Isnin, 3 Mei 2010

BUKAN SUSAH NAK SUSAH DAN BUKAN SENANG NAK SENANG

Share
Salam semua(sambil buat gaya salam ngan angin)..hehehe

Hari ni rasa hari yang teruk betul lah.Kaki yang hampir seminggu sakit semakin sakit.Batuk yang hampir 3minggu datang tak pergi2.Selesema atau selsema atau sesame tak baik2 lagi.Nak buat kerja hari ni memang tak ada mood dan terasa nak ambil cuti tapi bila difikirkan balik kat rumah tu banyak anak2 yang perlu ditanggung terus tak jadi cuti...:(

Anak2 yang dimasudkan adalah seperti Sewa Rumah,Bil Air,Bil Api,Bil Streamyx,Bil P1 Wimax dan sebagainya.Umur aku baru 20-an tapi menanggung hutang macam dah berumah tangga.Kalau tangga batu tu takpe lah sebab kukuh sikit tapi aku ni diibarat macam tangga kayu,dah lah kayu reput pulak tu...hehehe


Tapi bila difikirkan tentang masalah aku ni,apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan orang yang lebih teruk kesusahan dia.Kadang2 kalau aku pergi bandar dan masa naik jejantas tu mesti jumpa dengan makcik dan pakcik tengah main alat muzik yang aku tak tau apa nama alat muzik tu....hehehe

Bila tengok diaorang cari duit dengan cara sebegitu susah sekali,aku mula terfikir.Apakah aku selama ni memang bodoh kerana  selalu merungut ketika sedang hadapi halangan yang sebegitu kecil padahal mereka2 diluar sana lagi teruk kesusahan yang dugaan yang Allah bagi.Aku ni dah dikira bertuah dapat tinggal didalam rumah yang selesa dan makan pakai yang mencukupi....:)

Adatlah manusia,tak pernah cukup dengan apa yang diaorang ada.Kalau boleh seluruh dunia ni diaorang nak genggam kan.Tak berfikir ada yang lagi susah dari kita....ish3

notakaki:bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah,renung-renungkan...:)

3 ulasan:

  1. salam lompat2 blog.... saya pun tengah tensi ni... tapi bila melawat2 blog, rasa lega sbb di sana sini, ada orang mengingatkan :)

    thanks

    BalasPadam
  2. haahahak , yg kau pakai streamyx dgn p1 asal ??
    gilos ke ?? byk nk kne bayar

    BalasPadam
  3. maksu:tima kasih lah sbb sudi singgah kt blog sy ni...:)

    aus:dulu aku pakai streamyx tapi dh hampir sebulan line jem so aku ambiklah P1,lagipon mase tu ade promosi lah bro,alah setakat RM 200sebulan tu apedehal(ayat berlagak)...hahahaa

    BalasPadam