Khamis, 29 April 2010

ENTRY ORANG YANG SEDANG KELAPARAN KEK...HEHEHE

Share
Halo-halo,nak kopi ke nak milo..pi buat sendiri..hakhakhak

Adoi,panas sungguh hari sampai hati pon jadi panas jugak.Tapi takpa sebab aku ni dok kedai so anytime dahaga je teguklah air free tu.Dah lah free,bermacam2 perisa pon ada(bikin korang jeles ni)...hakhakhak

Ok,nak cerita sikit,tadi masa kat kedai ada sorang makcik ni bawak lebih2 kek hari jadi anak dia so aku tengok memang sedap dan tetiba teringat dekat kek so jom kita layan gambar kek ni...huhuhu

wah,kek hari jadi kegemaran makcik bedah...hehehe

ni namanya kek cawan atau kupkek murid2...hahaha

lilin ni kalau tak ditiup sampai mati nanti tak pasal2 rumah pulak yang terbakar...hehehe

korang ada selera tak nak makan kek camni...eeeeuuuu

yang ni dilarang makan kerana penuh dengan kayu2 yang berbahaya...adoii

strawberry,i like...hehehe


Dan yang terakhir sekali adalah....


si pembuat kupkek...hakhakhak

Sebenarnya aku ni bila pandang kek bukan ada selera macam pandang nasi ayam tapi bila aku dah makan je sekali aku takkan sedar yang aku dah perabihkan sebijik kek tu tau,rakus tak?...hehehe

notakaki:saja2 entry kali ni pasal kek sebab aku berharap bila hari jadi aku nanti dapatlah kek yang sesedap cam kat atas tu.....:)

gambar kredit pada pak google...heheh

Rabu, 28 April 2010

TIPS-TIPS MENGELAKKAN KORANG DARI DEMAM MACAM AKU NI...

Share
Selamat petang semua makhluk bumi,yang dari planet marikh atau jupiter kalau nak baca blog aku ni pon aku tak kisah....hehehe


Mcam biasa,sesaja nak buat report pasal demam aku yang tak surut2 lagi ni.Tapi alhamdulillahlah makin ok sikit walaupon dah hampir 2minggu demam aku ni tak surut2...ish3


anak sapalah ni sakit bebenor je aku tengok...ish3


Ok,sekarang aku nak bagi sedikit tips tentang cara2 mengelakkan diri korang dari demam dalam musim yang tak menentu sekarang nie kat malaysia ok...:)

1:)Sentiasa minum air putih atau mineral dalam kuantiti yang banyak cam aku ni sehari dalam 3liter aku minum tau...hehehe
minum tak jemput orang...

2:)Jangan berdiri terlalu lama di tengah panas dan kalau boleh sentiasa bawa payung walaupon hari tak hujan.....
sorilah wei,model payung yang ni je tinggal...

3:)Dan yang terakhir,sentiasa mandi dengan lebih kerap lagi dan kalau boleh setiap 1jam korang mandi je ok...hehehe
alah,comeynye budak kecik ni mandi ...hehehe


Oklah,tu aja yang aku boleh bagitau korang sebab aku sekarang pon tengah kerja so sekian saja dari pejabat Kementerian Kesihatan....byebye


notakaki:aku bagi tips2 ni tapi aku bukannya ikut sangat pon...hikhikhik(gelak ayu)

Selasa, 27 April 2010

ADAMAYA VS ASMARADANA,KORANG SUKA YANG MANA?

Share
Salamat malamam samawa(sape paham?)...hakhakhak

Wei,tak perasan dah malam walaupon aku dah  habis layan cerita Asmaradana kat tv3 tadi.Fuh,Memang best  tak ingatlah cerita tu kan.Aku rasa ratingnya boleh mengatasi slot akasia Adamaya lah.Tv3 keluarkan cerita semua sedap mata memandang(ehemm2).....hehehe


TV3 selalu memainkan drama yang tak mengeciwakan...syabas2....

Drama Adamaya tu pon baru seminggu nie je aku layan sejak aku sakit memanjang2.Sebelom nie aku dengar dari adik aku drama ni cam sebijik gak tiru filem I'm Not Single tu.Disebabkan aku pon tak suka sangat filem tu so drama ni aku rasa tak rugi pon kalau tak tengok kan....hehehe

Tapi lepas seminggu nie aku tengok boleh tahan jugak cerita tu.Jalan cerita tak lah macam cerita melayu yang biasa2 yang boleh buat aku rasa nak telan je tv tu.Drama yang yang simple dan masuk akal serta jalan cerita yang tak hipokrit cam cerita melayu yang lain...heheeh

Akasia Adamayapng 455x162 Adamaya   Im Not Single
cantik pulak si lisa ni.....ehem2


Oklah,bercerita pulak pasal slot Samarinda kat tv3 iaitu drama Asmaradana.Bagi aku cerita ni memang tip top.Semua golongan boleh tengok cerita ni.Bagi aku kedua pelakon utama dalam cerita nie Sam dan Tiz memang memainkan watak dengan berkesan sekali lebih2 lagi watak airmata sampai aku pon terkesima seketika(maksudnya ternangis la)....hehehe

comey sungguh ang bak kata melz....hehehe

Aku rasa penerbit pon pandai memancing penonton dengan mengambil Sam dan Tiz berlakon.Yelah,baru2 ni kan nama diaorang meletup.Sam dengan filem Adnan Sempit yang berjaya mengutip hampir RM8juta dan drama NurKasih lakonan Tiz pulak berjaya mencatakan rating yang tertinggi mengalahkan sinetron Bawang Putih Bawang Merah yang ditayangkan di tv3 suatu masa dulu(letih mencari fakta2 ni)...hehehe

korang tengok dia nangis sebab dalam hati dia ada taman tau...huhu



Bagi aku setiap drama tu mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.Bukan semua penonton suka dan tak suka tengok kan.Bak kata bro eyriqazz lain lain padang lain belalang.Cuma aku nak tanya korang,yang mana korang lebih suka?Adamaya ke Asmaradana tapi bagi aku dua2 pon terbaek lah...hehehehe


notakaki:taman dalam hati aku ni sedang direnovatekan kerna aku sedang demam...uhuk2(bunyik batuk basah)

BLOG DAN TUANNYA DEMAM SEKETIKA [MASA UNTUK MAKAN OBAT]

Share
Salam pada semua pembaca blog ngok ini(korang tak ngok ok)...:)

Semalam lebih kurang 2jam aku menggodek web ni untuk mencari wajah blog aku yang baru.Entah kenapa aku semacam bosan dengan wajah yang lama.Aku bukan seorang lulusan A-level dalam bidang IT untuk menggubah sendiri template so kenalah berharap pada template yang sedia ada.....:)

Dan buat masa sekarang aku masih lagi mencari dan terus mencari template yang sesuai untuk blog walaupon sudah berkali2 bertukar template yang baru.Terasa sedikit kedengkian bila melihat blog si mamat ni semakin hari semakin kemas dan cantik dan cara menulisan yang mungkin seribu kali aku takkan dalam lawan punyalah...hakhakhak  (jeles giler aku lisa surihani terjah FB ko)
gambar saja diletak dengan harapan lisa sudi terjah blog aku....;)

Ok,stop dengan sifat mulia kuat dengki aku ni......(+_+)zzzzzzzz




Disebabkan hari ni badan terasa kurang sihat dan aku berjaya menggugut bos so hari ni bos dengan berat hati terpaksa bagi cuti separuh hari yakni pukul 12tengahhari tadi aku sudah boleh balik....horayyyy......


Dan dikesempatan itu aku menyabung kembali sesi godek2 yang terbengkalai malam semalam selepas cik comey ni bertanyakan sesuatu di FB semalam yang aku pon kurang tahu(sorry ye) dan 10minit lepas tu terus aku tidor...hehehehe


Ada sesuatu yang musykil(betul tak eja?)berlaku tentang shoutmix yang aku tak pasti apa masalahnya sebab lepas aku daftar dan tetiba je dia kata error,tu yang pelik tu so sesiapa yang boleh tolong sila tolong tanpa harapkan apa2 balasan ye....hehehe

Juga masih lagi ada problem dengan ads nuff.Memang memeningkan kepala betul lah tapi nak buat macam mana dah dok gatai sangat nak ada blog tapi buta IT so terima sajalah dengan hati yang tertutup...hakhakhak

Ok,cukuplah dengan problem2 yang aku hadapi ni,karang cerita lebih2 kat korang ada pulak yang menggatai nak buat tabung derma kilat dekat aku pulak kan.Nak gi layan ADAMAYA pulak nih so sesiapa yang sudi tolong menolong sesama umat tu aku dahului dengan ucapan MEKASIH.......:)


notakaki:tiada notakaki kerana kakiku sedang demam....adoiii....


Ahad, 25 April 2010

TIPS UNTUK MENJADI JUTAWAN SEGERA,TAK PERLU BERSUSAH PAYAH LAGI

Share
Kabare semua,aku pasti korang masih waras kan dan kalau tak waras pon ADE AKU KESAH...hakhakhak



Oklah,cukup dengan mukadimah yang sedikit kurang ajar dari aku cuma aku nak tanya korang pernah tak berangan nak jadi jutawan.Hasil temu ramah tamah aku dengan makcik2 kepochi yang tengah enjoy sakan mengumpat petang tadi menunjukkan 8/10 rakyat malaysia pernah terfikir untuk menjadi jutawan(kantoi)....hehehe




Oklah,disini aku nak bagi tips atau cara2 nak menjadi jutawan dengan cepat dan senang.Tanpa perlu cari downline bagai ni.Oh,ni bukan skim cepat kaya ke,forex-korex ke,login fb dapat rm100 ker,sistem piramidvalley ker dan jugak klik kalau nak jadi jutawan tu semua(yang klik2 tu aku dah terjoin dan tertipu)...hehehe




Tapi kalau nak mulakan macam biasalah orang kata mesti ada duit kan.Tapi korang jangan risau,korang cuma kena ada dalam tangan tu lebih kurang RM500 je.Kalau kurang aku ingat korang takleh kot jadi jutanwan tapi kalau ribuwan tu boleh lah...hehehe


kalaulah aku ada duit sebanyak ni...




Oklah,kalau korang dah ada RM500 tu dengan pantas korang cepat2 pergi money changers dan tukarkan duit korang tu dengan duit indonesia yakni matawang rupiah so dengan sekelip mata(tapi kompom mata korang akan berkelip2 gak kan)korang berhasil menjadi seorang jutawan.....hakhakhak


waduh,kamu udah jutawan ya suparjo...hakhakhak



notakaki:sorilah kalau ada yang berharap nak jadi jutawan dengan cepat tu nak sangat tau rahsia ni,bagi aku nak jadi jutawan tak kira cepat ke lambat yang penting berusahalah sikit.Takkan asyik nak goyang kaki je sambil tunggu duit jatuh dari langit.Ajaran Ayah Pin pon tak ajar macam tu....hehehe

Khamis, 22 April 2010

MALAM JUMAAT DATANG LAGI...

Share
Hai,selamat tengah malam di malam jumaat semua...:)

Owh,malam jumaat ye malam ni.Mesti ada yang tengah kusyuk buat kerja tu kan?...hehehe.Ape2 pon semoga kerja korang berjalan dengan lancar ok...hehehe

Dulu masa aku masih muda remaja kecik lagi kalau datang je malam jumaat naik bulu roma(dulu aku ada ke bulu roma??).Yelah dari kecik lagi otak aku ni dah dipasak dengan cerita2 yang menakutkan lebih2 lagi time tibanya malam jumaat.Masa tu kiteorang adik beradik memang bengong lagi dan time nak tidor mesti rapat2 punyalah padahal hari lain masing2 dok utara,selatan,timur dan barat(cam lagu wali band la pulak)....hehe

Tapi sekarang kalau orang dengar malam jumaat mesti tak takut punyalah.Lagi dieorang senyum adalah.Kat tv pulak aku selalu tak miss atau tv yang tak miss asyik tayang iklan produk kesihatan untuk orang yang dah berumahtangga lebih2 lagi kalau malam jumaat macam ni aku rasa dieorang diwajibkan kot letak iklan tu berulang2 setiap setengah jam......

Itulah,bak kata orang"zaman dah berubah,dunia dah maju"kan so kita pandai2lah nak sesuaikan diri dengan zaman yang pantas dibawa oleh arus kemodenan ni dan jangan sampai kita pulak yang hanyut sekali...:)

notakaki:orang yang tak kawin lagi boleh ke beli MALAM JUMAAT tu?...hehehe

Rabu, 21 April 2010

PONDAN DAN LELAKI LEMBUT,SAMA FIZIKAL TAPI TAK SAMA SIFAT!JUGA TIPS PERTAMA DARI AKU...

Share
Hai,selamat malam semua..:)

Pondan dan lelaki lembut,apa perbezaannya?kalau korang kata takdak perbezaan korang memang salah.Mengikut kajian aku(kajian lah sangat) memang ada perbezaannya tau.Bagi aku pondan ni cam lelaki lembik yang desperate kat lelaki lain yang nafsunya songsang.Korang paham2 jelah ok..:)

Dan bagi aku lelaki lembut pulak ni memang gaya jalannya,percakapannya dan segala yang dia buat nampak lembut tapi hatinya masih lagi ok dan tak songsang cam pondan...hehehe

Baru semalam aku dapat contact balik kawan aku yang dulu selalu lepak sama2 kat kampung.Dia ni sebenarnya lembut sikit tapi pikiran dia taklah songsang cam pondan tau.Aku dan kawan2 yang lain dah anggap dia cam abang sendiri je sebab dialah yang selalu jaga kiteorang kalau kemana2...

Aku dulu masa kawan ngan dia memang rasa cam malu sikit sebab kalau kami jalan sama2 orang mesti pandang lain macam je.Yelah,sambil jalan2 tu borak2 lah so kalau silembut berborak tau2 jelah camner kan.Sampailah ada sorang pakcik kurang ajar ni selamba je sound kiteorang ni loving couple...tengkorak hangit betol orang tua ni....

Masa tu memang malu sikit dan bila  kena sound macam tu aku tengok dia cam sedih je.Sampai dia minta maaf kat aku sebab kena ejek pasal dia dan masa tulah yang buat hati aku tersentuh dan sejak tu perasaan malu aku terus hilang bila berkawan ngan dia.

Dan satu peristiwa yang aku masih teringat2 lagi ialah masa aku ngan geng2 aku termasuklah dia pergi masuk hutan sebab nak mandi air terjun.Masa kitaorang sampai tu adalah 3-4 orang budak datang mandi jugak kat situ.Masa tengah mandi tu tetiba je salah sorang budak bengong tu ejek2 dia.Dia kata 'hei pondan,ko tak meniaga ke hari ni,ohhh,pelanggan ramai tu'sambil tunjuk2 kat kiteorang.Ish budak tak sunat ni,karang aku sunatkan baru tau..grrrr

Tapi aku tengok dia relak je,kami yang nak ajak bergadoh ni pun dia boleh suruh cool je.Time tu aku dah panas line dah.Dia kata takdak faedahnya layan budak separuh umur camtu.Satgi kenalah balasan dari Allah kat dia.Tup2 betul kata silembut ni,masa nak keluar simpang hutan tu kitaorang nampak dia terjelepok jatuh dalam longkang.Apalagi pakat ramai2 lah gelak guling2 sambil boo dan buat tarian samba kat depan dia...hakhakhak

Kalau diingatkan balik kenangan dengan silembut masa tu memang aku akan tersenyum sorang2.Dan semalam masa dia contact aku sempat lagi dia mms gambar dia ngan awek dia kat aku.Perghh,cun giler kentang siot.Dapat jugak dia awek kelantan sebab dulu pernah dia bagitau kat aku yang kalau boleh dia nak gadis kelantan jadi awek dia.....hehe

Itulah,tak sangka aku selembut2 macam dia pon boleh dapat awek yang cun camtu.Aku yang keras memanjang ni usah kan awek kelantan,bibik kedai cina depan rumah aku ni pon jual mahal kat aku..cisss

So kesimpulannya bagi aku tak ada yang malunya kalau kita ada kawan lelaki yang lembut macam ni.Lagipon orang macam ni mungkin banyak makan garam dari kita yelah sebab masyarakat pandang dieorang tak macam pandang manusia normal padahal dieorang pon normal jugak bagi aku.Kalau korang entah lah atau korang yang laki2 ni suka jugak dekat...hehehe

Korang nak tengok tak awek kawan aku  sebab dia ada hantar gambar awek dia kat phone aku tadi.Kalau nak tengok sila skroll ke bawah...hehehe
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
betol korang nak tengok?so skroll lagi ok..:)
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
memang tak menyesal ker?oklah teruskan perjuangan anda ye..hehe
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
tadaaaa....hakhakhak

amacam,cun tak?..hahahaha



Ok,lagi satu benda yang aku nak kongsi dengan korang.Semalam masa aku sedang berblogwalking 9/10 blog asyik cerita pasal tips2 je so kat sini aku pon nak bagi satu tips spesial untuk blogger yang ada banyak idea tapi tak sempat nak post semua.Senang je,korang cuma perlu simpan kat draft entry yang korang dah buat malam ni tapi nak post keesokan harinya...ok...sekian saja dari aku...peace...:)

notakaki:dont judge the book by its cover even the cover was very bad or ugly or poor or smelly or ugly again ok.Sesiapa yang tak paham sila google translate...:)

Sabtu, 17 April 2010

BERITA MINGGU (JANGAN TERKEJUT)

Share
Selamat pagi semua...:)

Disebabkan semalam tidor lewat so harini terbangun lewat jugak dan akibatnya semua makanan yang ada telah habis dimakan oleh hantu kecil  ciptaan mak bapakku...hehehe

Dan juga malam semalam lepas aku online masa pukul sebelas lebih camtu,ternampak sorang rakan FB update kt wall pasal berita seorang artis iaitu Achik Spin telah meninggal dunia.Terkejut sekejap sebab semalam kat TV3 perasan iklan rancangan bual bicara Jangan Tidur Lagi ada arwah dengan Nana asyik berulang je sepanjang 2jam aku tonton drama kat tu....

Dulu aku ada jugak minat dengan lagu2 yang kumpulan Spin nyanyikan.Dan masa lagu arwah berduet dengan Nana pon aku layan gak.Korang tau tak dulu aku pernah bergaduh mulut dengan kawan2 aku sebab aku mati2 ingat Nana tu awek Achik sebab dieorang kerap berduet bersama...

*kredit untuk google*

Dan dengar cerita arwah baru saja hasilkan sebuah lagu baru tapi memang bukan rezeki dia nak nyanyikan dekat peminat2 dia kan.Ape2 pon sama2 lah kita sedekakan al-fatihah dekat roh arwah semoga Allah tempatkan beliau dengan orang2 yang Dia kasihi...amin....

Semalam jugak bukan rezeki aku nak ke PIKOM PC FAIR yang diadakan dekat Kantan parade sebab masa baru nak bertolak tu tiba2 je kereta buat hal.Hal apa biarlah rahsia sebab kalau aku bagitau compom korang gelak guling2 kat aku punya lah...hehehe

Dan juga kepada blogger2 yang berkesempatan datang ke Gatsby event semalam korang memang syok lah sampai boleh Malaysian Book Of Record.Tak sangka aku sampai begitu ramai blogger datang berkumpul dan ini mungkin menjadi salah satu event yang penuh jayanya,Hidop Blogger...hehehe


notakaki:hari ahad aku keseorangan dirumah sebab semua orang dah keluar berjalan2 so ada sesapa yang nak berdating ngan aku?belanja tanggung sendiri...hehehe

Khamis, 15 April 2010

DULU AKU TAKDE SEKARANG AKU ADA SO SILA KAGUMI AKU...:)

Share
Salam semua...:)

Sekarang jam didinding telah menunjukkan waktu sekarang pukul 11.40p.m tapi aku masih bertahan dari tergoda oleh mulut yang asyik menguap dan mata yang semakin berat untuk terpejam.....

.
*kredit untuk Google*




Semua gara2 beberapa berita penting  yang aku nak bagitau kat korang.Aku dah ada akaun TWITTER(btol ke eja camni?)dan kalau korang sudi sila2lah usha ye dan sila bagi tunjuk ajar sebab aku ni kurang ajar sikit dalam bidang tweet2 ni...hehehe
Twitter.com

Dan lagi satu berita tergempar ialah tapi yang ni aku dah buat lama cuma baru sekarang aku nak war2kan dalam blog sebab aku tengok ramai gak blogger yang publishkan kat dalam blog masing2 dan kalau korang nak tanya apa2 pon silalah tanya sebab aku ni memang pandai menjawab...hehehe

formspring.me

Dan yang terakhir iaitu salah satu laman sosial yang menjadi kegilaan penduduk bumi ialah..jeng3..

Logo Facebook
Logo Facebook

Dan aku jugak ada berdaftar dengan beberapa lagi laman sesawang yang boleh menjana duit dengan mudah(dengan mudah aku ditipu).Tapi selagi benda2 macam tu free apa salahnya aku daftar kan?saja je suka2...hehehe

Apa2 pon,malam ni aku berjaya menulis entry walaupon mata semakin layu seperti teratai yang layu ditasik madu(takde kena mengena)tapi ni jelah yang aku nak bagitau korang so silalah kepochi dekat kawan2 korang ye so dieorang boleh lah usha2 sikit blog aku dan add apa yang patut......:)


notakaki:ada sesapa tau camner nak masukkan video cam youtube ke dalam blog ni ea?dan jugak sesapa tau camner nak buat bodoh ea?...selamat malam semua...)
Logo Facebook
Logo Facebook