai gi kedai sebelah menyebelah sambil kutuk2 orang lain yang sokong team lain.............
Tak ke perangai cam bangang tu...........
Dan untuk pengetahuan korang yang aku rasa takde perasaan tu............
Perangai camtu jugak boleh buat korang hilang kawan tau.............
Benda2 camni aku tau memang sensitif walaupon aku tak berapa nak usha sangat ..............
Takkan korang yang memang syok habis pon tak boleh perasan..........
Cubalah kalau orang lain buat camtu kat korang,takkan korang tak marah kot..........
Memang korang bukan manusialah kalau korang sedikit pon tak sentap...............
So aku harap korang boleh lah ubah perangai korang tu ye..........
Game ni berlangsung selama sebulan dan takkan selama itu korang nak bermusuh dengan kawan2 korang yang vote team lain............
Aku rasa tak payah lah buat camtu,game tetap game tapi kawan tu kena jaga sikit ok..........:)

pesanan ikhlas dari blogger yang kurang meminati bola sepak tapi still minat posh spice.........:)


kotakaki:sila sakit hati.........hahahaha



Jumaat, 11 Jun 2010

CERITA TENTANG BOLA

Share
Selamat pagi semua...:)

Sekarang satu dunia tengah kecoh pasal World Cup yang kembali setelah 4 tahun berehat.Dan Afrika Selatan menjadi tuan rumah yang rasmi untuk kejohanan yang berprestij ini......

Dekat malaysia pulak,kedai2 mamak aku rasa akan menambah perkhidmatan mereka selama 24 jam untuk pelanggan2 yang datang untuk menyaksikan perlawanan bola sepak secara beramai2........

Dan kita juga akan mendengar sorakan dan teriakan gila dari penyokong2 bola sepak yang tak sah kalau sekali gol mereka akan menjerit macam kena histeria(damn i hate it)............

Tak kira lelaki atau perempuan,semuanya akan berjaga malam untuk menyaksiakn perlawanan yang bagi mereka penting dari kerja mereka yang selama ini menanggung belanja makan,sewa rumah,duit minyak dan sebagainya.....

Selain perkataan keramat Gol,ada satu lagi perkataan yang aku rasa akan menjadi perkataan yang paling banyak yang disebut selam 2 bulan ni iaitu You Fired......

Dan untuk akhir kata,aku sangat bersyukur aku takkan jerit Gol,bos aku takkan jerit You Fired,aku takkan terjaga sampai pagi melainkan Dia ajak berym sebab........










AKU TAK MINAT BOLA

So jangan sesekali nak ajak aku tengok bola atau nak berborak pasal bola,nescaya korang akan hampa.......sekian terima kasih.......


notakaki:yang pasti aku bukan kaki bangku......


Isnin, 7 Jun 2010

SUARA KU BERHARAP UNTUKMU TERSENYUM

Share
Selamat malam semua para pecinta...:")


Disini aku masih sendiri....
Merenungi hari-hari sepi....
Aku tanpamu,masih tanpamu.....

Bila esok hari datang lagi.......
Ku coba hadapi semua ini......
Meski tanpamu ooohhh meski tanpamu......

Bila aku dapat bintang yang berpijar.....
Mentari yang tenang besamaku disini.....
Ku dapat tertawa menangis merenung di tempat ini aku bertahan.....

Suara dengarkanlah aku........
Apa khabarnya pujaan hatiku.....
Aku disini menunggunya.............
Masih berharap didalam hatinya....

Suara dengarkanlah aku.......
Apa kabarnya pujaan hatiku........
Aku disini menunggunya...
Masih berharap didalam hatinya......

Kalau ku masih tetap disini...
Ku lewati semua yang terjadi.....
Aku menunggumu,aku menggu.....



Ahad, 6 Jun 2010

BLOGGER KESAYANGAN AKU

Share
Hai,selamat malam semua...:)

Adoi,rasa sangat malas nak bekerja esok disebabkan cuti 2 hari yang menyeronokkan dan sepatutnya malam ni aku berniaga dekat cawangan kedai no 2 tapi selepas ada sedikit masalh teknikal terpaksa bercuti(padahal nak berjimba2 malam minggu)...hehehe

Kekadang aku nak tergelak bila time aku bercerita tentang yang aku minat dekat seorang blogger ni ramai yang nak tahu sapa.Memang ah kawan2 mesti nak tau sapa blogger bertuah tu kan(bertuah lah sangat sapa yang dapat aku ni)....hehehe

Bukan tak nak bagitau tapi aku takut sebab aku je yang ada hati kat dia tapi dia pulak tak tau pasal ni.Tak mau lah pulak nanti bila dia tau aku suka kat dia,dia ingat selama ni aku berkawan dengan dia hanya cuma nak ambil kesempatan kat dia je kan.....

Sebenarnya aku dari mula ikhlas berkawan dengan dia dan tak perasan dalam sebulan dua ni aku rasa cam lain je bila dapat tengok muka dia,rasa cam sejuk je dan  setiap kali aku balik dari kerja pastu aku tengok dia rasa penat kat badan ni tetiba boleh hilang,tu belom kalau dapat berborak ngan dia lagilah aku bahagia...kehkehkeh

Tai kan kekadang aku rasa cam tak sesuai je aku dengan dia,yelah ibaratkan aku ni the beast dan dia tu beauty je kan...hehe

Tapi pada kawan2 terima kasih lah kalau ada yang beri semangat dan sokonga kat aku,aku sangat hargai korang,doakan aku berjaya ok...:)


notakaki:aku sangat sayang dia walaupon dia tak tau...hehehe

notakaki:sesapa yang nak teka siapa blogger tu,tekalah aku tak kisah...hehehe

Sabtu, 5 Jun 2010

HARI JADI SAYA SEBAGAI SEORANG BLOGGER

Share
Salam semua.....:)

Sekarang ni aku sambil menulis sambil usha kat luar sebab tadi masa tengah beronline tiba2 datang kilat sampai seluruh rumah terpadam,nasib baik kom ok......

Semalam hari jadi aku yang ke 20-an so sesiapa yang tak wish lagi,korang berhutang dengan samseng kampung kebun tau....

Aku nak ucapkan terima kasih pada cik fifi kerana menjadi yang pertama(walaupon dia ucap sehari sebelom) wish kat aku di FB,sangat2 terharu..sob...sob...sob...

Aku jugak nak ucapkan jutaan(walaupon tak sampai 20 orang pon wish) terima kasih pada yang sudi wish kat aku di FB jugak.Korang memang terbaik sebab ingat akan hari jadi aku(walaupon ada reminder kat tepi tu)........hahahah

Selama 20 tahun kehidupan aku,inilah kai pertama aku dapat wish yang sangat banyak,rasa terharu berbau sedih dan gembira serta malu juga marah tapi sayang mahupon suka waima cinta mahupon segan tapi suka......

Aku tak diajar nak sambut2 hari jadi ni dalam keluarga sejak dari dulu lagi.Yelah,kami bukannya orang senang nak sambut2 ni,kalau nak sambut hari jadi pon cuma sambut hari jadi adik alisa si bongsu kesayangan aku dan mak je...
inilah dua wajah kesayangan hamba......hehehe

Kami adik beradik tak rasa apa2 pon sebab kami dari dulu dah diajar erti susah,tapi ada jugak sesetengah adik beradik aku tersesat.......hahaha

Disini aku nak ucapkan terima kasih pada mereka yang aku sangat sayang...:)

1)mak sebab selama ni tak jemu bekerja untuk mencari sesuap nasik untuk anak dia yang kiut ni.....hehe

2)abah sebab tak jemu2 maki hamun sampailah masuk telinga kiri tapi tak keluar2 kat telinga kanan..alhamdulillah...

3)arwah nenek sebab sanggup berkorban menjaga aku masa duduk dengan dia walaupon hanya 3tahun,arwah memang seorang yang sangat penyayang,rindu betol aku dekat arwah...:(

4)maksu sebab dialah orang pertama yang ajar aku menjadi suri rumah sepenuh masa lepas balik sekolah,ajar cam ditaktor pulak tu,kami adik beradik masa tu takut giler ngan maksu...hehehe

5)mak andak sebab masa sebelom dia kawin dulu,dialah yang uruskan segala makan pakai aku tapi dia tak garang macam maksu tau.......hehe

6)pakcik li dan makcik dah sebab bila mereka datang ke kampung aku mesti suka,aku tengok mereka ni macam aku tengok mak pak aku pulak...hehehe

7)pada cikgu sekolah yang selama ini sibuk merotan aku sebab malas nak buat kerja sekolah(ish,malunyeerr) dan sentiasa mengajar aku sampai aku boleh sebut huruf R dengan baik...hehehe

8)pada adik beradik walaupon korang tak penah nak wish kat aku dan bila masa hari jadi mak korang tak tinggal pon aku kek walaupon sedikit..........

9)pada semua kawan2 nyata yang dah hampir 4 tahun aku tak jumpa....

10)juga pada kawan2 alam maya(bukan adamaya tu,ish teringat mia si comel)tak sangak aku boleh dapat kawan yang ramai dalam maya ni,seronok tau....

11)pada semua blogger terutama sekali pada yang sudi membantu aku walaupon aku bertanya hal2 yang kecil je(padahal korang mesti menyampah kan?kan?).........haha

12)pada sorang awek ni,bagi aku dia blogger terkenal gak tapi aku suka lah kat dia cuma malu nak berterus terang,takut dia takut,tapi dia sporting la,nak berborak ngan dia pon ok je,seronok bila dia wish kat aku tadi dalam FB,walaupon just wish biasa2 je tapi bagi aku sangat bahagia tau........hehehe

13)pada sesiapa yang mengenali diri ini,yang tak kenal aku dan yang aku tak kenali tapi tetap wish kat orang yangbernama epul,aku sebagai wakil orang yang bernama epul ucapkan terima kasih...:)

Oklah,tu sahaja yang aku boleh ingat,so sesiapa yang tak rasa dia ada diatas aku mintak sorry bebanyak ok,tak perasan........hehehe


notakaki:masih menunggu dia online,kemana dia menghilang,berdating ker?oh tidak...hehehe







Rabu, 2 Jun 2010

KEMPEN KAMI BLOGGER PICISAN MENENTANG KEKEJAMAN ISRAELAKNATULLAH.......

Share
Assalamualaikum kepada semua pembaca2 yang dihormati..................

Semalam dua orang kawan blogger aku telah melancarkan kempen menentang keganasan israelaknatullah,alhamdulillah ramai bloger2 yang memberikan maklum balas dengan baik sekali.........

Kepada farid dan alvin,korang memang terbaik,kita blogger picisan mari bersama2 menolong walaupon sekadar mampu menulis tentang kekejaman israelaknatullah tu,insyaallah ia bisa menyedarkan orang ramai dan akan lebih membenci spesis makhluk yang tak layak duduk dimuka bumi ini..............
.
.
Poster diatas menunjukkan sedikit sebanyak  kekejaman yang dilakukan tentera israelaknatullah yang kita tak pasti sampai berapa lama dan sampai bila mereka akan berhenti....................

Memang jenis manusia yang lupa asal usul dan tak sedar diri.Sudahlah masuk menumpang,tanpa perasaan malu sedikit demi sedikit mereka merampas tanah tumpah darah penduduk palestine yang dahulunya sentiasa aman dan damai.............

Sudah hampir 50 tahun mereka menjajah dan menghuru-harakan tanah palestine tanpa rasa belas ikhsan.Pengeboman,pembunuhan,memusnahkan tempat tinggal dan merampas tanah penduduk di situ dengan sewenang-wenangnya.............

Melihat kekejaman yang mereka lakukan berterusan tanpa menghiraukan amaran dan bantahan  yang disuarakan di seluruh dunia seolah2 mereka adalah kuasa besar dunia sedangkan mereka pada suatu masa dahulu hanyalah kaum yang dihalau dan dihina seperti anjing..............

Dan yang lebih tragik lagi apabila kapal laut yang membawa barang2 keperluan serta ubat-ubatan yang sedang dalam pelayaran ke semenanjung gaza untuk misi bantuan kemanusiaan  buat penduduk palestine diserang oleh mereka dengan begitu ganas sekali............

Kini aku sebagai seorang blogger picisan menyeru para2 blogger tak kira picisan atau yang sudah senior,sila pandang serius akan kekejaman ini dan sama2 lah kita menyokong dan menyertai KEMPEN KAMI BLOGGER PICISAN MENETANG KEKEJAMAN ISRAELAKNATULLAH.................

Sila tekan poster di atas sekali untuk maklumat lanjut tentang kempen ini......terima kasih............

SUATU KETIKA DULU......
PUNYA WAKTU UNTUK DUDUK DI BERANDA SAMBIK LEKA MELIHAT ANAK2 BERMAIN..........
TERPANCAR SENYUM LEREK DI WAJAH SUCI MEREKA.................
BERMAIN TANPA ADA RASA APA2........................
BERLARI SEBEBAS-BEBASNYA DI ATAS TANAH SENDIRI TANPA DISEKAT.............
KADANG TEJATUH KE TANAH TAPI MASIH TERSENYUM.......
SI IBU TERSENYUM SI BAPA KETAWA..........
WALAU TERJATUH TAPI MASIH MAHU BERMAIN........
MASIH MAHU BERLARI.............
SEPERTI MEREKA TAU APA MUNGKIN ITU YANG KALI TERAKHIR MEREKA BERSENDA GURAU............


KINI ITU SEMUA TIADA LAGI...........
HANYA KETAKUTAN MENYELUBUNGI DIRI..............
HANYA MAMPU BERDOA KEPADA ALLAH SUPAYA BAHAYA DAPAT DIHIDARI........
GELAK SUDAH BERTUKAR SEDIH..............
NYAMAN SUDAH BERTUKAR NGERI...........


TIADA LAGI NYANYIAN LAGU...........
HANYA DENTUMAN YANG SELALU BERTALU..........
TUBUH YANG CERGAS BERTUKAR KAKU..............
MUKA YANG MANIS BERTUKAR LESU.............
TAK TAHU LAGI KEMANA ARAH PERLU DITUJU............

BERLARI DALAM KETAKUTAN............
TERSENTAK WALAU BERTEMBUNG DENGAN BAYANGAN........
HIDUP SENTIASA DALAM KERUAN...........
SAMBIL BERDOA TANAH TUMPAH DARAH INI KEMBALI AMAN.......
BERHARAP DOA ITU KAN MENJADI KENYATAAN...........
DAN BUKANNYA KHAYALAN..............


notakaki:semoga saudara seislam kita di palestine sentiasa dikurniakan kudrat dan fikiran yang bisa buatkan mereka bertahan dari musuh Allah dan seluruh umat islam di seluruh dunia yang bernama...........ISRAELAKNATULLAH.........amin............