Sabtu, 8 Mei 2010

SEBESAR-BESAR PENGORBANAN ADALAH PENGORBANAN SEORANG IBU.......

Share
Selamat malam semua...................:)

Aku nak ucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua para ibu yang selama ini banyak memberi jasa dan pengorbanan kepada anak dan suami mereka.Dan tidak lupa juga kepada ibuku yang amat aku sayangi dengan segala kudratku Puan SABARIAH BINTI IBRAHIM............:)

Meh nak tunjuk sikit gambar tuan empunya nama...heheheh
gambar ni mak tengah mencari bakal menantu....hehehe

yang ni tengah mengira bajet kawin anak.........hehehe


si budak kecil ni suka sangat interframe la...ish3

Itulah mak aku,umur muda lagi tapi raut wajah seperti sudah bercucu 5 padahal anak seorang pon tak kawin lagi.Emak dari dulu memang sangat kuat bekerja walaupon tengah sakit atau demam dia tetap juga mahu bekerja.Nak menyara anak2 katanya ......hehehe

Bagi aku,jasa mak memang takkan terbalas walau dibayar segunung emas sekalipon(cam ayat puisi jer).Dia sanggup berkorban apa saja demi kehidupan anak2 dia.Sanggup turun bekerja sesudah subuh padahal orang lain masih nyenyak berdengkur dan baru balik kerumah pabila orang lain sedang enak dibuai mimpi.Itu mak aku....................:)

Aku ingat lagi satu kejadian dimana abang aku irwan ditahan polis kerana disabitkan dengan kes pecah kedai .Masa tu kami memerlukan RM1000 untuk mengikat jamin irwan tapi kami sekeluarga memang tidak mampu mengumpul wang sebanyak itu.Mak dengan tidak berputus asa menebalkan muka kesana-kemari meminjam diut untuk menjamin abangku.Tapi alhamdulillah irwan dilepaskan kerana ada sedikit salah faham mengenai maklumat yang polis terima....selamat......

Apa2 pon,jasa seorang ibu memang terlau hebat.Sekadar melahirkan kita kedunia ini saja sudah cukup menunjukkan yang seorang ibu sanggup bertarung dengan maut untuk melahirkan kita kedunia kan......:)

Sekali lagi ingin aku ucapkan Selamat Hari Ibu pada semua ibu2 di dunia ini,jasa anda takkan terbalas oleh kami walaupon kami membalasnya dengan segunung emas permata hijrah(eh?).Dan aku doakan semoga semua ibu2 didunia ini sentiasa sihat dan tenang dalam menjalani kehidupan mereka bersama dengan orang2 yang mereka sayangi dan meyayangi mereka...amin.....:)


notakaki:hadiah terbaek untuk si ibu hanyalah curahan kembali kasih sayang seorang anak yang dibesarkannya.............:)






12 ulasan:

  1. selamat hari ibu kat mak kamu.. da kol blom?

    BalasPadam
  2. slmat hari ibu kat beliau ..
    dok serumah ... dah bagi hadiah coklet?
    hahahhaha ..


    >>___<<

    BalasPadam
  3. frodo:mak aku tak mkn coklat,kek coklat dier sapu.hehehe

    BalasPadam
  4. setiap hari adalah untuk menggembirakan orang tua..

    BalasPadam
  5. happy mother day! T___T

    BalasPadam
  6. hebat kan seorang ibu..sanggup buat apa sahaja tuk anak..mampukah kita buat mcm dia buat...menebal muka untuk menyelamatkan org tercinta...

    hanya SEORANG IBU sahaja yg berani buat apa sahaja demi anaknye...hebatnye seorang ibu..

    tahniah tuk ibu epul yg dpt anak baik mcm epul menghargai ibunya..

    BalasPadam
  7. selamat hari ibu buat ibu kamu..alahai kesiannya bila baca dia kena kerja kuat sampai camtu sekali.
    Jangan esok bila dah beristeri kamu luperkan dia..nanti akak datang akak debusss kamu kiri dan kanan ...just kidding..
    pasal tag tu..akak malaslah nak jawab..lagipun akak bukan ada bela lembu pun...peace no wars kkk

    BalasPadam
  8. ash:btol tapi aku ngan mak aku kekadang bergaduh gak,gaduh2 manja gitu.....hahahak

    mai:happy mother's day to you mom too..:)

    kak asha:itulah mak sy kak,jasa diermmg takkan dapat sy balas camtu aje,btw selamat hari ibu untuk akak...:)

    kak ina kl:tulah,dier dari muda dah keje kuat mengalahkan sorang lelaki,insyaalah sy takkan lupakan jasa dier walaupon sy dah kawin nanti sbb takut akak dtg bawak kayu pukul sy...hehehehe

    pasal tag tu no hal lah kalo kak tak jawab,sy sesaje je tag akak,just nak habiskan tag tu,no hard feeling..:)

    BalasPadam
  9. selamat hari ibu ^^

    uh cari menantu ke? ade kosong lagi tak? rase macam dah mls nak belajar lalalalala;P

    BalasPadam
  10. sapa kata mak epul muka tua macam orang ada 5 cucu. nampak segak dan bergaya lagi :) selamat hari ibu utk semua para ibu :) wink wink * touching....

    BalasPadam