Jumaat, 12 November 2010

SELAMAT HARI JADI KAKLONG.^_^

Share
Assalamulaikum dan selamat hari jumaat semua...:)

Sapa suka hari jumaat?aku suka hari jumaat dan aku tau korang pon mesti suka hari jumaat kan tapi dikalangan kita semua ada sorang budak ni eh eh bukan budak tapi mak budak ni dia memang suka hari jumaat lebih-lebih lagi yang bertarikh 121110 walaupon pada setiap tarikh ini dia akan memasuki satu fasa pertukaran level dari seorang remaja kepada seorang makcik....hehehehe


Ok2 sekarang kita panggil dia makcik pulak ye.Hari tu dekat blog makcik ni dia ada anjurkan contest untuk para-para blogger bersempena dengan birthday dia 121110 dan kalau korang tak join lagi silalah join ye dan 11.59 malam 121110 adalah malam terakhir contest,lagipon susah kita nak jumpa orang yang bagi hadiah untuk hari jadi dia sendiri kan,makcik tu sorang je yang buat camtu....hehehehe



apsal gedik sangat nie?ish3

Biasa kalau borak-borak dan balas-balas tweet kat twitter aku suka panggil makcik ni kaklong so kita panggil dia ni kaklong pulak ye,mesti tetiba perasan muda kan kaklong?haha ok2 memula syarat pertama aku kenalah wish birthday untuk kaklong ni dengan cara aku sendiri......................ohh takde idea lah pulak nak wish dengan cara sendiri,aku bukan pandai sangat nak berayat-ayat  ni dan terpaksa lah buat wish dalam bentuk karangan formal surat-surat rasmi kerajaan..........hehehe


Ok,saya dengan perasaan yang rendah hati dan penuh sopan santun bak lelaki melayu terakhir ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada kaklong a.k.a cik lolly si muka bolat,yang pasti anda sudah pon berusia 23 tahun yang mana kalau dikampung kebiasaannya rumah anda takkan putus didatangi makcik-makcik yang mengambil peluang untuk masuk meminang untuk anak teruna mereka*masalahnya teruna lagi ker??*.....hehehehe


Dan semoga segala yang dipohon atau dihajati selama 23 tahun kamu hidop telah termakbul.Tapi kalau ada yang tak termakbul lagi tu bermakna kamu mintak yang bukan-bukan lah tu kan?kan?....hahaha


Oklah pasal hadiah pulak,aku dah tengok hampir semua entry-entry contest dan semuanya nak bagi hadiah yang hampir-hampir sama dengan yang lain.Kiranya kalau nak bagi yang istimewa tu memang tak lah kan lain lah kalau ada blekberi ker iphone ker tak pon rumah sebijik ker yang berharga RM100 so senang sikit nak pilih jadikan hadiah tapi agak-agak arr sampai rumah pon nak yang harga seratus.Rumah barbie pon lebih mahal tau*cam ada koleksi barbie je aku ni sampai tau harga.  -_-"


Setelah penat berpikir maka dapatlah satu idea apa jenis hadiah yang aku nak bagi dan hadiahnya adalah satu resit.Ye resit ni aku dapat setelah duit seratus tu aku dermakan pada badan-badan amal yang memerlukan dan resit tu aku pulangkan pada kaklong sebab yelah resit tu atas nama dia jadi kalau dia nak bayar cukai boleh lah dapat kurang kan sikit harga tu kan?kan?*ade kena mengena ker*....:)

Last but not least..........

Heppy birthday untuk....



Notakaki:tak join contest,just entry special je untuk kaklong....hehe

Notakakilagi:sekian terima kasih..:)




7 ulasan:

  1. ekekekek, tengssssssssssssss!!!

    tapi, nape tak joinnnnnnnnnnnnnnn

    BalasPadam
  2. lolly:alah rmi sgt,lagipon takpelah janji sy sudah buat entry ni kan,jgn sumpah2 sy ok kaklong....hehehhe

    BalasPadam
  3. kira mcm buat amal tuk kaklong tu la yerk..

    hepi besdaay 'kaklong' dari 'adikasha' ehehehhee

    BalasPadam
  4. kak asha:cam tulah ropenye.....heheh

    amboi,adik asha yek,...hhehehe

    BalasPadam
  5. hehehe. mai pun tak join. idea mai dah ada org amek sebelum mai nk start menulis. <-alasan! hakhakhak xDDD



    *bday honey sama dgn akak ipar mai ^^

    BalasPadam
  6. wahh entry sepesel.. kalo sy cik lolly memang terharu ni huk3 ;p

    BalasPadam
  7. wahhh manis nya entry ini. ehem! ahahahaha!

    happy birthday untuk cik lolly jugeeeeeee!
    semoge dipanjangkan umur and dimurahkan rezeki..~
    smoge cantik selalu..~ AMIN

    BalasPadam