Memaparkan catatan dengan label ringgit malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ringgit malaysia. Papar semua catatan

Selasa, 4 Januari 2011

KITA SAHABAT SELAMANYA

Share
Assalamualaikum semua...:)


Ehem,sebenarnya dah lama aku nak share dengan korang video lagu Sahabat Selamanya nih tapi asyik lupa plak.Lagu ni adalah tema untuk cerita Upin dan Ipin yang dah malatop kat malaysia dan untuk mendekat kan lagi pasaran Upin dan Ipin ni di indonesia so dorang buatlah satu lagu yang dinyanyikan oleh sebuah kumpulan band indonesia.Video ni dinyanyikan oleh kumpulan popular Padi dan diselit sikit upin,ipin dan penduduk kampung ape tah.hehheehe


Dan kalau korang nak tahu,dulu tauke las kopak yang menerbitkan upin dan ipin ni pernah tawarkan dekat ahmad dhani si kepala Dewa 19 tu  untuk buat satu lagu tapi dorang terpaksa rejek sebab si dhani ni taknak masukkan tema upin dan ipin dalam lagu tuh.Apekejadah kalau kita datang jauh2 nak makan bakso dorang nak bagi nasi lemak pulak*korang paham tak maksud aku?tak paham sudah*.


Ok dah lah membebel,korang layan lah ni ea.:)



So malaysia atau indonesia sila ambil perhatian,kita ni serumpun,doksah le nak bergaduh2 tak pasal2.Ko ingat aku tak makan bakso?huhh


Notakaki:kes blogger bergaduh semakin menjadi2,dengar dan ikutlah seperti yang dikata kan oleh blogger SP,kita bloger2 ni dah macam adik beradik tau.biaselah gaduh2 aku paham sebab aku ada 13 beradik tapi jangan la sampai parah hokey?....teheeeee

Ahad, 25 April 2010

TIPS UNTUK MENJADI JUTAWAN SEGERA,TAK PERLU BERSUSAH PAYAH LAGI

Share
Kabare semua,aku pasti korang masih waras kan dan kalau tak waras pon ADE AKU KESAH...hakhakhak



Oklah,cukup dengan mukadimah yang sedikit kurang ajar dari aku cuma aku nak tanya korang pernah tak berangan nak jadi jutawan.Hasil temu ramah tamah aku dengan makcik2 kepochi yang tengah enjoy sakan mengumpat petang tadi menunjukkan 8/10 rakyat malaysia pernah terfikir untuk menjadi jutawan(kantoi)....hehehe




Oklah,disini aku nak bagi tips atau cara2 nak menjadi jutawan dengan cepat dan senang.Tanpa perlu cari downline bagai ni.Oh,ni bukan skim cepat kaya ke,forex-korex ke,login fb dapat rm100 ker,sistem piramidvalley ker dan jugak klik kalau nak jadi jutawan tu semua(yang klik2 tu aku dah terjoin dan tertipu)...hehehe




Tapi kalau nak mulakan macam biasalah orang kata mesti ada duit kan.Tapi korang jangan risau,korang cuma kena ada dalam tangan tu lebih kurang RM500 je.Kalau kurang aku ingat korang takleh kot jadi jutanwan tapi kalau ribuwan tu boleh lah...hehehe


kalaulah aku ada duit sebanyak ni...




Oklah,kalau korang dah ada RM500 tu dengan pantas korang cepat2 pergi money changers dan tukarkan duit korang tu dengan duit indonesia yakni matawang rupiah so dengan sekelip mata(tapi kompom mata korang akan berkelip2 gak kan)korang berhasil menjadi seorang jutawan.....hakhakhak


waduh,kamu udah jutawan ya suparjo...hakhakhak



notakaki:sorilah kalau ada yang berharap nak jadi jutawan dengan cepat tu nak sangat tau rahsia ni,bagi aku nak jadi jutawan tak kira cepat ke lambat yang penting berusahalah sikit.Takkan asyik nak goyang kaki je sambil tunggu duit jatuh dari langit.Ajaran Ayah Pin pon tak ajar macam tu....hehehe