Ahad, 23 Mei 2010

MASALAH CAPAIAN INTERNET YANG MASIH TERUK DIMALAYSIA

Share
Selamat sejahtera semua kawan2 blogger atau pon yang bukan blogger......:)

Macam biasa,alasan aku tak berupdate sampai berhari ialah sibuk memanjang je.Yelah,orang bekerjaya macam aku ni bukan ada masa pon nak berupdate seperti selalu.Nak berblogwalking pon tak kesempatan,dengan line internet di malaysia ni semakin tenat........

Bercerita tentang line internet ni...................


Macam tak berbaloi je aku langgan 2 line internet sebulan,aku kena bayar streamyx sebulan RM80.00 dan P1 Wimax sebulan RM50.00.Jumlah keseluruhan RM130.00 yang perlu aku bayar tapi bila nak pakai line macam hampeh.Bila aku pakai line streamyx,masa aku tengah download video kat laman youtube tetiba tersekat dan kalu line putus(line streamyx kerap kali terputus dengan sendirinya) kena download balik..........


Pakai P1 pulak ok je cuma korang kena gerakkan badan sikit cari line,kekadang certain2 place je yang boleh kita dapatkan signal tapi kekadang bikin gua panas je,pehal setiap kali line putus asyik kena bangun dan gerak ke hulu kehilir bawak kotak hitam tu sebab nak cari line punya pasal......haihhhh

Bila tengok iklan masing2 cam taknak kalah.Yang ni kutuk yang ni dan yang ni kutuk yang ni,masing2 berebut nak buat iklan yang terbaik dan dapat menandingi pesaing masing2 tapi line internet cam haramm je...ish3

Dulu alkisahnya aku ada langgan dan pakai celcom broadband.Selama aku pakai celcom tak pernah line dia nak terputus2 dengan sendirinya cuma kelajuan nya sedikit lambat.Biasalah,tahap kelajuan yang aku langgan pon cuma 384kbp je tapi boleh tahan lah sebab kurang sangat bagi problem kat aku........

Dan bila streamyx buat promosi dan ada juga nasihat kawan2 yang kata streamyx ni bagus(aku tak salahkan korang) aku terus matikan line celcom dan regiter ke streamyx.Dalam masa 2 bulan kebelakangan ni pulak line TM sangat teruk,dah tanya kawan2 dan mereka pon alami nasib yang sama.......

Dan P1 Wimax pon camtu jugak,aku beli sebab promosinya yang sangat2 murah dan promoter tu kata  pencawangnya ada di bagunan sekita kawasan aku.Sama juga macam streamyx,bila mula2 pakai memang sangat memuaskan.Tapi lama2 line dia sama je dengan streamyx,semakin teruk.......

Entahlah,bukan aku saja tapi ramai kawan2 pon mengalami nasib yang sama.Mungkin sekarang '1Malaysia' kot ada problem yang sama macam aku.Aku harap kerajaan tolong selesaikan masalah ni dengan secepat yang mungkin.Dulu kata sekurang2nya setiap isi rumah perlu ada sebiji komputer untuk pembelajaran tapi kalau line asyik teruk camni alamatnya setiap kali nak beronline kena turun ke Singapura atau Thailand la ye.......hehehehe

Ok2,cukuplah setakat ni,bosan tengok kat bawah ni asyik ralat2 je,silap2 habis je menulis bila nak terbitkan terus line terpotong balik so masa tengoh ok ni kena cepat2 tapi apa yang perlu je(masalahnya ayat ni perlu ker?).......hehehehe

notakaki:kalau line masih dalam keadaan yang sama,aku rasa nak pindah ke kawasan rukun tetangga di Republik Of Congo lah pulak.......hehehehe

7 ulasan:

  1. rasenye semua org pun ade masalah yg same.
    kene tunggu & bersabar je la klau pakai intenet :P

    BalasPadam
  2. akak guna maxis dan celcom skrg ni..

    maxis sgt teruk disini baik intenet mahupun line calling biasa...celcom kat sini laju..kat umah akak laju..kat ofis..huhhhh rasa nak bertumbuk je dgn pc...ehehee

    BalasPadam
  3. bilelah internet kat msia ni nak laju cam luar negara tu

    BalasPadam
  4. dik nanti tgk blog akak ye...ada special skit

    BalasPadam
  5. gila ilmiah post kau ni epul , hahahahak .
    aku still percaye dgn streamyx , hahahak .
    kau try la upgrade speed die .
    kalau tak silap skrg streamyx tgh tukar kabel kot , hahahak . aku pun kdg2 slow gak , hahahak .

    BalasPadam
  6. first time aku dtg belog kau
    asyik kau dtg belog aku

    ye...internet malaysia masih macam lahanat
    malu kalau nak dibandingkan dengan negara lain....
    itulah realititnya

    BalasPadam
  7. hahahaha! Republik Of Congo lagilah xde line.hehe..try lah g sane :p

    BalasPadam