Jumaat, 5 Mac 2010

BETAPA PENTINGNYA FIKIRAN YANG WARAS

Share
Hye,salam semua....

Sejak kebelakangan ini selalu aku terbaca di akhbar tentang kes-kes yang aku rase tak masuk akal seperti penderaan kanak-kanak,pembuangan bayi serta orang tua sendiri dihalau bagai haiwan membuatkan aku rasa sedih kerana bagi aku yang normal ini semua itu tak patut terjadi......

Baru pagi tadi aku terbaca seorang lagi budak mati dipukul oleh jirannya.Ada ke patut budak yang baru berusia 3 tahun itu dipukul seperti orang dewasa.Sayu aku melihat ibubapa kanak2 malang ini menangis seperti aku sendiri terasa akan kehilangannya.

Kes buang bayi pula memang tak perlu disebut kerana ini bukan kes luarbiasa barangkali kerana selalu kita disajikan dengan berita-berita mayat bayi dijumpai di tong sampah,di tepi longkang dan sebagainya.Kalau bernasib baik bayi itu sempat diselamatkan dan kalau tidak bayi itu pasti akan.......

Tapi ini kes yang baru didada akhbar tapi semasa membaca berita sebegini aku merasa terkejut kerana aku tak terfikir orang yang menjaga kita dari kecil hingga ke dewasa sanggup kita buang semata-mata kerana kita malu dengan mereka.Memang manusia sekarang tak tahu bersyukur....

Ingatlah,sebelum kita membuat sesuatu perkara fikirlah dengan setulus hati dan semasak-masaknya.Jangan sampai kita menyesal dikemudian hari dengan perbuatan yang kita sendiri lakukan ini.......sekian Assalamualaikum...

notakaki:sama-sama kita berfikir sebelum membuat sesuatu perkara yang akan merubah nasib diri...

6 ulasan:

  1. bahaya kalau dah hilang pertimbangan.-->mudarat diri, mudarat orang lain. isk

    BalasPadam
  2. sebab tu lah sy mahu mereka berfikir tentang hal ni....

    BalasPadam
  3. sbb tu manusia dikurniakan akal dan akal terletak di atas sekali..
    supaya akal menjadi ketua mengawal mereka yang di bawah..dan menjalani khdpn seorang insan dgn lbh sempurna..
    hohhoo..

    BalasPadam
  4. tapi dieorang gune pale hotak je tanpa akal....:)

    BalasPadam
  5. tu la manusia yang suka buat sesuatu ikut perasaan.dah memang xfikir impliksai die.sgt2 kesal

    BalasPadam