Selasa, 27 April 2010

BLOG DAN TUANNYA DEMAM SEKETIKA [MASA UNTUK MAKAN OBAT]

Share
Salam pada semua pembaca blog ngok ini(korang tak ngok ok)...:)

Semalam lebih kurang 2jam aku menggodek web ni untuk mencari wajah blog aku yang baru.Entah kenapa aku semacam bosan dengan wajah yang lama.Aku bukan seorang lulusan A-level dalam bidang IT untuk menggubah sendiri template so kenalah berharap pada template yang sedia ada.....:)

Dan buat masa sekarang aku masih lagi mencari dan terus mencari template yang sesuai untuk blog walaupon sudah berkali2 bertukar template yang baru.Terasa sedikit kedengkian bila melihat blog si mamat ni semakin hari semakin kemas dan cantik dan cara menulisan yang mungkin seribu kali aku takkan dalam lawan punyalah...hakhakhak  (jeles giler aku lisa surihani terjah FB ko)
gambar saja diletak dengan harapan lisa sudi terjah blog aku....;)

Ok,stop dengan sifat mulia kuat dengki aku ni......(+_+)zzzzzzzz




Disebabkan hari ni badan terasa kurang sihat dan aku berjaya menggugut bos so hari ni bos dengan berat hati terpaksa bagi cuti separuh hari yakni pukul 12tengahhari tadi aku sudah boleh balik....horayyyy......


Dan dikesempatan itu aku menyabung kembali sesi godek2 yang terbengkalai malam semalam selepas cik comey ni bertanyakan sesuatu di FB semalam yang aku pon kurang tahu(sorry ye) dan 10minit lepas tu terus aku tidor...hehehehe


Ada sesuatu yang musykil(betul tak eja?)berlaku tentang shoutmix yang aku tak pasti apa masalahnya sebab lepas aku daftar dan tetiba je dia kata error,tu yang pelik tu so sesiapa yang boleh tolong sila tolong tanpa harapkan apa2 balasan ye....hehehe

Juga masih lagi ada problem dengan ads nuff.Memang memeningkan kepala betul lah tapi nak buat macam mana dah dok gatai sangat nak ada blog tapi buta IT so terima sajalah dengan hati yang tertutup...hakhakhak

Ok,cukuplah dengan problem2 yang aku hadapi ni,karang cerita lebih2 kat korang ada pulak yang menggatai nak buat tabung derma kilat dekat aku pulak kan.Nak gi layan ADAMAYA pulak nih so sesiapa yang sudi tolong menolong sesama umat tu aku dahului dengan ucapan MEKASIH.......:)


notakaki:tiada notakaki kerana kakiku sedang demam....adoiii....


2 ulasan: