Jumaat, 9 Julai 2010

MUNGKIN BOLEH DIKATAKAN KISAH ATAU CERITA AKU

Share
Selamat malam semua...:)


Seperti biasa,hanya mampu menulis seminggu sekali atas2 sebab2 yang tak dapat dielakkan.Tak mahu ceritakan masalah aku nanti korang ketawa pulak kan?kan?...ehehehe



Seminggu dua ni banyak betol masalah dan ujian yang aku dan keluarga terima,nasib baik dalam setiap ujian itu terselit sedikit hikmah dan harapan.Keajaiban yang tak disangka2 muncul membuatkan hati aku berasa lega....:)


Seperti biasa juga aku rindukan dia.Dah lama tak berborak dengan dia,nasib baik punya handphone untuk bertanya kabar.Nak melebih2 nanti malu pulak.Memang dasar pungguk rindukan bulan ...........ehehe



Ada juga kawan2 yang ada masalah datang mengadu,aku ingatkan aku ni tak berguna,rupa-rupanya masih diperlukan khidmat nasihat lagi,tak apa selagi aku boleh membantu,aku akan bantu kalian semua...:)


Aku teringin membuat sesuatu yang istimewa tapi apakah aku mampu untuk lakukan semua itu?aku bukan sesiapa,hanya seorang insan yang biasa2 dan tak mampu untuk menjadi luar biasa,mungkin?

Sedang dalam pertandingan dengan abang aku,kami bertanding siapa yang boleh menurunkan lemak di badan lebih banyak akan menang,aku bersungguh2 kurang kan makan dari pagi hingga ke petang tapi bila malam,nah ayam bakar dan burger oblong...sia-sia je...ish



**********************************************************************************


Masih ingin bercerita tentang si dia,ramai yang ingin aku berterus-terang dekat dia tapi aku rasa buat masa ni tak payah lagi lah kot,aku rasa mungkin bila tiba hari jadi dia baru aku akan terangkan dengan menulis surat dan diselitkan di dalam hadiah yang aku mahu berikan untuknya....:)


Tapi aku tak tahu alamat rumah dia,kena berusaha mencari dan bertanya pada sesiapa yang kenal si dia atau mngkin aku sendiri akan minta dekat dia sambil cover2 kot2 dia terperasan.ahaha


Tapi kan,aku rasa dia cam tau je cuma dia buat2 tak tau,hati aku kuat berkata yang dia dah tau tentang ni tapi kalau dia tak tau pon takpelah,aku tak kisah pon...eheheh


Oklah,tu je yang aku nak ceritakan dekat korang semua,aku mengharapkan semoga segala doa2 dan impian yang selama ini aku impikan akan terlaksana dengan izinNya...amin...:)




notakaki:rindukan arwah nenek,teringat sebulan yang lepas dia datang kedalam mimpi aku dan mengejutkan aku untuk solat subuh,ya Allah,sabar jelah.....:'(

6 ulasan:

  1. tok i yg dh hmpir setaun meninggal pn slalu dtg dlm tdo..

    Sukarnya Menolak Undangan Perkahwinan

    BalasPadam
  2. mudah2an impian ko jadik..best gak idea ko tuh..teruskan jek,pul..

    BalasPadam
  3. vela:alfatihah untuk atok awk,tulah sedihnye rase....:(

    cdot:idea mane ni?idea pasal nk selitkan surat ke,ko tlg carikan alamat dia bleh,kan ko dah tau sape dia..:)

    BalasPadam
  4. heh. sapa nak ketawa kalau epul cerita masalah kat sini? bukan epul nmpk pun org ketawa. paling² pun leh taip HAK HAK HAK je. huhuhu :P

    hee, gurau2. ehem. sape buah hati tu? Bagus la ada smgat nak trunkan berat badan. eyka ni berat dh btmabah da.

    BalasPadam