Rabu, 31 Mac 2010

MISTERI LINE INTERNET KU

Share
Selamat malam semua tak kira warga blogger atau cik anon...hehe

Wah,hari ni baru aku boleh beronline seperti biasa selepas hampir2 3minggu line internet semput tahap kronik bukan ko....dan sekarang sedang bergembira menulis entry2 yang dah lama aku nak tulis tau....:)

Aku pon tak tau la kenapa dengan line streamyx ni sebab bila tanya kawan2 yang pakai dieorang kata ok je.Ok,mungkin ada sebab2 yang munasabah yang aku fikir mengganggu perjalanan line internet aku ni(ceh,macam stori pengembaraan la pulak)dan sebabnya adalah(sila tengok senarai dibawah)...hehehe

1:)Mungkin sebab aku masih lagi ada tunggakan bil so pihak TM perlahankan kelajuan supaya pelanggan yang susah nak bayar bil macam aku ni akan bayar dengan segera.....hehehe

2:)Mungkin sebab hari tu ada sekali kotak wifi terjatuh dan tetiba terpadam dan mungkin sebab tu yang membuatkan kotak tu rosak dan mungkin sebab tu yang membuatkan line bertambah perlahan...ish3

3:)Mungkin sebab kata laluan rahsia aku dah terbongkar dan membuatkan kawasan kejiranan kat sini dapat curi line internet aku dan membuatkan line internet bertambah perlahan,apakah?...:)

4:)Mungkin sebab wayar sambungan internet ni selalu aku tarik dan membuatkan wayar dalaman dia terputus atau rosak atau berkarat atau lu pikirlah sendiri...huahuahua

Dan yang last sekali atau ada lagi tapi aku malas nak tulis(ayat ni lagi..ish3),mungkin komputer zaman kesultanan melayu lama aku ni dah terkena virus?mintak2 tak kena la tapi kalau dah kena pon aku nak buat macam mana kan tapi aku rasa tak kena kot sebab aku dah letak anti-virus terbaek punya kat komputer aku ni so kompom lah takkan kena....insyaallah...hehehe


notakaki:sesiapa pernah kena masalah macam ni tak dan kalau pernah kena boleh tak kongsikan pengalaman anda..eh?...hehehe

Jumaat, 26 Mac 2010

TOLONG HORMAT ORANG LAIN DULU KALAU NAK KAMU DIHORMATI...ECEHH

Share
Hye semua,salam satu blogger...hehehe

Sudah lama tertunggu2 malam ni barulah boleh mengepost entry sebab dah beberapa malam line internet kat rumah aku ni semput.Dan kalau diikutkan dah lebih dari 5 entry yang tak dapat aku post sebab masalah negara ni....ish3

Hari ni nak cerita sikit tentang perangai.Dulu masa aku berniaga kat bazarr ramadhan adalah satu kisah ni terjadi dekat jiran niaga aku.Nama dia Cik Nur,bukan janda anak 1 ok tapi bini orang anak5 tau. Kesnya cuma nak berkongsi plastik yang ada kat seorang pelanggan dia a.k.aseorang pakcik yang boleh dikatakan tua tapi muda sikit.muda?entah....hehehe

Suatu hari di bulan mulia hari tu pakcik tua tu datang membeli daging rendang seketul dekat gerai dia(makcik ni punya rendang memang terbaek,aku biasa beli 3 ketul sekali hadap...hehehe).Aku tengok dekat tangan pakcik tu tak kalah dengan macam2 jenis makanan dan minuman yang dia beli.Entah satu bazar tu habis dia borong kot....ish3,pelahap bebenor orang tua ni....hehehe

Lepas tu CikNur tanya boleh tak dia letak sekali dalam plastik yang bertimbun2 kat tangan pakcik tu.Tup2 pakcik tu tiba2 je marah dia.Pakcik tu kata dia kedekot nak isi dalam plastik sebab cuma beli seketul je tapi aku rasa apa yang CikNur minta tu bukannya salah pon .Bukannya apa cuma dia tengok plastik yang ada kat pakcik tu banyak sangat dan ada yang boleh muat 2-3 jenis barang lagi tau....ish3

Lagi pakcik tu cakap CikNur ni nak untung banyak lah,kedekot plastik lah,jual mahal lah(jual lauk tu bukan empunya diri la)dan macam2 lagi yang aku tak boleh nak tulis di sini.Nasib baik lah masa tu laki dia tak ada kalau tak dah bertumbok dah dieorang kat situ tapi kalau bertumbuk jugak aku sokong laki CikNur .....hehehe

Lepas pakcik tua tu blah aku tengok muka CikNur sedih je.Yelah dia tanya baik2 tapi kena maki pulak kan.Tapi dia kata nak buat macam mana dah nama berniaga terpaksalah kena tempuh semua ni kan.Aku memang setuju dengan dia tapi orang tu agak2 lah kalau taknak bagi tu cakap lah dengan sopan sikit.Bukan awak seorang je yang tengah lapar kiteorang ni pon lapar jugak....ish3


Ingatlah kalau kita nak orang hormat kita,kita kena hormat orang dulu ok(pesanan penaja)...hehehe


notakaki:tak sabar nak buka kedai runcit pulak tapi masih dalam perbincangan so doa2kan lah ok...:)

Selasa, 23 Mac 2010

KENA TAG LA PULAK

Share
Hye semua...:))

Tak sangka aku hari ni dapat tag dari seorang blogger yang boleh dikatakan terkenal jugak iaitu cikti.Sebenarnya aku ni tak pandai sangat nak main tag2 ni tapi disebabkan beliau aku buat jugak....hehehe

Ok,kita mula sekarang...ecehh

1:MAKANAN
Aku suka makan semua jenis makanan yang tak beracun dan halal(nampak sangat pelahap)...hehehe

2:BAHAN BACAAN
Semua jenis buku yang ada gambar sebab buku yang takde gambar buat aku pening...hehehe

3:RANCANGAN TV
Suka tengok raja lawak kat astro yelah kan pasni nak masuk program ni so sekarang tengah praktis la...hehehe

4:KEPERIBADIAN
Buat masa sekarang peribadi ok lagi kot tapi tak tahu lah esok lusa macam mana pulak...hehehe

5:HOBI
Dulu hobi aku suka berenang tapi lepas hampir lemas terus tukar hobi lain iaitu kira bulu kambing ternakan jiran...hehehe

6:IMPIAN
Nak jadi Hokage kelapan...hehehe

Ok,10 nama dibawah telah ditag tapi kalau tak ada masa nak jawab takpe...EPUL TAK KISAH...hehehe

Kak Asha
MelRomeo
YnaaOhYnaa
Ausmelankolik
Enyheartdiamond
Eyriqazz
Bean MorENo
Cik Epal
Hanis Zalikha
dan yang terakhir Cikhel tapi itu pon kalau dia tak sibuk dan dah jumpa pasangan nak berdating kat event nuff nanti(jual mahal sangat kamu)...hehehe





Isnin, 22 Mac 2010

SELAMAT HARI JADI BUAT BONDA TERSAYANG...

Share
Hy semua...:)

Seminggu yang lepas hari jadi mak tapi kami adik-beradik tak ingat pulak.Dah asyik kerja je dengan mak pon kerja so masing2 terlupa tapi tengok mak biasa je mungkin dia dah biasa tak menyambut hari jadi kot.

Kitaorang memang dari dulu tak pernah sambut hari jadi masing2 sebab yelah dulu kami kan orang susah so tak rasa langsung apa yang perlunya sambut harijadi ni.Tapi bila dah besar dan mampu ni nak jugak rasa tapi mak dan adik bongsu jelah yang didahulukan...:)

Tahun lepas kitaorang stanby kek strawberry tapi tahun ni taktahu pulak kek apa yang mak suka tapi setahu aku kek apapon mak mesti suka punya lagipon kalau setakat kek pisang tu pon dia makan jugak...hehe

Bila tengok mak lain pulak rasa.Tak macam umor 40 tahun pulak.Kalau adik bongsu berjalan dengan dia mesti orang ingat cucu(korang paham jelah maksud aku).Itulah nak menyara kami 10 beradik turun pagi subuh balik malam hari.Tapi alhamdulillah sekarang nasib kami berubah sikit tak lah macam dulu tinggal kat rumah yang dah nak roboh dengan atap yang bocor kalau kambing lompat ni sure lepas.

Tengok mak sekarang dah ok sikit tapi masalah memang takkan lari punya so ada lah sikit masalah yang mak kena handle tapi takpe sebab aku ada.Aku kan anak yang baik...hehehe

Akhir kata untuk mak tersayang SELAMAT HARI LAHIR dan hadiahnya esok sepu cium mak cam biasa ok...;)

notakai:kalau mak aku baca ni compom gaji naik 100%persen...hehe

Sabtu, 20 Mac 2010

KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA

Share
Hye semua..:)

Aku rasa dah nak dekat 2bulan aku berblog.Buat masa ni semua berjalan dengan lancar tapi kadang2 line internet je yang tak lancar.Badan pon dah rasa ok sikit setelah mengalami kepenatan yang amat dasyott.So semua berehhh...:)

Dan ramai jugak kenalan blogger yang aku kenal semua baik2 dan tak sombong walaupon aku ni baru lagi.Dan sanggup bagi tunjuk ajar pada aku walaupon aku ni asyik tanya benda2 yang remeh je(buang karen btol aku ni)...:)

Dan bila aku teringat balik sebab apa aku nak buat blog rasa cam tak patut je.Rasa macam aku ni pentingkan diri sendiri je padahal ada yang sudi baca apa yang aku tulis.Mungkin aku masih baru dan tak tau apa2 tentang betapa besarnya tanggungjawab orang yang ada blog ni(emo kejap).....ish3

Pada yang sudi baca blog aku ni terima kasih dan kepada komen tu pon aku nak ucap terima kasih sebab bagi kata2 yang selalu buatkan aku bersemangat tapi aku terima semua compliment dan komplen anda...:)

Akhir kata terimalah sebuah pantun yang baru dibuat 10minit tadi:

Ikan keli gorang berlada
Makan bersama sambal tempoyak
Kalau korang makan ikan keli
Habistu aku nak makan ape?...ish3

notakaki:kalau ada yang rasa blog ni slow je silalah komen dengan tegas ye....hehehe



Rabu, 17 Mac 2010

PEMILIK BLOG INI LETIH...LAGI

Share
Hye,salam semua....:)

Balik dari kedai tadi terus rasa nak tido je.Memang semenjak akhir2 ni rasa letih sagat.Ni kalau aku ada bini ni compom bini aku lari sebab aku asyik nak tido awal je tapi kalau bini aku tu cantik sangat rugilah tido awal kan....hehehe (ok,agak lucah disitu so sila abaikan ayat ini)

Adoi,kepenatan yang melekat kat badan aku ni memang takmo hilang.Mentang2lah aku ambik tender banyak sangat terus dia buat alasan nak ada kat badan aku terus.Tapi nak buat camner kan sebab dah nama nak cari rezeki terpaksalah lalui semua ni.....

Semalam lepas dapat komisen dari tauke aku terus buat modal nak jual Mee Kari.Tapi jual kat kedai tu jugak la.Hari pertama agak kurang mungkin sebab pelanggan tak tau lagi tapi takpe aku tak kesah.Kalau ada rezeki tu ada lah orang datang beli nanti.....:)

Mungkin minggu depan aku akan mula menjual lagi 2-3 jenis makanan kat situ tapi cuma makanan ringan je lah sebab makanan utama tauke aku dah jual kan.Takkan nak jual benda yang sama dia jual nanti kena halau pulak aku...ish takmo aku.....:)

Tapi tu semua sementara je sebab aku ada target nak berniaga sendiri.Makin hari makin tua so sekarang nilah aku nak kompol duit untuk masa depan aku.Tak kan nak bergantung pada keluarga sampai bila2 kan(bersungguh2 pulak aku ni)....hehe

notakaki:Sebenarnya aku tak pandai lah main tag2 ni so sapa2 yang pandai boleh terangkan sikit tak...:)

Isnin, 15 Mac 2010

PEMILIK BLOG INI LETIH...HEHEHE

Share
Selamat malam semua...:0(tgh menguap...hehe)

Hari ni memang hari yang terletih dalam hidup aku so memang rasa tak larat nak menaip banyak2 just ringan2 je bak kate AUS...hehe

Pagi2 subuh tadi kena siapkan order yang JKR kuantan tempah semalan so keadaan kedai memang agak kelam-kabut sikit dan ditambah pulak ngan pelanggan yang biasa datang pagi2 subuh memang mencabar mata yang masih lagi tertutup....hehehe

So malam ni aku tengah tunggu komisen dari tauke tapi dia tak sampai2 lagi dan mata pon letih jugak(letih mengendap ni) mungkin lagi setengah jam kot aku tido....:0

Oklah,tu aje yang aku boleh tulis.Mungkin esok lepas dapat komisen semangat pon naik balik.

notakaki:mata yang mengantuk ni kalau pekena nescafe panas2 memang best tapi sayangnya aku takleh minum nescafe....cisss

Sabtu, 13 Mac 2010

KENANGAN DISAMBAR KILAT

Share
Hye semua,selamat malam(eh,dah malam ropenya...hehe)

Masa sedang berehat dalam bilik ni tadi tetiba je hujan turun tanpa bagi warning tahap jingga.Terkejut gak aku dan tetiba aku teringat kisah aku masa hujan lima tahun yang lalu.Jom kita zoom...hehehe

Pada masa tu bulan ramadhan dan kami sekeluarga tengah bersiap nak berniaga.Aku jeling kat langit gelap semacam je tapi aku ingat cuma hujan biasa je ni so aku buat cam biasa je.....

Tetiba hujan turun lebat pulak tu tapi kitaorang buat selamba je sebab masa tu orang ramai lah juga datang membeli so tak terperasan pulak masa tu guruh dah berbunyi kat atas.Tetiba je ada petir menyambar kemudian elektrik terus blackout.....

Tetiba pulak(banyak betul tetiba)adik aku lari datang ke kedai kata rumah kena sambar petir.Kitaorang yang kat warong ni semua terkejut.Yelah selama ni tak pernah pun jadi benda camni tetiba je kena hari ni kan.....

Bila teringat balik waktu tu memang rasa sedih sangat.Waktu tu memang teruk sikit kehidupan aku sekeluarga ditambah pulak berjiran dengan jiran2 yang suka menyombong dan berlagak..sedih giler.....


notakaki:aku skunk makin hebat menulis dalam bahasa baku bukan menggunakan kaki ye AUS....hehehe

Jumaat, 12 Mac 2010

MARI BERCERITA TENTANG SEKOLAH KAMU...

Share
Hye,salam semua...:)

Hari ni aku nak bercerita pasal kisah aku masa sekolah dulu.Korang nak tau tak?aku tau korang nak tau sebab tu aku tulis.Kan korang ni suka jaga tepi kain orang...aku pong sama....hehehe

Sebenarnya banyak kisah kisah yang aku pernah alami masa sekolah dulu so disini aku ada senaraikan sedikit sebanyak kisah mat ronggeng ni:

1. pernah didenda berlari keliling padang bola sambil menjerit nama sendiri gara gara tak pakai tag nama(ni sebenarnya benda kecil je tapi cikgu tu dah warning aku sebanyak 4 kali so terima lah akibatnya)

2.terjumpa wallet pelajar perempuan yang baru pindah sekolah yang cantik dan kaya pulak tu(awek ni group aku memang selalu usah tapi dah nasib aku boleh berkenalan dulu...hehe)

3.pernah dijadikan bahan kutukan cikgu dekat kelas sebelah sebab aku selalu malas buat homework(dah lah ada awek baru tu dekat kelas sebelah....kantoi...hehehe)

4.pernah ditahan dengan cikgu disiplin kerana memainkan nama cikgu di papan kenyataan(sebenarnya kawan aku yang buat perangai ni tapi aku terkena sekali...cisss)

Dan yang terakhir sekali aku pernah dituduh mencuri duit perpustakaan oleh seorang budak yang dengki kat aku(tapi selepas siasatan dibuat aku didapati tak bersalah sebab pengawas tu silap kira daaa......ish3

Ape ape pon,aku memang selalu terkenangkan saat-saat manis pahit aku belajar tapi sayang aku terpaksa berhenti dari sekolah masa umor aku 15tahun.Sampai sekarang aku kengkadang terasa ingin balik ke sekolah dan belajar semula...ish3


notakaki:tahniah kepada semua calon spm tak kira anda lulus atau tidak kerana bayak lagi ujian yang menunggu anda diluar sana so GOOD LUCK.....hehehehehehe(gelak terpanjang stakat ini)

Khamis, 11 Mac 2010

KOMEN KE KOMENG...HAHAHA

Share
Salam semua......:)

Wau,aku rasa dah dua nak dekat seminggu aku tak update blog.Bukan apa cuma semenjak beberapa hari ni kerja aku memang berlambak.Balik rumah usha apa yang patut pastu terus tido.Ni kalau aku dah kawin comfom bini lari ni...hehehe

So hari ni aku ada kesempatan nak tulis apa yang aku nak tulis beberapa hari lepas.Kalau diikutkan memang dah banyak benda yang aku nak tulis tapi keadaan badan yang kurang memuaskan so aku cuti kejap.

Hari ni aku nak cerita pasal komen di blog.Haritu ada abang aku yang sorang ni(masih single)baca blog aku then dia ada tanya kenapa komen aku tak banyak cam komen sesetengah blogger.Pastu dia tanya blog aku ni tak ada orang yang baca ke.Habis tu yang dia tu bukan orang?...ish3

kesimpulannya tak semestinya blog kita tak ada komen bermakna tak ada orang yang baca.Jangan bandingkan blog kita ngan blogger2 yang dah feymes tu.Sekali diaorang update beribu orang masuk dan bagi komen.Dan aku harap lah blog aku ni diterima orang seadanya....:)


notakaki:semenjak beberapa hari ni aku diserang flu la pulak so sapa nak join aku?...hehehe

Sabtu, 6 Mac 2010

TIPS KURANGKAN PANAS DI BADAN BUKAN PANAS DIHATI YE...HEHEHE

Share
Salam semua...hehehe

Hari ni aku baik hati nak bagi tips skit kat korang.Sebenarnya aku ingat nak post esok je tapi takut terlupa apa petuanya so aku bagi hari ni juga walaupun baru pagi tadi aku post satu entry...(pecah rekod)

Semalam masa aku mengeluh kepanasan tetiba ada sorang makcik ni tegur aku.Dia kata cuaca sekarang ni memang panas tapi yang bestnya dia kata boleh buat ikan masin banyak-banyak so kira-kira aku rasa dalam planet ni dia lah yang paling suka bila hari panas....tak gitu makcik...ish3

Dan dalam perbualan kami tentang ikan masinnya ada juga sedikit tips yang dia bagi untuk mengurangkan kepanasan kat dalam badan.Wah,tak sia-sia aku follow cerita dia boleh dapat tips....hehehe

Katanya,bila kita nak mandi waktu subuh kita kena mulakan dengan kaki dulu.Maksud aku korang siram kaki dulu lepas tu bawak naik ke atas sampai ke kepala akhir sekali.Dia kata supaya wap-wap panas tu akan keluar ikut kepala.

Aku tak cuba lagi tips yang dia bagi ni sebab masa mandi tadi aku terus siram kepala dulu so kalu korang berkesempatan korang cubalah then bagi tau aku apa hasilnya ok...:)


notakaki:kalau korang perasan aku guna ayat campur kan...separuh baku separuh pasar...adoyaii......hehehe

CARA AKU UNTUK FEYMES....HEHE

Share
Hye,selamat pagi seme.Korang dah saparan ke blom?sarapan pagi ni penting tau so sarapan dulu baru bace blog aku ok....:)




Orang kate banyak care kalu nak tingkatkan traffic di blog kite dan salah satunye adelah blogwalking.Malam tadi aku baru je bwat blogwalking di blog2 dan bermacam2 blog yang aku bace.Dari yang tak feymes hingge lah ke terfeymes sudah...hehe




Dan bermacam2 tajuk yang menarik aku jumpe.Memang berbaloi bwat blogwalking walaupon terase keletihan yang melampau.Banyak jugak pengalaman yang aku dapat mase sedap mengusha blog dieorang ni.




Sebenarnye aku bukan tau pon pasal blog nie tapi nasib baik lah aku dapat kawan ngan otai2 blog yang peramah dan tak kedekut ilmu walaupon aku asik tanye free je tanpe blanje dieorang atas khidmat cemerlang ini...hehe


Kadang2 tu sempat gak berkenalan ngan blogger girl yang comel2.Dengan blogwalking ni jugak aku dapat berkenalan ngan blogger2 tak kira otai ke tidak dan berkongsi tips2 serta pengalaman2 yang dieorang dapat mase berblogging nie....:)


So kirenye blogwalking nie penting la bagi setiap blogger tak kire dier feymes ke tidak.Dan mungkin aku akan terus menggunakan care ni supaye dapat berkenalan dengan ramai lagi blogger dan dapatkan ilmu2 tentang IT nie....:)

notakaki:care lain pon ade tapi aku memang suke blogwalking ni...hehehe

Jumaat, 5 Mac 2010

BETAPA PENTINGNYA FIKIRAN YANG WARAS

Share
Hye,salam semua....

Sejak kebelakangan ini selalu aku terbaca di akhbar tentang kes-kes yang aku rase tak masuk akal seperti penderaan kanak-kanak,pembuangan bayi serta orang tua sendiri dihalau bagai haiwan membuatkan aku rasa sedih kerana bagi aku yang normal ini semua itu tak patut terjadi......

Baru pagi tadi aku terbaca seorang lagi budak mati dipukul oleh jirannya.Ada ke patut budak yang baru berusia 3 tahun itu dipukul seperti orang dewasa.Sayu aku melihat ibubapa kanak2 malang ini menangis seperti aku sendiri terasa akan kehilangannya.

Kes buang bayi pula memang tak perlu disebut kerana ini bukan kes luarbiasa barangkali kerana selalu kita disajikan dengan berita-berita mayat bayi dijumpai di tong sampah,di tepi longkang dan sebagainya.Kalau bernasib baik bayi itu sempat diselamatkan dan kalau tidak bayi itu pasti akan.......

Tapi ini kes yang baru didada akhbar tapi semasa membaca berita sebegini aku merasa terkejut kerana aku tak terfikir orang yang menjaga kita dari kecil hingga ke dewasa sanggup kita buang semata-mata kerana kita malu dengan mereka.Memang manusia sekarang tak tahu bersyukur....

Ingatlah,sebelum kita membuat sesuatu perkara fikirlah dengan setulus hati dan semasak-masaknya.Jangan sampai kita menyesal dikemudian hari dengan perbuatan yang kita sendiri lakukan ini.......sekian Assalamualaikum...

notakaki:sama-sama kita berfikir sebelum membuat sesuatu perkara yang akan merubah nasib diri...

Khamis, 4 Mac 2010

GEDIK BETOL AYAT...HEHEHE

Share
Hai,selamat malam semua...:)

Malam ni aku tak tahu nak post apa sebab kepala aku memang pening sampai nak pikir apa-apa pun tak boleh tapi log-in fb serta blogger.com ingat pula...hehehe

Jadinya aku cuba buat entry dalam bahasa baku bukan apa cuma nak tengok menjengkelkan ke tidak post aku kali ni...hehehe

Aku baru layan blog melz tentang seorang mat saleh ni yang layan blog dia guna google translate so kesimpulannya kalau kita guna ayat pasar mungkin pembaca dari luar susah untuk menerima ayat canggih ini kan....hehehe

Tapi sehingga perenggan keempat ini aku terasa sungguh letih kerana penulisan skema ini memang kurang mesra untuk aku jadinya aku rasa penulisan jenis ini tidak akan bertahan didalam blog aku so untuk para pembaca aku yang kurang faham I'M SORRY ya...:)

notakaki:aku menaip ayat skema ini menggunakan kaki bukan tangan ya....hehehe

Rabu, 3 Mac 2010

NAMA OH NAMA

Share
Salam seme....:)

Ari nie aku nak cerite skit pasal name tambahan@samaran@panggilan@ape-ape aje....hehehe.Semestinye semua orang penah ade atau memang ade name tambahan selain name btol kan?kan?...eleh tak ngaku pulok...hehehe

Seperti manusia normal yang lain,aku jugak ade nama lain selain nama sebenar aku.Korang nak tau kew nama comel aku yang lain?nak kew?elehhh malu2 pulak cakap jew nak tau...hehehe

Okeh disini ade senarai name comel yang aku dapat dari orang lain selain dari mak bapak aku:
1:Sepu(yang nie name paling top dalam idop aku)

2:Epul Azimi(yang nie name pena aku atau name yang aku selalu gune di alam maya)

3:Cek Pul(nie name yang aku dapat dari bekas cikgu tersayang...:)

4:Ah Fu(name cine nie pulak aku dapat dari pekerja2 cine p.raye yang aku selalu kunjungi dulu)

5:Saifool(yang nie pulak bestfriend sekolah menengah aku yang bodoh bangang bagi kat aku..dier yang fool kate aku pulak)

6:cepu(nie kak asha blogger yang baru kasi nie...cam comel plak...hehehe)

7:sepui(yang arwah nenek selalu panggil camnie mungkin sbb dier dah takde gigi so lain lah bunyiknye...rindu kat dier:( )

8:saipulah(yang nie ade sorang kawan sekolah agame yang bagi sebab name dier pon camtu gak...eee gediks tol budak nie)

9:buntat(name nie memang geli kan.nie mase aku berniage kat pasar ramadan ade sorang pakcik nie baik pekerti tapi bagi aku name yang terburuk di alam semesta..ish3)

Dan yang last skali atau ade lagi tapi aku malas nak letak(eh?eh? cam penah dengar jew ayat nie...hehe) ialah..korang jangan terkejut pulak ea....eee aku pulak yang takut....hehehe
iaitu Lembu Air dan yang bagik name nie bapak aku sendiri sebab alasan dier time aku gune air mesti cepat abis.Ish3 tak logik langsung tapi aku tak kesah pon....:)

Camner?banyak kan name tambahan aku selain name penuh yang amat macho...ecehh...hehehe.So korang camner pulak?mesti korang pun ade name tambahan cam aku gak kan?kan?..eleh tak ngaku lagi la tue...:) Tapi ape2 pon kite kene selalu ingat yang kite nie ASAL DARI KAMPUNG.....:)

Isnin, 1 Mac 2010

AKU SAYANG PADAMU...:)

Share
Salam seme....hehehe

Wahh,ari nie dah 1aribulan 3 ropenye.Pejam celik,pejam celik dah masuk bulan ketiga di tahun 2010 kite ye.Makin ari aku rase makin tue pulak..ish kene makan Jamu Mak Dara kalau camnie...aawwww....hehe

Dan ari nie sesuatu yang tak disangka(ecehh cam lagu la pulak) tibe2 tercepok jatuh kat aku.Dah la tu 2keping pulak tue..ish3.....

Korang mesti nak tau kan bende ape tu..elehh korang memang camtue suke jage tepi kain batik orang kan...aku pong same....:)

Takde ape cume bil streamyx aku nie jew yang akan sampai setiap bulan mintak utang line yang aku gune tapi kali nie memang berbaloi-baloi(t.line sape nie eh?) sebab yang datang nie bil tunggakan hampir 2bulan(kantoi).....hehehe

Tapi korang takleh kutuk aku malas bayar ke takde duit nak bayar ke...bukan...bukan salah aku sebenarnye.Bukan salah ibu mengandung,salah bapak yang takleh mengandung....miahahachum

Sebenarnye aku baru pindah kerumah baru so maybe operator tu conpius ke asik layan fb ke sampai alamat umah baru aku pong dier tak cek btol2.....ehemmm

So bulan nie memang aku kene catu la belanjew sebab bil dah melambong ke langit RM509.00 tunai.Sah?...sah..sah...hehe

Tapi nasib baek la streamyx nie baik tak POTONG...POTONG...POTONG..aku punye line...ee sayang streamyx...muah..muah..gatal ko:)

So kalau takde dahan atau aral melintang kat tengah jalan raye insyaallah aku gi bayar ari rabu nie...hehehe


notakaki:kaki sape busuk nie,gi vanish cepat...hahaha