Entry kali ini aku karangkan khas untuk abah tersayang tapi mak pun ada terselit jugak sikit karang tak pasal2 merajuk pulak orang tua tu.Sepu nak ucapkan selamat hari bapa untuk abah.Walaupon orang kata jasa seorang mak lebih besar dari seorang bapa tapi bagi sepu jasa kamu berdua sama erti dan nilainya.........:)
Terus terang sepu nak cakap yang sepu banyak buat dosa ngan abah,ngan mak pon sama.Sepu selalu memarah tak tentu pasal,tak boleh tengok silap sikit,tak boleh mak ngan abah tegur sikit,tak boleh mak dan abah puji adik2 yang lain sikit terus terkeluar rasa iri di hati ni..........:(
Tapi sepu jadi camtu sebab dari kecil sepu dan berkepit ngan mak dan abah 24jam.Kita pergi berniaga bersama2,datang subuh2 gelap sama2,balik time orang dah nak maghrib sama2 sampai berebut bilik air.Abah selalunya akan ketuk pintu bilik air tu kalau sepu atau adik2 yang lain guna time nak masuk maghrib sambil membebel tahap telinga boleh cair..........hehehe
Sepu pernah tertengking abah masa pepagi buta pasal abah marah2 sesuatu yang bukan sepu yang buat.Pastu tengok abah monyok je terus mengalir air mata ni,sumpah masa tu sepu tak pikir apa2,sepu mintak maaf sangat2 sebab buat abah terasa tapi nasib baik sepu tau cara nak pujuk abah,biasalah anak abah kan...............hehehehe
Dulu masa sepu kata kat abah yang sepu nak berhenti sekolah dan abah marah2 sampai sepu lari dari rumah,ingatkan abah dah tak cari tapi rupanga abah datang gak jauh2 semata nak cari sepu,mak pulak sampai nak demam tunggu sepu balik,sumpah masa tu sepu rasa sangat berdosa kat mak dan abah,ingatkan kamu berdua dah tak sayang sepu sebab masa tu sepu sangat naif dan bodoh............
Dari dulu sampai sekarang mak dan abah tak henti2 bekerja untuk menyara kami adik beradik,sepatutnya sepu yang dah dewasa dan boleh cari duit sendiri ni yang kena jaga mak dan abah tapi sepu mintak maaf banyak2 sebab sepu tak mampu lagi,insyaallah tak lama lagi sepu akan jaga kamu berdua seperti mana kamu menjaga sepu siang dan malam...........
Dan yang terakhir sepu nak ucapkan selamat hari abah untuk abah yang paling sepu sayang walaupon hari2 rutin abah asyik maki2 sepu je,takpa,makilah lagi sebab bukan senang nak cari orang yang boleh maki2 macam abah ni..............hehehehe
Walau macam nama sekali pon,abah tetap ultramen di hati sepu......:)
notakaki:selamat hari bapa kepada semua bapa dan arwah bapa yang selama ini sanggup berkorban untuk anak2 mereka.:)
notakaki:gambar tak dapat disiarkan tanpa kebenaran pemilik gambar,harap maklum.........:)
dia panggil abah dia ultramen la hahahaha. gile ah. tapi nice one bro. sygi abah kite.
BalasPadamatomen ko siyes mst terharu weh baca ni..hehe..
BalasPadamatromen?
BalasPadamspe nk jdk kamen rider?
gwa lah
gyahahahaahah~
salam ..ooo byknya buat salah..kena minta maaf lah yer..jagalah hati ke dua ibubapa semasa mereka masih ada lagi.
BalasPadamhepy fathers day jugak :)
BalasPadamcaiyokkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!! kak tash suka tulisan ni..sangat bersahaja, santai dan sgt jujur serta ikhlas... inilah luahan hati yang terungkap dgn tulisan sbb tiada kepura2an disitu.....
BalasPadamkhairi:saje je,abah aku lah hero aku...............cewahhh
BalasPadampuput:terharu?kot2 dia fire aku nanti......heheh
hellioz:ko mmg ngade2 arr,gi lah nak jadi ape2 pon,karang majuk plak......hahah
kak ina:tima kasih akak atas nasihat yg diberi.....:)
kuyam:happy abah day to you abah.........:)
kak tash:ye ke?cam perli je......heheh
tima kasih kak tash.....:)
alahai sepu nih manje lah!
BalasPadampanggil bapak kau baca la entri ni..baru berani..haha.. cis, nape tempalate blog kita sme?
BalasPadamhehe comel lah epul sbb panggil abah ultramen :D
BalasPadam