Isnin, 14 November 2011

Hai

Share
Hai 

Ok tu je nak cakap.hik hik hik *gelak tutup mulut*

Okbai


Khamis, 4 Ogos 2011

"PANAS"

Share
Assalamualaikum :)


'Panas...Panas...Panas' Tula ayat yg selalu aku sebut bila masuk minggu ni.Memang semenjak 2 menjak ni panas kemain.Entah la adakah ini satu dugaan di bulan mulia ini atau memang cuaca sekarang semakin melampau2 kepanasan,yela pemanasan global berlaku sana dan sini.Tak henti2 ye dop?



Berbalik pada topik kita tentang kepanasan ni,biasalah bila masuk bulan puasa,panas ni memang satu benda yg semoleknya mahu dielakkan.Ada yg nak hilangkan kepanasan dengan mandi setiap 5 minit.Amboi kemain buang tebiat setiap lima minit nak mandi.Agak2 dah berapa gelen dok telan tu.Patut la bila pegi bazar time lalu gerai jual air selamba badak je pandang,takde perasaan terliur langsung kan yela dah dekat rumah tadi dah pelahap sebaldi kan?



Masih aku ingat lagi masa tahun 2009,masa tu aku berniaga dekat bazar ramadhan.Berjiranlah dengan 1 family dia ni yg berniaga murtabak.Aku pon dengan family jugak tapi kami jual nasi kerabi.Alhamdulillah laku sampai ada yg merungut bila tak sempat beli.Sorry la dah nama bazar memang la jarang sangat tak habis.Kalau jual ais-pop pon comfirm2 akan habis.Dah rezeki tuhan bagi kan.




Ok2 berbalik kepada topik panas kita,masa aku tengah susun2 nasi tetiba selamba je aku ternampak pakcik yg tebar murtabak tu tunduk bawah meja lepas tu terus sedut air yg dia sangkut dekat bawah meja tu.Sambil buat muka terkejut aku tegur la dia tak baik la bulan puasa minum.Dia dengan selambanya jawab "Pakcik panas la adik".Hamboi dah ingat aku tak panas?Aku pon dok tepi kuali tu jugak.





So kesimpulannya kalau tak nak kena tegur kantoi minum air di bulan puasa.jangan la minum air depan orang yg berpuasa.eh?



Notakaki:selamat berpuasa :)

Rabu, 6 Julai 2011

Wordless Wednesday #1

Share

Rabu, 13 April 2011

SYG SYG SYG.

Share

Assalamualaikum...:)

Disuatu tempat yang romantik,telihat kelibat sepasang kekasih sedang bercengkerama menatap keheningan petang yang indah dan.......


Pakwe:Syg,syg syg syg?


Makwe:Eh,mestilah syg syg syg.Tapi syg syg syg tak?


Pakwe:Of kos la syg syg syg,syg sampai mati tahu.....kikiki


Makwe:Eleh iyelah tu tapi comel la syg ni nak syg sampai mati....kikiki


Pakwe:alolololo,eh bau apa ni syg?


Makwe:heee sori syg,syg terkentut tadi...kekekee


Pakwe:Ohh patutlah wangi *WANGI???* ,nakal tahu syg ni kentut senyap2,nah turn syg pulak kentut.Hah wangi tak?wangi tak?


Makwe:Euwww apelah syg ni,tak boleh jadi ni.Hah ambik,syg kentut lagi kuat.Best tak???


Pakwe:yeayy yeayy syg hebat lah,Kentut lagi plisss.....


Makwe:Hehehehe mengada lah syg ni..heheheh*ketawa manja*


Pakwe:Hahahahaha *tepuk2 perut*







Benar kata orang,cinta itu buta,kalau dah bercinta kentut pon wangi.haihhh tak senonoh betol budak berdua tu...........



Notakaki:menaip sambil terkentut.

Ahad, 27 Mac 2011

RASA-RASA DIA INGAT TAK DEKAT AKU?

Share
Assalamualaikum...:)

Tadi terbaca satu tweet yang tulis satu ayat yang berbunyi begini 'Bila masa sesuai untuk anda bagitahu perasaan anda pada sidia?Bila masih tiada lelaki lain yang buat begitu'. Dia tulis BI so aku  rasa macam tu kot terjemahannya,yela aku bukan pandai sangat BI nih.hehehe

Dan aku rasa memang betol pon apa yang dia tulis,yela kalau aku tak cakap sekarang dan tetiba ada lelaki lain yang cakap pastu dia tersangkut dengan lelaki tu tak ke melepas aku.Tapi takkan dia boleh camtu je kan nak tersangkut dengan orang lain,lain la aku yang hari2 dok ngayat dia.kikikiki

Tapi kan bila time2 camni tetiba aku boleh teringat dekat awek yg pernah aku suka2 declare awek aku tanpa dia tahu tapi bila dia dah tahu dia cakap ok je.Yela kalau sesiapa yang dah tahu pasal awek tu sebab aku ada pernah cerita dekat twitter yang aku dengan awek tu berpisah pasal dia pindah dekat tempat lain.Masa tu aku muda lagi tapi kami kawan baik,adik lelaki dia pon teruja je nak kawan dengan aku masa tu...hehehe

Orang kata gaduh tanda sayang,kata2 tu memang boleh dibawa pakai sebab permulaan perkenalan kami gaduh2 tahu.Tetiba lepas tu kami boleh berkawan pastu rapat pastu ehem..... kalau masa tu dah besar maybe aku dah ajak dia kahwin,pastu jaga anak kami sama2,pastu tengok anak membesar sama2,dah ada sulung mesti ada angah pastu ateh pastu de pastu usu,wahh banyak jugak anak ye,pastu tengok dorang pulak kahwin pastu dapat cucu sama2 jaga cucu siap berebut lagi kejap aku nak gendong kejap dia nak gendong sebab aku taknak buat susu biar dia je yang buat.heheheeheh

Tapi masih tiada jodoh lagi kot aku nak jumpa dia,dah puas aku cuba cari dalam twitter atau facebook,atau maybe dia pakai nama lain kot macam nama hanis zalikha,comel je hanis zalikha tukar nama.german kemain...hahahaha

Tapi biarlah,aku masih muda lagi,buat apa nak bercintan2 nih,nak jaga diri sendiri pon tak terjaga *pandang perut*.Tapi apa2 pon lagu ni ada sedikit kaitan dengan kisah aku dan awek silam aku nih cuma ending dia je belom sama.Apa2 pon lagu ni memang sangat buat aku tersentuh,alunan suara dina sangat merdu tahu dengan si zizan ni pulak dok meRAP kacak je tengok...hahaha


Best kan lagu ni?kan dah terbuatkan aku tetiba teringat dekat dia.good job....hahahaha



notakaki:kaki aku sakit balik.adoiyai..

notakakilagi:rasa2nya dia ingat tak dekat aku?hurmmmm

Isnin, 14 Mac 2011

SEMBELIT VS CIRIT BIRIT.

Share
Assalamualaikum semua....:)

Fuhh lamanya tak menulis dalam blog ni,kalau dulu sehari sekali nak publish entry konon2 nak lawan cik epal yang amat rajin menulis tu.Kamon la dia hebat dan saya ni sapa lah dimata blogger kan,tak semenggah pon kan?huhuhu

Ok abaikan,sekarang nak cerita tentang betapa malangnya nasib aku *eh tadi saya now aku pulak*,sape tak malang bila 2 penyakit yang kau paling benci seumur hidup kau tetiba datang buat hal,siap bertukar giliran lagi.wadehell tahu.grrrrr

First week atau week first,tetiba je aku dapat sembelit,kau tahu lah betapa seksanya bila dapat sembelit ni,nak teran tu fuhh kalah orang mengandung kembar 14 tahu.Tu pon kalau ada yang pernah mengandung 14 kembar.Memang bila dapat signal nak ke tandas tu tahu2 lah yang aku kena stanby nak berperang,ye kau ingat best ke dapat sembelit ni,sakit tahu....-_-"

Aku agak dalam hampir 2 minggu jugak la aku dapat penyakit tu,fuhhh meleleh air mata bila nak melalui saat2 berdepan dengan beliau,boleh bawak maut tahu.Dan bila dah baik dah penyakit bertuah tu,tetiba datang pulak............


Penyakit cirit birit,ohyeahh suka kau ea,gila tak suka tahu.Yang penyakit ni pulak tak kena tempat kalau nak keluar,kalau asyik tengah berdating dengan awek pastu selamber je dia datang macam mana,kalau sekali tu takpelah ni asyik nak refill je,sampai awek pon bengang pastu sesaja je mintak talak.padan muka kau *nasib baik aku takde awek*.kikiki


Betul la aku mana ada awek lagi,tau la muka aku agak market tapi kalau takde jodoh nak buat camner kan.Berbalik pada cerita tadi,si cirit ni pulak aku agak dah 2 minggu dia dok bersarang dalam six pack aku nih,degil habakhang,dah bermacam obat aku telan.pil chiketiaun,obat sembelit,obat cirit,minyak gamat,obat batuk,coca cola dan berbagai2 lagi tapi kemain tak mau hilang.Dan yang paling tak best nya bila nak kentut tu dah takde nikmat,silap kentut sikit habis la basah seluar.mencik tahu tak...grrrr


Tapi tu semua hanya lah penyakit yang tak seberapa yang aku dapat kalau nak diikutkan dengan manusia yang dekat luar tu,dan penyakit itu jugak adalah penghapus dosa2 kecil bak kata orang.Ok lah tu,sekurang2 nya kurang lah sikit dosa aku ni dan pahala pulak semakin bertambah sebab aku redha dan sabar je dengan penyakit yang aku dapat ni.cewahh dah macam ustaz kan?kan?fuhhhhh

Thats all for tonite.kang cerita lebih2 nanti korang #muntahijau pulak kan.


notakaki:jangan lupa basuh kaki sebelom tidor ye anak2...:)


Sabtu, 5 Mac 2011

KADANG-KADANG LAGU PON BOLEH KEMBALIKAN KENANGAN

Share
Assalamualaikum semua.:)

Baru habis berjalan2 dekat blog kawan2.Kepada yang kenal aku pastu try track aku masuk atau  tak dekat bolg korang,aku rasa tak kot sebab kawan2 blog yang aku maksud kan itu aku pon tak kenal lagi,pesen pakai terjah je pastu komen macam aku ni dah kenal beliau lama dah.hahahhaa


Disaat aku menulis warkah ini,twitter aku sedang jem,yela kalau tak memang takde masa la aku nak menongak dekat blog ni.hahaha kejam kan?tak?ok abaikan.Twitter ni aku rasa saja2 je buat2 jem,yela mengada nak bermanja dengan aku lettew,takpe2 aku tak heran pon,aku bukan macam patam yg suka tacing2 bila twitter ada problem,lagi2 bila menipu limit,lagi dasyat.haihhhh

Ni nak cerita pasal masa aku tengah jalan2 dekat blog kawan2,tetiba termasuk dekat 1 blog ni yang lagu dia mendayu2 je,korang mesti eksited tak nak tahu lagu sapa?tapi ni bukan artis dalam negara,ni artis seberang.Ok2 jap ea aku tunjuk dekat korang gambar dia,sila jangan teruja ok....

Dan artis itu adalah.....*sila sekerol pliss*
*
*
*
*
*
*
**
*
*
*
*
*
*
*
 *
*sekerol lagi,jangan mengalah*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*dan lagi,saya tahu anda seorang yang bersemangat,terus kan sekerol*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*ok2,udok2 le tu,teman pon naik pening nengok nye*
*
*
*
Tadaaaaaaaa....


*apsal pulak aku pon macam tak kenal dia ni?*


Blog tu main lagu ku bahagia tau dan lagu tu masa dulu menjadi feberet aku dengan ehems ni.kikiki Tapi tu semua cerita lama dan bila aku dengar balik lagu ni,aku boleh merasa yang pelbagai kenangan dan peristiwa sedih dan bahagia jelas terpampang dekat dalam kepala aku ni.Sambil tersenyum aku sedih dan marah serta gembira lalu tertidor.


Jangan kata aku tak rindu,memang rindu gilalah,aku pernah cerita dekat twitter pasal ehems ni,pasal macam mana kami terpisah.Sebenarnya kami takde la declare2 bagai lagi cuma aku dan dia rasa kami ni memang ada jodoh.gila kalau lah peristiwa tu berlaku sekarang mahu aku ajak dia kahwin.Yela bila dah kahwin so takde sesapa yang akan pisah kan kami selain dari Allah sendiri kan?hurmmm


Dan sekarang aku masih cuba cari dia dalam twitter juga facebook waima tagged sekalipon.Dah 3 sosial web tu je yang aku ada.Tapi sampai sekarang tak jumpa2 lagi nama dia.Nak jumpa macam mana,nama yang ditaip sepatah je tapi yang keluar beratus nama,kematu tahu mata ni nak mencari.hehehe

Tapi kan aku ada juga berfikir kalau lah aku jumpa dia,adakah dia masih lagi ingat aku?atau dia dah ada yang lain?atau dia mungkin kenal aku tapi dia dah tak sudi nak bermesra macam dahulu kala?atau dia dah berperangai sombong pastu bila aku ingatkan balik dekat dia pasal siapa aku suatu masa dulu dia terus remove aku balik?ohh sakit tahu kepala ni nak berpikir,alangkah bagusnya kalau aku takde kepala,tak perlu susah2 nak pikir2 nih kan.hurmmm

Oklah,setakat tu je lah aku nak membebel,letih tahu nak menaip dalam kelajuan 350km/j ni.Sebelom aku mengundurkan diri *pesen buang tebiat ke nak undur2 diri ni,tak terlanggar ke dengan orang belakang tu?* nah aku perdengarkan lagu untuk korang.kikikiki



notakaki:boleh pulak aku tertinggal tajuk,tu baru letak tu.hahahhaa

Isnin, 24 Januari 2011

HANYA UNTUKMU.

Share
Assalamualaikum.

Aku tahu cinta itu buta,tapi bila sudah jatuh cinta kita tidak bisa melepaskannya bukan?harap2 cinta itu tidak buat kita terbabas kejalan yang tidak diredhai.

Aku mencintaimu,aku tak harap kau mencintaiku,dan aku tak harapkan rasa cinta ini ada sampai bila2.hanya berharap cintaku pada yang mencipta saja kekal abadi.

Aku tak sempurna,dan aku tak mengharapkan aku sempurna tapi aku doakan agar tuhan bisa pinjamkan kau untuk menyempurnakan aku.

Aku hanya mampu berdoa,sekudus mana pon perasaan hati ku harap doaku didengari,semoga kamu dilimpahi kurnia lebih bahagia,terseksa melihat penderitaan yang kau terima.tuhan itu maha adil,ada peluang untukmu walau hanya sekelumit saja

Aku hanya secebis tanah,yang mengharapkan kau datang memijak bertanya kabar,itu sudah memadai untukku.

Take my word coz i really love YOU.:")


Selasa, 11 Januari 2011

FACEBOOK TAK JADI TUTUP?SUKA LETTEW

Share
Assalamualaikum semua.:)

Yeah facebook tak jadi tutup kedai.Korang tau kan seblom nih kecoh satu world yang mark nak tutup facebook dia sebab dia dah tak tahan  nak melayan kerenah hampir 500 JUTA ahli laman web soSIAL dia tuh.Tapi itu semua dusta belaka sebab buat masa sekarang pihak facebook belom lagi keluarkan kenyataan camtu.Tu semua sengaja dicanang oleh pihak2 yang tertentu untuk mencari publisiti mahalan kan.

Tapi kan aku harap2 sangat facebook tak ditutup sebab kat situ lah aku habis kan masa2 keboringan aku,nak cating nak main game tapi aku tak main game cuma maksud aku nak mengignore kan permintaan kawan2 yang nak aku join game2 yang dorang main.Aku mana main game2 facebook nih.Cek tak pandai habaq hang.

Kat situ jugak lah tempat aku mencari kenalan dab juga cinta hati,yela aku ni suka stalker pic2 awek comel so kot2 ada jugak lah yangberkenan dihati,tunggu masa nak hantar rombongan meminang jew.hahahaha

Ok last,kepada mark sukebeger,lepas nih sila fokus skit pada benda2 remeh camni,ko tau tak satu donia huru hara pasal berita palsu nih,sila take note ye.Okbai.....:)

satu dunia terkejut ko boleh plak suka ea?pang baru tau.grrr


notakaki:twitter baru nak tersenyum lebar.hahahaha

Selasa, 4 Januari 2011

KITA SAHABAT SELAMANYA

Share
Assalamualaikum semua...:)


Ehem,sebenarnya dah lama aku nak share dengan korang video lagu Sahabat Selamanya nih tapi asyik lupa plak.Lagu ni adalah tema untuk cerita Upin dan Ipin yang dah malatop kat malaysia dan untuk mendekat kan lagi pasaran Upin dan Ipin ni di indonesia so dorang buatlah satu lagu yang dinyanyikan oleh sebuah kumpulan band indonesia.Video ni dinyanyikan oleh kumpulan popular Padi dan diselit sikit upin,ipin dan penduduk kampung ape tah.hehheehe


Dan kalau korang nak tahu,dulu tauke las kopak yang menerbitkan upin dan ipin ni pernah tawarkan dekat ahmad dhani si kepala Dewa 19 tu  untuk buat satu lagu tapi dorang terpaksa rejek sebab si dhani ni taknak masukkan tema upin dan ipin dalam lagu tuh.Apekejadah kalau kita datang jauh2 nak makan bakso dorang nak bagi nasi lemak pulak*korang paham tak maksud aku?tak paham sudah*.


Ok dah lah membebel,korang layan lah ni ea.:)



So malaysia atau indonesia sila ambil perhatian,kita ni serumpun,doksah le nak bergaduh2 tak pasal2.Ko ingat aku tak makan bakso?huhh


Notakaki:kes blogger bergaduh semakin menjadi2,dengar dan ikutlah seperti yang dikata kan oleh blogger SP,kita bloger2 ni dah macam adik beradik tau.biaselah gaduh2 aku paham sebab aku ada 13 beradik tapi jangan la sampai parah hokey?....teheeeee

Isnin, 3 Januari 2011

PERSEKOLAHAN BERMULA DAN SESUATU YANG ANEH BERLAKU

Share
Assalamualaikum semua....:)

Arini dalam sekalian harinya maka bermula lah dan startnya sesi persekolahan untuk pelajar sekolah rendah mahupon menengah bagi hari pertama*1 point yang panjang?huh.* untuk tahun 2011.Dan kalau dulu pagi2 bila dalam kereta biasanya penumpang cuma ada 2 tapi tahun ni adik yang bongsu pon sama2 join sebab dia pon dah start bersekolah waktu pagi.Cukuplah 3 beradik kepochi,kot?hehehe


Dan dalam perjalanan ke kedai lepas saja hantar dorang kesekolah,satu keanehan telah berlaku.Agak arr tak aneh kalau biasa nyah hari isnin jalan raya penuh je dengan kereta yang bermacam jenis tapi hari ni aku tengok traffic dah macam hari ahad.Senyap sunyi je,ni kalau buat jenayah di jalan raya memang takde sapa yang nampak ni*gelak jahat*.erk?takmo2 nanti kena tangkap.hehehe

Hari ni regular dan yang tak regular customer yang biasanyah datang ke kedai pon tak seperti biasa ramai*ramai?huh.*.Yang aku nampak semua jenis bujang2 je macam aku,kompom lah yang dah berlaki bini dapat cuti hari ni kan.Yelah bila aku tanya dorang cakap yang bercuti tu bukan betol pon pergi hantar anak dorang kesekolah,saja nak mintak cuti awal tahun lettew.Amboi bang,nada dengki sangat jelas terpancar disitu...hahaha

Oklah,orang kata memang tak comel ah kalau orang laki ni membebel panjang2 kan,yang pasti sila berhati2 dijalan raya even jalan tu korang yang punya sebab masa tengah drive tadi aku sempat mamai sampai hampir2 nak langgar dibaider tau*comel tak aku sebut camtu?*.teheee


notakaki:kaki gatal kena gigit nyamuk.










Ahad, 2 Januari 2011

MALAYSIA BOLEH DAN PERMULAAN TAHUN BARU

Share
Assalamualaikum semua.:)

Esok dah start kerja,sekejap je  rasa cuti nya kan.Maksud aku cuti 2 hari ni la.Ingat aku pelajar ke nak cuti sampai berbulan nih.Owh rindu zaman jadi pelajar dulu,lebih2 lagi masa asyik kena buli yela aku nih pelajar nerd biasa adat donia lah tu.hurmmm

Ok,sekali lagi tahniah dekat malaysia sebab dapat menjuarai piala suzuki tu yek.Aku yang jarang layan bola pon jadi seksited dok mengadap depan tb sambil sebok tweet pasal final aritu.Pastu masa tengok match tu siap kantoi geng garu dada pi suluh laser kat pemain kita tak silap.Nak kata aku sorang rabun tak jugak sebab ramai je yang tweet yang dorang pon nampak kes laser tu.Memang loser lah indon nih..ishhhhh



Pastu boleh pulak dorang pi hack laman web FAM,siap tulis indonesia main secara adil,tak guna laser pastu gatai pulak tangan pi edit pic abam king rajagopal teruk2 kan,mujur pemain yang lain aku tak nampak kena edit2 ngan dorang gk.Agak kurang hajar disitu.grrrr

ishhhhhhhhh

Dorang yang loser kata kita pulak.cehhhhhhhhhh
But still Malaysia Boleh kan....:")

pialasuzukiaff2010 Malaysia Juara Piala Suzuki AFF 2010
hoyeahhhh.....:")

Ok ape2 pon selamat berjuang untuk semua frenz2 blogger untuk tahun 2011 dan hari yang mendatang,semoga korang sentiasa sukses selalu doakan lah yek semua sama kita.teheeee

Pasni pejam celik pejam celik mesti tak perasan tetiba nak sambut tahun baru untuk 2012 pulak,percayalah...hahahaha


notakaki:harapan tahun baru nih aku nak menjadikan hidup aku sebaik-baik manusia.korang pon berdoa gk lah yek.teheee byeee korunkkk.hahaha


Jumaat, 31 Disember 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2011

Share
Assalamualaikum semua dan Selamat Tahun Baru....:)

Masuk saja tahun baru semua akan sebur pasal azam dan semua mesti ada azam masing2 kan.Aku tak layan sangat azam2 ni cuma apa yang aku harap kan semoga hidup aku semakin baik dan teratur tak seperti tahun2 yang sudah.Yelah dah semakin tua ni takkan masih lagi nak berlagak seperti budak2 kan so aku berharap aku sudah bersedia dan lebih berpikiran matang untuk membuat sebarang keputusan dalam mengaturkan hidup aku insyaallah....:)

Nah bunga api untuk korang satu,hati2 nanti kena tanga sakit tau.hehe




Semoga tahun baru ni membawa korang ketahap yang lebih baik dalam hidup korang ok.Selamat Tahun Baru dan peace no war.teheeee


Notakaki:kuantan asyik hujan so takde la nak firework2 ni.huhuhu

Ahad, 26 Disember 2010

ANNOYING ANON?

Share
Assalamualaikum semua.:)

Ok hari ni nak bercerita tentang anonymous atau lebih dikenali sebagai anon.Even aku tak pernah dapat komen blog dari anon tapi tetiba terbit rasa nak menulis pasal mereka selepas melihat beberapa entry yang bercerita tentang betapa annoyingnya si anon ni...ehehehee

Dah nama anon so kenalah kabur skit pic nanti kantoi....huahuhauha


Ok,bila sebut saja anon mesti ramai yang berfikir negatif tentang mereka.Yelah kalau seorang blogger tu cakap yang blog dorang dikomen anon maka kita anggap yang komen tu pastinya negatif tanpa kita selidik dahulu kan?kan?...ehehehhe

Ok aku bagi contoh,aku tengok blog yang paling kerap dikomen teruk oleh anon seperti blog eyriqazz.Ye dia memang blogger feymes tapi tak semestinya seorang blogger tu harus yang feymes baru dapat komen-komen dari anon ni kan?Blog Redmummy takde pon kena komen teruk dengan anon.Ok nak tau apa cerita pasal anon kat blog dia korang klik ni.


Biasanya blog yang dikomen teruk oleh anon seperti blog yang tajuknya agak keterlaluan atau blog yang kadang2 gedik*blog aku suka hatila aku nak tulis ape kan* atau blog yang  kekadang bercanggah dengan apa yang anon tu pikirkan dan ada juga anon ni yang saja2 je nak membahan seseorang blogger tu.Dia ingat guna anon orang tak boleh track dia ker?boleh tapi hehehe

Tapi tak semstinya bila sebut saja anon so terpikir komen2 yang negatif sebab ada juga komen yang mereka bagi positif cuma mereka tiada akaun blog atau malas nak log in so mereka gunakan anon sebagai perantara.

Last but not least,kalau nak memberi komen tak kira sama ada ingin memuji atau mengutuk sila la jangan gunakan anon tapi kalau terpaksa sangat pon letak la nama kat bawah komen tu.Dan kalau berani selit la link2 yang membolehkan korang yang nak menyamar anon ni dapat ditrack,maksud aku macam link fb korang ke kan?ada bran?.hehehe



notakaki:harap2 ada lah anon barang seorang dua yang sudi mengomen kat blog aku nih.tengs...:")

Ahad, 12 Disember 2010

MIMPI TULIS WASIAT?

Share
Assalamualaikum semua.....:)

Owh semalam aku tido dapat mimpi la,tapi bukan mimpi seram ke ape,mimpi aku ni pelik sikit sebab aku bermimpikan aku sedang menulis wasiat.Yes wasiat dan yang peliknya usahkan ada bini atau anak,harta pon aku takda untuk diwariskan kepada waris2 aku.Huh tetiba bangun tadi rasa takut dowh.Kot2 la masa aku dah sampai tapi kalau betul la dah sampai aku cuma nak cakap aku nak mintak maaf kat sesapa yang pernah terasa atas segala apa yang aku buat ye.Ok sambung balik pasal wasiat tu,masa aku tulis wasiat tu aku tengok orang sekeliling aku macam senyum je,yela kalau pon suka jangan lah tunjukkan sangat perasaan tu nanti aku tak isi nama korang dalam list penerima wasiat aku ni baru tau*huh emo*.Tapi orang kata mimpi tu permainan tidor,kalau mimpi yang seram2 tu pulak permainan syaitan lakhnatullah.Berani syaitan tu nk kacau mimpi aku?meh aku lesing tanduk deme.grrrrr Tapi tula tak penah dowh dapat mimpi sebegini unik,ker nak dapat rezeki yela kalau diikutkan harta aku ni tak seberapa kalau nak buat wasiat bagai ni.Nak upah peguam pon tak cukup kena pinjam ah long dulu baru boleh upah wahahaha tapi adik2 jangan tiru aksi ni ok,tak molek pinjam dengan ah long nanti kena kurung dalam cage baru tau.Tapi yang pastu aku masih blurr apa maksud mimpi aku ni so sapa2 yang boleh terang kan aku terima dengan hati yang terbuka.timaceh....:)



notakaki:kalau mimpi kena patuk dengan burung belatuk apa pulak maksud dia?

Isnin, 29 November 2010

HARI MELALUT

Share
Assalamualaikum  semua.:)

Pagi hari ni boleh pulak tetiba saya tersakit perut.Memang lain macam sakitnya sebab selama ni tak pulak rasa sakit sampai macam tu.Rasa panas dan membuak-buak perut seperti ada anak kat dalam tu tapi yang pasti memang takda pon anak dalam tu sebab saya belom kawin lagi tau(??)......hehehe

Ni mesti stress memikirkan pasal kehidupan ni.Yelah semakin dewasa so semakin banyaklah pengalaman dan masalah yang timbul.Aku ni memang selalu begitu,walau umur baru meningkat 20-an tapi otak dah macam 30-40 an je cara generatenya.Tapi yang peliknya apa kena mengena antara stress dengan sakit perut?kalau silap makan tu boleh la diterima tapi kalau stress pon boleh menyakitkan perut memang tak lama dah tu...huhu

Owh btw kaklong dah umumkan pemenang contest yg dia buat pada hari lahir beliau.Tahniah pada bro sebab terpilih sebagai pemenang dan abang jojo,cik farhana serta abang acap tepilih sebagai pemenang sampingan.Aku?hanya layang terputus tali je haha eh tetiba je kan.Aku mana layak sebab aku bukan pandai sangat pon buat entry yang malatop latop ni.Kalau korang nak baca entry aku yang tak malatop pasal contest kaklong tu sila klik sini yek........:)


Sejak 2 menjak ni aku suka sangat sebut dan memikirkan tentang kesunyian,menyendiri dan macam-macam lagilah,Orang kata dont judge a book  by its cover.Camtu lah pikiran aku,tak mudah pakai nilai je hanya dari melihat dari luaran dan aku harap orang lain pon buat yang sama seperti aku,kenal dahulu kemudian barulah nilai sebaik atau seburuk orang itu.Bak kata sebuah buku yang aku pernah baca katanya 'cuba memahami dulu kemudian cuba pula untuk difahami'.Ah aku bab-bab falsafah ni boleh peningkan kepala so kita berhenti disini yek......:)

Juga pening bila tengok tv mesti asyik bercerita tentang politik yang bercelaru di dalam negara ni.Sana sini sebok bergebang,malaysia ni kecil je so tolong lah takbir dengan sebaiknya.Yang pembangkang waima pihak kerajaan pon tolong behave dan stop making provokasi yang melalut.Tapi aku tahu bukan semua pihak pembangkang teruk dan bukan semua pihak kerajaan bagus.Pikir-pikirkan dan selamat beramal...:)

Last but not least,nak tido dulu,nanti semakin melalut karang ada yang dapat susah.


notakaki:bersedia untuk gelombang banjir.


Ahad, 21 November 2010

DEMAM LAGI.

Share
Assalamualaikum semua....:)

Demam,ya kalau dulu memang susah nak demam waima setahun sekali tapi sekarang setiap bulan haruslah demam,kalau boleh setiap minggu badan ni tak putus2 dikunjungi penyakit.adoiii

Nak buat camner,dah nasib badan lagipon memang zaman sekarang zaman penyakit,yang pelik2 plak tu.Yang unfamiliar dan tak tercapai deka akalmu*hah kan dah ternyanyi*.

Obat pon kekadang nama je obat tapi baik telan gula2 ade gak pekdahnye kan.Cam tak leh harap je obat sekarang,dah puas aku telan bermacam2 obat tapi  masuk hari yang ketiga still tak baik2 tapi alhamdulillah semakin pulih.

Harap lepas ni dema ke penyakit2 yang lain ke kalau nak datang kat badan aku ni harap korang datang setiap 2 atau 3 tahun sekali cam dulu yek,tak tahan den kena perabihkan duit sendiri buykan nya bos nak sponsor duit obat pon kan*boss kejam*.huhhh

Korang pon hati2 lah ye,penyakit tak main pilih2 orang,sapa yang tak pandai jada kesihatan diri cam aku ni memang selalulah diziarahi penyakit tau.


Last but not least*speaking dowh*,jagalah kesihatan diri ye,byeee..:))

notakaki:doakan aku cepat sembuh.thanks...:))

Jumaat, 12 November 2010

SELAMAT HARI JADI KAKLONG.^_^

Share
Assalamulaikum dan selamat hari jumaat semua...:)

Sapa suka hari jumaat?aku suka hari jumaat dan aku tau korang pon mesti suka hari jumaat kan tapi dikalangan kita semua ada sorang budak ni eh eh bukan budak tapi mak budak ni dia memang suka hari jumaat lebih-lebih lagi yang bertarikh 121110 walaupon pada setiap tarikh ini dia akan memasuki satu fasa pertukaran level dari seorang remaja kepada seorang makcik....hehehehe


Ok2 sekarang kita panggil dia makcik pulak ye.Hari tu dekat blog makcik ni dia ada anjurkan contest untuk para-para blogger bersempena dengan birthday dia 121110 dan kalau korang tak join lagi silalah join ye dan 11.59 malam 121110 adalah malam terakhir contest,lagipon susah kita nak jumpa orang yang bagi hadiah untuk hari jadi dia sendiri kan,makcik tu sorang je yang buat camtu....hehehehe



apsal gedik sangat nie?ish3

Biasa kalau borak-borak dan balas-balas tweet kat twitter aku suka panggil makcik ni kaklong so kita panggil dia ni kaklong pulak ye,mesti tetiba perasan muda kan kaklong?haha ok2 memula syarat pertama aku kenalah wish birthday untuk kaklong ni dengan cara aku sendiri......................ohh takde idea lah pulak nak wish dengan cara sendiri,aku bukan pandai sangat nak berayat-ayat  ni dan terpaksa lah buat wish dalam bentuk karangan formal surat-surat rasmi kerajaan..........hehehe


Ok,saya dengan perasaan yang rendah hati dan penuh sopan santun bak lelaki melayu terakhir ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada kaklong a.k.a cik lolly si muka bolat,yang pasti anda sudah pon berusia 23 tahun yang mana kalau dikampung kebiasaannya rumah anda takkan putus didatangi makcik-makcik yang mengambil peluang untuk masuk meminang untuk anak teruna mereka*masalahnya teruna lagi ker??*.....hehehehe


Dan semoga segala yang dipohon atau dihajati selama 23 tahun kamu hidop telah termakbul.Tapi kalau ada yang tak termakbul lagi tu bermakna kamu mintak yang bukan-bukan lah tu kan?kan?....hahaha


Oklah pasal hadiah pulak,aku dah tengok hampir semua entry-entry contest dan semuanya nak bagi hadiah yang hampir-hampir sama dengan yang lain.Kiranya kalau nak bagi yang istimewa tu memang tak lah kan lain lah kalau ada blekberi ker iphone ker tak pon rumah sebijik ker yang berharga RM100 so senang sikit nak pilih jadikan hadiah tapi agak-agak arr sampai rumah pon nak yang harga seratus.Rumah barbie pon lebih mahal tau*cam ada koleksi barbie je aku ni sampai tau harga.  -_-"


Setelah penat berpikir maka dapatlah satu idea apa jenis hadiah yang aku nak bagi dan hadiahnya adalah satu resit.Ye resit ni aku dapat setelah duit seratus tu aku dermakan pada badan-badan amal yang memerlukan dan resit tu aku pulangkan pada kaklong sebab yelah resit tu atas nama dia jadi kalau dia nak bayar cukai boleh lah dapat kurang kan sikit harga tu kan?kan?*ade kena mengena ker*....:)

Last but not least..........

Heppy birthday untuk....



Notakaki:tak join contest,just entry special je untuk kaklong....hehe

Notakakilagi:sekian terima kasih..:)




Jumaat, 5 November 2010

NAIK LAGI?

Share
Assalamualaikum...:)

Kalau korang nak tahu dan aku pon baru tahu benda ni 2-3 hari lepas tapi lupa nak update sebab kesibukan yang  kalau nak dibandingkan dengan kesibukan jalan raya ketika manusia berpusu-pusu mau pulang ke kampung,aku punya sebok lagi hebat.

Minyak ron97 dah naik.

Tapi tak banyak,katanya hanya 5SEN.

Tapi kalau lagi banyak kita beli,lagi bertambahlah duit kita kena keluarkan.

Apa-apa pon mujur aku pakai kereta syarikat so save lah sikit....ehehehe

Ok,tu je nak cakap,tulis lebih-lebih nanti kena tangkap pulak kan.......

notakaki:lepas ni comfom aku kena lebihkan berjalan kaki......haihhhhh

Selasa, 2 November 2010

DUNIA SEMAKIN BAHAYA | BERJAGA-JAGA SEMUA

Share
Selamat sejahtera semua...:)



Dunia sekarang semakin bahaya.Bahaya dengan penyakit yang semakin berleluasa.Penyakit yang dulunya cuma sejenis dua tapi sekarang dah macam ada francais pulak.Yang tak pernah dibayangkan dek mata akal kita suatu masa dulu tetiba je muncul....ishhh bahaya betol jah.



Kalau kita tengok pasal demam,dulu hanya ada demam biasa dan panas*macam kfc original or spicy *.Sekarang dah bermacam-macam jenis,bermacam-macam bentuk,bermacam-macam kaler.Ade demam kepialu lah,demam kura-kura lah,demam campak lah demam bola lah dan yang paling tak boleh belah demam AF pon ada?excited pon agak-agak arr derrr.......



Sekarang ni selsema@selesema@sesema pon ada berjenis-jenis gak.Dari H1N5 datang pulak H1N1 dan sekarang dengar kata virus terbaru yang dorang panggil NEW DELHI  FLU pon ada,iey ke idak ah itu kita tak tau.Apsal tak letak NEW YORK ke LONDON ke baru glamer sikit kan?kan?



Ape-ape pon berjaga lah diri kita dengan sebaiknya dalam menempuh hari-hari yang mendatang di dunia yang semakin lemah ini.Lagipon aku percaya ia bukan datang dengan sendirinya tapi kitalah penyebab semua kerosakan dan bencana ini berlaku.Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang iye tak?...:D




notakaki:demam saya dah kebah tapi badan still sakit lagi,doakan saya ye semua,love uollss feminat-feminat i tau...:))