Memaparkan catatan dengan label komputer blog internet makyam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label komputer blog internet makyam. Papar semua catatan

Rabu, 31 Mac 2010

MISTERI LINE INTERNET KU

Share
Selamat malam semua tak kira warga blogger atau cik anon...hehe

Wah,hari ni baru aku boleh beronline seperti biasa selepas hampir2 3minggu line internet semput tahap kronik bukan ko....dan sekarang sedang bergembira menulis entry2 yang dah lama aku nak tulis tau....:)

Aku pon tak tau la kenapa dengan line streamyx ni sebab bila tanya kawan2 yang pakai dieorang kata ok je.Ok,mungkin ada sebab2 yang munasabah yang aku fikir mengganggu perjalanan line internet aku ni(ceh,macam stori pengembaraan la pulak)dan sebabnya adalah(sila tengok senarai dibawah)...hehehe

1:)Mungkin sebab aku masih lagi ada tunggakan bil so pihak TM perlahankan kelajuan supaya pelanggan yang susah nak bayar bil macam aku ni akan bayar dengan segera.....hehehe

2:)Mungkin sebab hari tu ada sekali kotak wifi terjatuh dan tetiba terpadam dan mungkin sebab tu yang membuatkan kotak tu rosak dan mungkin sebab tu yang membuatkan line bertambah perlahan...ish3

3:)Mungkin sebab kata laluan rahsia aku dah terbongkar dan membuatkan kawasan kejiranan kat sini dapat curi line internet aku dan membuatkan line internet bertambah perlahan,apakah?...:)

4:)Mungkin sebab wayar sambungan internet ni selalu aku tarik dan membuatkan wayar dalaman dia terputus atau rosak atau berkarat atau lu pikirlah sendiri...huahuahua

Dan yang last sekali atau ada lagi tapi aku malas nak tulis(ayat ni lagi..ish3),mungkin komputer zaman kesultanan melayu lama aku ni dah terkena virus?mintak2 tak kena la tapi kalau dah kena pon aku nak buat macam mana kan tapi aku rasa tak kena kot sebab aku dah letak anti-virus terbaek punya kat komputer aku ni so kompom lah takkan kena....insyaallah...hehehe


notakaki:sesiapa pernah kena masalah macam ni tak dan kalau pernah kena boleh tak kongsikan pengalaman anda..eh?...hehehe